Archive for July 2013

Assignment!

Alhamdulillah, kita dah masuk fasa yang terakhir di bulan Ramadhan, ayuh bersama-sama tukar gear dan membuat pecutan terakhir...moga2 kita mendapat malam Lailatul Qadar..In Syaa' Allah..

Dah habis ke baca Al-Quran 30 Juzuk?sempat lagi ni nak khatamkan..semoga dipermudahkan Allah

p/s : terpaksa biarkan blog sepi kerana sibuk dengan pecutan terakhir untuk siapkan assigment..huhu..orang sibuk nak raya,kita sibuk dengan assignment..

Apo nak dikato...sabar jolah!...huhu

Kita Masih lagi di Ramadhan

Alhamdulillah, sudahkah kita mengucapkan terima kasih kepada Allah setelah Allah bangkitkan kita dari 'mati kecil' kita?setiap hari selepas bangun tidur kita mesti mengucapkan terima kasih kepada-Nya dengan mengucapkan Alhamdulillah,In Syaa' Allah hidup kita diberkati Allah.

Tik tok..tik tok..sudah hari yang ke-16 kita berpuasa, sungguh pantas masa berlalu. Mudah-mudahan kita memanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang kita ada.

Semalam jiran(perempuan) waalid meninggal dunia,dengar kata dia meninggal disebabkan kanser paru-paru. Inna lillahi wainna ilaihi rooji3uun. Kematian adalah peringatan yang paling baik untuk seorang hamba.

Hidup kita ini hanyalah sementara dan tiada gunanya harta yang berjuta kalau hidup bergelumang dalam kemaksiatan,tiada guna pangkat setinggi gunung jika dahi tidak bertemu dengan hamparan sejadah.

Ingatlah,segala yang kita miliki akan ditinggalkan melainkan 3 perkara.

1) Sedekah Jariah

2) Ilmu yang bermanfaat

3) Doa anak yang soleh.

Semoga keberkatan bulan Ramadhan ni kita gunakan dengan betul,berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Bukan bila masuk separuh Ramadhan,apa di minda kita hanya Syawal,syawal,syawal! bukanlah tidak boleh bergembira dengan kedatangan Syawal,cuma biarlah bersederhana sahaja.

Maafkan atas keterlanjuran bicara. Selamat menjalani ibadah puasa dan berbuka. Moga puasa kita diterima oleh Allah Taala.

wallahua'lam 

Header Ramadhan...Jazakillah!

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kita peluang untuk hidup dan menikmati nikmat-nikmatnya. Besarnya rahmat Allah kepada kita,masih belum terlambat kiranya kita ingin bertaubat kepada-Nya sebelum kita dijemput menghadap-Nya.

Perasan tak perubahan yang berlaku pada blog waalid ni?hehe..cantik kan?Terima kasih yang tak terhingga buat Lana yang baik hati hadiahkan header ni kepada waalid. Sangat-sangat cantik dan tenang dengan designnya.


Nampak berbunga-bunga kan?hehe,tapi waalid tak kisah sebab sekarang ni sememangnya hati waalid berbunga-bunga dengan bulan yang mulia,Ramadhan Al-Mubaarak. Rasanya bukan waalid sahaja yang berasa begitu kan?^_^

Header ni bukanlah waalid tempah khusus dengan Lana, bahkan tidak sangka dapat header ni daripada Lana,bila lihat entry lana berkenaan kawan2nya yang menggunakan header ni,waalid komen secara 'bergurau'. Tetiba plak lana ni menawarkan untuk buat header tu..rezeki dah datang,takkan kite nak tolak kan?hehe..

Lama dah nak design header baru,tapi tak dapat nak buat memandangkan notebook waalid kecik dan kurang sesuai untuk proses edit-edit gambar guna photoshop. PC plak dah rosak grafik kad dan tidak dapat nak bukan aplikasi photoshop tu. Terima kasih skali lagi buat Lana.

Untuk pengetahuan, Lana ni mengambil tempahan untuk :

1. Header blog
2. Cover photo Facebook
3. Profile photo Facebook
3. Full Template blog

Jadi,sesiapa yang nak membuat tempahan boleh rujuk di sini---- > SiNI

In Syaa' Allah waalid gerenti kalian akan berpuas hati dengan hasil kerja lana ni, banyak dah waalid lihat blogger2 buat entry berkaitan hasil kerja lana, dan mereka berpuas hati dan sangat gembira...hehe..

wallahua'lam..

|||~ Selamat Menjalani Ibadah Puasa~ |||

30 Pesanan Imam Syafie #2

Alhamdulillah, 23/4/2013..dah nak masuk malam yang ke 15 tarawih. Mudah-mudahan kita dapat melaksanakan ibadah dengan sesempurna mungkin.

Bagi entry kali ini waalid ingin menyambung 5 lagi wasiat Imamuna Asy-Syafi'e Rahimahullah sebagai kesinambungan wasiat tempoh hari(baca SINI). Moga-moga wasiat ini dapat memberi pedoman buat kita semua terutamanya yang menulis ni.

Gambar makam Imam Syafi'e di Kaherah Mesir.

6- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur,menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

batu yang dikatakan berbekasnya tapak kaki Nabi Muhammad
Shallallahu 3alaihi Wasallam yang boleh didapati bersebelahan
maqam Imam Syafi'e Rahimahullah...batu pun melembutkan dirinya
manusia Agung!

9- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

bersambung...

Bila Natijah Mahu Keluar?

Alhamdulillah,masih lagi kita bernyawa untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini, semestinya yang membaca entry ni masih bernyawa kan?hehe..kalau ada yang tak bernyawa membaca mesej ni tolong jangan komen dekat bawah ye..huhu..

Telltrac KDRI


Sudah hampir 2 bulan tamatnye peperiksaan sem 1 bagi DPLI jQAF 2013. Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum mendapat khabar tentang natijah peperiksaan, jenuh jugak menunggu dan berdebar dengan natijah yang bakal keluar. Orang kata kalau lambat-lambat keluar ni biasanya berjaya semua,hehe..aaamin!

Itu kata orang, bagi waalid pulak, ketidakyakinan menyebabkan bertambah pulak rasa berdebar dalam dada ni,al-maklum sajalah, masa periksa hari tu bukannya elok sangat jawabnya, banyak yang ditembak je pun, semacam bermain game tembak-tembak pulak. Itulah jadinya bila study last minit, kawan-kawan janganlah ikut sikap yang tidak elok ni, study last minit ni boleh membawa mudarat yang besar kepada kita terutamanya kepada masa depan kita, kena gaya menembak in syaa Allah berjaya, tetapi kalau tidak kena dengan tembaknya..alamat kita yang 'tertembak'

Oleh kerana tidak tahan menunggu, waalid beranikan diri untuk hantar emel kepada Ketua Unit Peperiksaan untuk bertanyakan hal ni, lalu di jawab bahawa keputusan terpaksa digantung kerana mempunyai masalah 'system item', ntah ape ntah sistem tu..hem itulah hakikat ciptaan manusia,banyak kelemahan dan kekurangan yang susah nak ditampungnya.

Ape nak dikata...SaBorRRR jelah!..huhu..

~Penantian satu penyeksaan~ecceh!

|||Selamat menjalani ibadah puasa dan berbuka puasa,doakan kesejahteraan ummat Islam|||


Bloggers Ganu | Siap Mung!

Alhamdulillah, tik tok tik tok tik tok, sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa, tersangat cepatlah masa berlalu. Moga-moga kita tidak hanyut dibawa arus masa yang sangat laju. Waalid rasa, sekurang-kurangnya kawan2 dah sampai juzuk ke-12(kalau baca sejuzuk sehari). Alhamdulillah,tingkatkan lagi ya..biar khatam sekali dalam bulan Quran ni ya.

Fuh..tajuk entry dasyat kan?haha..Gini,tengah duk relaks2 tetiba rajin pulak nak search blogger2 Terengganu@himpunan blogger Terengganu dan sebagainya yang berkaitan dengan negeri Terengganu. Terjumpa satu blog yang menghimpunkan blogger2 Terengganu, http://blogawanterengganu.blogspot.com/ . Tapi blog tu agak berhabuk sebab dah lama dibiarkan menyepi,waalid agak mungkin adminnya sibuk. Wallahua'lam.

Bukan apa, tujuan waalid hanya nak mencari kenalan-kenalan di negeri yang sama, manalah tahu boleh buat perjumpaan ke,minum-minum ke untuk berbincang hal-hal blogger. Jeles jugak tengok entry bang Boni yang selalu keluar dengan member-membernya, siap buat majlis berbuka sekali..

Cari punya cari waalid terjumpa satu segmen yang dibuat oleh blog FizGraphic dan beliau sudah susun senarai blogger ikut negeri masing-masing. Hehe..waalid pun berhajat untuk blogwalking ke semua blogger Terengganu ni,In Syaa' Allah. Waalid minta halal ye admin FizGraphic..^_^

Berikut adalah senarai blogger Terengganu yang join segmen FizGraphic :

TERENGGANU
1. http://budakhodoh.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
2. http://blogbudakpemalu.blogspot.com/2013/01/saya-blogger-dari-negeri.html
3. http://sfadazzlinggirl.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
4. http://gadistometo.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html
5. http://www.ameramirah01.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
6. http://misshdyh.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
8. http://setanggi-permata.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
9. http://bercintabersamabulan.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
10. http://farisyaanastasyia.blogspot.com/2013/01/segmensaya-blogger-negeri.html
11. http://www.lokmanramli.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-terengganu.html
12. http://adikbintang.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html
13. http://aswaleyla.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
14. http://www.husnaalyas.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-terengganu.html
15. http://anirahazuri.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
16. http://www.nieyxzha.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
17. http://superdreamland.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-by-apit.html
18. http://mamaizzya.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html
19. http://iehahfarihah.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
20. http://aienhermionie27.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
21. http://misszerocinta.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html
22. http://comey-comeyblog.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-terengganu.html
23. http://zazanizam.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html
24. http://beebeesiyelowme.blogspot.com/2013/01/saya-blogger-dari.html
25. http://diaryneesa.blogspot.com/2013/01/saya-blogger-dari.html
26. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
27. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
28. http://tengkuizzahfarahana.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html
29. http://www.cikgucomel74.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
30. http://cahayakenikmatanhidup.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari.html
31. http://sengetstories.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-terengganu.html
32. http://najihah90.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
33. http://hanasimple.blogspot.com/2013/01/saya-blogger-dari-negeri.html
34. http://kakikerja.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
35. http://heymanisturosakgigi.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html
36. http://princessfzalife.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
37. http://www.alyabalqisstudio.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
38. http://qaseh-moon87.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari.html
39. http://www.alifismail.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-terengganu.html
40. http://wan-sarah.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
41. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-terengganu.html

Seramai 41 orang...jadi? Siap korang...waalid terjah!!!erk..tapi kebanyakannya blogger perempuan la...huhuhu..

p/s : simpan senarai ni dulu.lepas ni baru terjah satu persatu..In Syaa' Allah!


Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kaherah Mesir.


Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Penunjuk perasan berbahagi-bahagi juadah berbuka puasa sesama mereka dan menyuapkan suapan ke mulut orang lain bimbang andai ada di antara mereka yang masih belum berbuka.

Dataran Rabaah Adawiyah,Kaherah

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka membahagikan Medan kepada dua di tengah-tengah kepanasan, sebahagian melakukan demonstrasi di tengah panas, sebahagian lagi berteduh di tempat teduh dan mereka bergilir-gilir tempat kemudiannya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Wanita melalui khemah orang lelaki yang tidur dan melaungkan,"Mengapa kamu semua tidur, adakah Mursi sudah dikembalikan?"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mebahagikan tandas-tandas masjid di sekitar kawasan kepada dua bahagian, tiga masjid untuK lelaki dan tiga masjid untuk wanita.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan menghidu bau wangi-wangian atar dan kasturi di setiap kawasan di Medan.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan menemukan seorang Ikhwan atau Salafi, kerana kami semua hanyalah Muslim.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Datang seorang kristian dan mengumumkan keIslamannya dari atas pentas dan melaungkan kepada semua orang syahadahnya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki yang melintasi khemah para wanita dan terlihat akan lubang dari khemah itu lantas dia menanggalkan pakaiannya dan menutupi lubang tersebut lalu berjalan meninggalkan bajunya di situ.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur dI atas tanah yang bersih.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan sentiasa mendengar nada dering dari keratan ayat Al Quran seakan-akan kamu berada di tengah-tengah para malaikat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Para wanita dapat berjalan dan melintasi medan yang penuh sesak dengan kadar keamanan yang sangat tinggi, seakan-akan mereka berada di tengah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka, dan mereka sentiasa dibuka laluan sehingga mereka dapat melintasi dengan selamat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan mendengar suara jelek para penjual menjerit-jerit.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh dan kesejukan tetapi tetap teguh dan tidak lari dari bedilan senjata api.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah..

..........

*Puisi ini adalah nukilan salah seorang demonstran yang turut berhimpun di Medan Rabiatul Adawiyah

Sumber : Jundi Tarbawi

Langgar Fatwa : Tak Nak Tangkap Ke?

Belumpun reda isu penghinaan pelakon seks terhadap Islam, hari ini keluar pula berita berkenaan 4 gadis Islam yang tersenarai sebagai finalis "Miss Malaysia World 2013".

Utusan Online

Waalid menganggap ini adalah satu daripada penghinaan terhadap kesucian Ramadhan dan juga kesucian Islam oleh ORANG ISLAM SENDIRI!

Tambahan pula, sudah di fatwakan haram orang Islam untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Berdasarkan petikan yang ditulis dalam  utusan online :

Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.
Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992.
Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997.
Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak.
Perbuatan mereka telah melanggar fatwa yang telah ditetapkan?apakah tindakan yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka?Di harapkan pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang tidak menjaga kesucian Agama Islam.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Wallahua'lam.

Sumber berita : Utusan

Renungan : Kalau orang Islam sendiri tidak sensitif dengan kesucian Agama Islam, apakah yang kita harapkan orang lain(kafir) untuk menyanjung kesucian Agama Islam?fikir-fikirkan...

[Isu Asyraf Muslim] : Apa Dapat Sibuk kat Rumah Tangga Orang?

Isu perkahwinan Asyraf Muslim sepatutnya kita tidak menimbulkan spekulasi yang pelbagai. Bila tersebarnya berita tentang perkahwinannya di Thailand, ramai yang seolah-olah menjadi 'isteri' kepada Asyraf Muslim ni. Pelbagai status,artikel blog dan sebagainya tentangnya yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertamanya,Dayana.


Tidak lama selepas itu, isu menjadi semakin 'BOOOOMMM!!!' dengan tersebarnya status fb yang dikatakan ditulis oleh isterinya,dayana kepada Asyraf.

Inilah status itu :

Tak usah bicara tentang payung emasKeranaAku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriatKeranaAku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setiaKeranaAku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawabKeranaAku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaanKeranaAku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang diaKeranaAku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di MakkahHebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan AllahKerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Ramai yang mencemuh tindakan Asyraf ini, namun bagi waalid ianya sangat tidak manis untuk kita menyalahkan perkahwinannya. Lebih-lebih lagi kita seumpana 'menjaga tepi kain orang' dengan mempertikaikan perkahwinannya. Sedangkan dalam Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin empat.

Ya,memang salah cara Asyraf berkahwin tanpa pengetahuan Isterinya,namun kita tak payahlah sibuk-sibuk menjaja-jaja cerita yang macam-macam. Tak cukup 'garam' kita tambah sikit, kemudian orang lain nak menyedapkan lagi cerita, tambah ' asam ' sikit..akhirnya timbul perkara yang boleh menjadikan sesuatu perkara menjadi lebih rumit...

Hem...memang tabiat orang kita..pantang ada benda 'hot' nak sebar!

Apa yang kita dapat?

1- Memang dapat dosa lah sebab menyibuk hal rumahtangga orang lain.

2- Dosa lagi sebab menyebarkan berita palsu(Puisi Dayana)

3- Dosa lagi sebab boleh jadi kita makin mengeruhkan keadaan

Haa...apa yang kita dapat? tidak lain hanyalah DOSA!

Banyakkanlah beristighfar dan memohon keampunan Allah dan kita doakan agar hubungan mereka tidak porak peranda dan dijaga oleh Allah Taala.

Wallahua'lam.

p/s : kahwin dua pun nak heboh...kalau kahwin 22 ke, 40 ke..lain cerita lah...huhuhu

Maaf kalau ada salah bicara...

Oh Air....

Alhamdulillah,Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Air...oh air...

