Posted by : Yu. Syamz Jul 19, 2013

Isu perkahwinan Asyraf Muslim sepatutnya kita tidak menimbulkan spekulasi yang pelbagai. Bila tersebarnya berita tentang perkahwinannya di Thailand, ramai yang seolah-olah menjadi 'isteri' kepada Asyraf Muslim ni. Pelbagai status,artikel blog dan sebagainya tentangnya yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertamanya,Dayana.


Tidak lama selepas itu, isu menjadi semakin 'BOOOOMMM!!!' dengan tersebarnya status fb yang dikatakan ditulis oleh isterinya,dayana kepada Asyraf.

Inilah status itu :

Tak usah bicara tentang payung emasKeranaAku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriatKeranaAku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setiaKeranaAku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawabKeranaAku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaanKeranaAku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang diaKeranaAku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di MakkahHebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan AllahKerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Ramai yang mencemuh tindakan Asyraf ini, namun bagi waalid ianya sangat tidak manis untuk kita menyalahkan perkahwinannya. Lebih-lebih lagi kita seumpana 'menjaga tepi kain orang' dengan mempertikaikan perkahwinannya. Sedangkan dalam Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin empat.

Ya,memang salah cara Asyraf berkahwin tanpa pengetahuan Isterinya,namun kita tak payahlah sibuk-sibuk menjaja-jaja cerita yang macam-macam. Tak cukup 'garam' kita tambah sikit, kemudian orang lain nak menyedapkan lagi cerita, tambah ' asam ' sikit..akhirnya timbul perkara yang boleh menjadikan sesuatu perkara menjadi lebih rumit...

Hem...memang tabiat orang kita..pantang ada benda 'hot' nak sebar!

Apa yang kita dapat?

1- Memang dapat dosa lah sebab menyibuk hal rumahtangga orang lain.

2- Dosa lagi sebab menyebarkan berita palsu(Puisi Dayana)

3- Dosa lagi sebab boleh jadi kita makin mengeruhkan keadaan

Haa...apa yang kita dapat? tidak lain hanyalah DOSA!

Banyakkanlah beristighfar dan memohon keampunan Allah dan kita doakan agar hubungan mereka tidak porak peranda dan dijaga oleh Allah Taala.

Wallahua'lam.

p/s : kahwin dua pun nak heboh...kalau kahwin 22 ke, 40 ke..lain cerita lah...huhuhu

Maaf kalau ada salah bicara...

{ 5 Tembakan... read them below or Comment }

  1. Assalamualaikum.

    Waalid, lana pun tak berapa suka bila kita bercerita sesuatu yg kita tak tahu asal usul citernya.

    Tambah pula yg menyebarkan kisah tu, macam la duk serumah dgn suami isteri ni. Lebih tahu dari yg spatutnya.

    Ini pun salah satu penyakit zaman skrg ni waalid..kalau ikutkan, perkara macamni, tak payah diperbesarkan pun. Kdg2 terfikir juga..patutlah Malaysia ni kecil saja negaranya.. lagi besar, lagi tersebar la berita yg tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam..Ahlan Wasahlan..selamat datang..^_^

    sudah ziarah sana..

    ReplyDelete
  3. Ya, saya setuju dengan kenyataan walid tu.. Siapalah kita nak menghukum sesama manusia ni.. Adalah lebih baik kita doakan yang baik2 je buat mereka.. Semoga bahtera rumahtangga mereka bahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  4. Jangan camput tangan ...last2 baik juga nanti tu...
    Suami isteri bergaduh sekejap ajer tu..

    ReplyDelete
  5. sebab tu kita kena doakan agar dipermudahkan urusan mereka di sana.. :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -