
Alhamdulillah,Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Air...oh air...
Bermula pukul 3.00 petang tadi area waalid tinggal terputus bekalan air. Allahurobbi... tersangatlah seksanya. Nak mandi pun tak boleh,nak 'termenung' pun tak boleh.. Kesian pulak dekat zaujah waalid yang nak masak hari ini. Dahlah rancang nak masak spesel skit arini..^_^
 |
sumber : http://alamendah.files.wordpress.com |
Kalau tunggu air kembali ada,entah bilalah akan ada, alhamdulillah, berhampiran rumah waalid ada tempat yang masih ada bekalan air(air tangki), terpaksalah mengangkut air dari sana. Bolehlah digunakan untuk memasak juadah berbuka dan mandikan anak(mandi kerbau je..haha)
Hem...rupanya sampai sekarang(10.45 Malam) masih belum nampak tanda2 kewujudan air tu..Allahurobbi, macam manalah hari esok untuk bersahur dan sebagainya..T_T
Terbayang pula bagaimana keadaan saudara-saudara kita di Syria,Palestin,Mesir dan sebagainya...bagaimanakah keadaan mereka,cukupkah makan minum mereka,tempat tinggal mereka bagaimana. Mereka hidup dalam ketakutan dari musuh-musuh Islam, berhujankan peluru dan kesempitan hidup yang amat.
Kita?(baca waalid) diuji dengan terputus bekalan air pun dah rasa tersangatlah susahnya. Macam manalah agaknya jika diuji seperti mereka,sungguh! masih lemah iman kita(baca waalid)!!!
Air sememangnya keperluan yang sangat didambakan dalam kehidupan, tanpa kehadiran air,sebarang hidupan boleh mati kehausan dan kekeringan. Bersyukurlah dengan nikmat selagi ianya masih mampu kita rasai. Bila dah tiada jangan pula baru nak bersyukur.
Wallahua'lam...
Macam mana sekarang? Dah ada air?
ReplyDeleteTak dinafikan mmg air adlh elemen trpenting utk kita sbg manusia. Tak dpt digambarkan mcm mana keadaan mereka2 yg berada di negara bergolak tersebut.
Apapun, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada skrg kerana blum pasti ia akan kekal selamanya.
P/S: jgn lupa mandi semula sebab mandi kerbau tu sbg syarat...hehehehehehehe
Sabar jelah walid.... kat tempat saya pun selalu tak da air...
ReplyDelete