Bermula pukul 3.00 petang tadi area waalid tinggal terputus bekalan air. Allahurobbi... tersangatlah seksanya. Nak mandi pun tak boleh,nak 'termenung' pun tak boleh.. Kesian pulak dekat zaujah waalid yang nak masak hari ini. Dahlah rancang nak masak spesel skit arini..^_^

sumber : http://alamendah.files.wordpress.com
Kalau tunggu air kembali ada,entah bilalah akan ada, alhamdulillah, berhampiran rumah waalid ada tempat yang masih ada bekalan air(air tangki), terpaksalah mengangkut air dari sana. Bolehlah digunakan untuk memasak juadah berbuka dan mandikan anak(mandi kerbau je..haha)

Hem...rupanya sampai sekarang(10.45 Malam) masih belum nampak tanda2 kewujudan air tu..Allahurobbi, macam manalah hari esok untuk bersahur dan sebagainya..T_T

Terbayang pula bagaimana keadaan saudara-saudara kita di Syria,Palestin,Mesir dan sebagainya...bagaimanakah keadaan mereka,cukupkah makan minum mereka,tempat tinggal mereka bagaimana. Mereka hidup dalam ketakutan dari musuh-musuh Islam, berhujankan peluru dan kesempitan hidup yang amat.

Kita?(baca waalid) diuji dengan terputus bekalan air pun dah rasa tersangatlah susahnya. Macam manalah agaknya jika diuji seperti mereka,sungguh! masih lemah iman kita(baca waalid)!!!

Air sememangnya keperluan yang sangat didambakan dalam kehidupan, tanpa kehadiran air,sebarang hidupan boleh mati kehausan dan kekeringan. Bersyukurlah dengan nikmat selagi ianya masih mampu kita rasai. Bila dah tiada jangan pula baru nak bersyukur.

Wallahua'lam...


Nyawa Guru Dalam Bahaya?


Alhamdulillah, fasa yang pertama bulan ramadhan sudah akan melabuhkan tirainya sehari lagi,maka akan bermulalah fasa kedua,iaitu fasa keampunan. Moga-moga Allah meredhai puasa kita semua.

Sejak akhir-akhir ini, sering kita terdengar nyawa guru diragut. Sebelum ini kita dikejutkan dengan guru yang mati ditembak di Kelantan. Hari ini kita digemparkan pula dengan guru yang mati ditembak di Kulim.
Berita SINI
Apakah yang menyebabkan berlakunya kejadian sebegini?adakah guru ini dibunuh kerana dendam?atau apakah kesilapan yang telah dilakukannya?waalid harap kes ini bukanlah yang melibatkan urusan sekolah. Tidak kiralah dendam dari pelajar@lain-lain.

Apa pun, sentiasalah berwaspada kerana di sekeliling kita tentu ada yang kurang senang dengan kita dan sebagainya.

~||| Selamat menjalani ibadah puasa, kurangkan jenayah,tingkatkan ibadah |||~


[Review] - Syafakallah akhi! (sama-sama doakannya)

Setiap perkara semestinya ada pasangannya. Lapang pasangannya sibuk, Senang pasangannya susah, kaya pasangannya miskin. Begitu juga sihat,pasangannya adalah sakit.

Waalid mendapat satu komen untuk me'review' satu post blogger ni,namanya eda. Beliau memohon kita untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan sepupunya yang terlantar kat hospital akibat kemalangan.

blog eda : http://edaeri.blogspot.com/2013/07/review-sambil-berdoa-please.html

إنا لله وإنا اليه راجعون



Takziah di atas musibah yang berlaku ke atas mangsa dan keluarga beliau. Saudara yang kemalangan ini mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya. Mengikut tulisan eda dalam entrynya mengatakan sepupunya ini adalah pengganti tempat arwah ayahnya setelah arwah meninggal dunia ketika mereka kecil lagi.

Apapun, semoga sepupu eda ini kembali sihat seperti sediakala dan tiada musibah yang berat terjadi kepada keluarganya. Sama-sama aaminka doa ini :


اللهم رب الناس أذهب البأس اشفِ أنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك ، شفاء لا يغادر سقما نسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفيه

p/s : walaupun kita tidak kenal saudara ini, lupakah kita dengan sabda Nabi yang menggalakkan kita untuk mendoakan saudaranya 'fi zhohril ghaib'?mudah2an apa yang didoakan akan diganjarkan doa para malaikat ke atas kesejahteraan kita.in syaa' Allah!

Ikhlas ke macam ni?

Alhamdulillah, kita dah hari ke-8 berpuasa,sudah tentu selama 7 hari sebelumnya kita dah isikan dengan macam-macam ibadat dan pengabdian diri kepada Allah,tahniah dan Alhamdulillah..moga-moga Allah menetapkan kita dalam istiqomah melakukan ibadah kepadaNya..aamin.

Bila sebut tentang ikhlas, ianya bersifat subjektif dan hanya Allah yang mengetahui keikhlasan hati seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Namun, di sana ada tanda-tanda untuk kita mengenali sifat-sifat dan ciri-ciri orang yang ikhlas.

Sebenarnya waalid nak memperingatkan diri waalid agar sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang kerja,lagi-lagi amanah mendidik anak bangsa. Kerana untuk pengetahuan,seminggu dua ni, khabarnya ada pihak dari JPN/PPD akan turun untuk memantau sekolah-sekolah. Entah sekolah waalid terlibat atau tidak dalam pemantauan itu.

ihsan google
Sebagai persediaan, guru-guru di sekolah waalid ni dah 'tak senang duduk' dengan perkhabaran itu, setiap fail-fail sekolah dikemaskini dan dilengkapkan sebaik mungkin, Rancangan Pengajaran Harian(RPH) dipastikan lengkap setiap hari persekolahan, dan sebagainya persediaan dalam memastikan tidak kena 'basuh' bila pemantau datang.

Waalid melihat perkara ini sangat tidak kena bilamana kita hanya membuat sesuatu perkara dengan perfect bila adanya pemantau dari pihak yang lebih tinggi kuasanya. Walaupun sebelum datang pemantau, setiap kerja telah dilakukan,tapi mungkin banyak cacat celanya. Hah,bila dah nak datang pemantau,masing-masing mula sibuk untuk menjaga imej masing-masing.

Sebaiknya,sikap amanah dan ikhlas dalam tugasan sangat perlu kita titik beratkan agar setiap perkara yang kita lakukan dipastikan sempurna dan terbaik sekalipun tanpa pengawasan dan pemantauan.

Susahnya menghadirkan Ikhlas bila hati kotor(mcm waalid)... bila 'nampak', baru nak bertungkus lumus. Sama juga macam keimanan kita kepada Allah...bila tak nampak azab Allah,senang-senang kita buat maksiat..tapi cuba Allah beri sedikit ujian@menampakkan azabNYA..sudah tentu kita akan sempurnakan dan perbaikan setiap amalan kita,kan?

Ikhlaskan niat,Amanah dan jujur asas kemajuan Ummat Islam..

~selamat menjalani ibadah Puasa~

5/30 Pesanan Imam Syafie Rahimahullah

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ianya dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2.  Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian merupakan setinggi-tinggi erti syukur.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu menziarahinya kerana ianya disaksikan oleh para malaikat dan dicintai Allah Taala.
Akan bersambung...


Segmen : Blog Paly ajak tengok blog aku !

Alhamdulillah,hari ni dah masuk hari yang kelima kita,ummat Islam berpuasa,mudah-mudahan ibadat-ibadat kita diterima oleh Allah Taala, tengah rileks-rileks ni, rasa nak join segmen plak. segmen kali ni dibuat oleh saudara Paly. Tidak cerewet sangat segmen ni,sebab tu Waalid join ni..hehe.

Sape2 nak join boleh klik dekat banner di bawah ni..--->


Segmen ni tak lama,hanya dua hari bermula hari ni,14/7 sehingga 16/7. Jadi,sape2 yang boring takde idea nak update blog macam Waalid boleh join di samping dapat menambah kenalan dan trafik blog.

Kenapa anda perlu jenguk blog Waalid ni?apa yang hebat sangat? Takde ape yang hebat..untuk tahu kenapa perlu jenguk blog usang waalid ni,anda kenalah 'godek2' isi kandungan blog Waalid..sebab orang tua-tua kata

"Tak kenal maka Tak cinta.." hehehe..

Selamat menjalani ibadah puasa...(^_^)

Abu gunung boleh memudaratkan kesihatan


PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan loket yang diperbuat daripada abu gunung berapi mengandungi bahan radioaktif semula jadi berikutan kajian mendapati ia boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan.



Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada masa sama, pihaknya tidak mempunyai kuasa terhadap penggunaan loket berkenaan, tetapi beliau menggalakkan pengguna tidak menggunakannya.

Menurutnya, berdasarkan laporan analisis pengujian ke atas sampel pendant yang dijalankan Makmal Standard Dosimetri Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mendapati analisis menunjukkan kepekatan keaktifan bagi bahan radioaktif semula jadi Uranium-238 berada pada paras yang dibenarkan, manakala Thorium-232 adalah melebihi had yang dibenarkan.

“Penggunaan loket ini boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan seperti kanser atau kesan genetik kepada pengguna khususnya pemakaian berterusan bagi tempoh yang lama dan berhampiran tubuh badan.

SUBRAMANIAM menunjukkan loket yang mengandungi bahan radioaktif pada sidang media di Kementerian Kesihatan, di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

“Keadaan ini akan memberi kesan bahaya terutama kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Loket diperbuat daripada abu gunung berapi yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi terdiri daripada Uranium-238 dan Thorium-232 dan ia dibentuk melalui kaedah pemampatan abu ke dalam bentuk pepejal.

Ia diedarkan beberapa syarikat jualan langsung serta berada di pasaran negara sekitar 2009 dan penjualannya dilakukan oleh individu di kaki lima, pasar malam dan laman sesawang tanpa melalui saluran sah.

Dr Subramaniam berkata, pembekal dan penjual mendakwa beberapa kelebihan penggunaan loket seperti meningkatkan tahap kesihatan kepada pemakainya, melancarkan peredaran darah dalam badan, meningkatkan tenaga dan daya ingatan serta pelbagai manfaat lain.

“Bagaimanapun, kementerian mendapati loket tidak mempunyai bukti saintifik mengenai manfaat kesihatan kepada pemakai loket dan ia tidak boleh dikategorikan sebagai peranti perubatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap loket bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan kerana ia tidak diklasifikasikan sebagai peranti perubatan mengikut Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

“Ini kerana ia bertindak sebagai aksesori tenaga atau tenaga peranti generasi semula jadi. Memandangkan ia bukan mengikut maksud perubatan, pengawalan loket adalah bidang kuasa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

“Penggunaannya tidak memberi sebarang manfaat sebaliknya memberi kesan risiko kesihatan kepada pemakainya,” katanya.

Berikutan itu, Dr Subramaniam berkata, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta LPTA untuk bekerjasama bagi mengenakan larangan penjualan roket radioaktif di negara ini pada masa akan datang.

Sumber myMetro

Jumaat Berselawat #7 : Fastabiqul Khairaat


Gambar sekadar hiasan
Fastabiqul Khairaat = maka berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan

* jangan hanya melihat orang lain sahaja banyak melakukan kebaikan,harus berlumba-lumba dalam mengaut kesempatan yang dibuka oleh Allah Taala lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

*mudah-mudahan kita tidak tergolong dalan golongan yang rugi,rugi kerana membiarkan kebaikan hanya dilakukan oleh orang lain..oleh itu???apa lagi...ayuh mengerjakan kebaikan(bersedekah,beri makan orang puasa,baca quran etc)

Ibadah Bermusim?

Alhamdulillah, sudah memasuki hari kedua puasa,macam mana keadaan puasa kita ya? mudah-mudahan puasa kita semalam diterima oleh Allah Taala, In Syaa' Allah.

Bila masuk bulan Ramadhan, sememangnya perasaan seronok tidak dapat dinafikan lagi,ini kerana bulan ini bulan tarbiyah yang mampu mendidik kita semua agar menjadi seorang hamba yang mentaati perintah Allah Taala.

Bermula dengan bangun sepertiga malam untuk berqiamullail, kemudian disusuli pula dengan keberkatan bersahur, sabar menahan lapar,dahaga serta perkara-perkara maksiat sepanjang hari, diteruskan pula dengan beribadah pada malam hari dengan bertarawih,bertadarrus Al-Quran dan ibadat-ibadat sunat yang lain.

Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila seorang hamba yang payah untuk bangun malam dapat bangkit untuk bersahur dan solat subuh berjemaah di Masjid.

Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila Al-Quran  yang jarang disentuh dibaca dan ditadabbur ayat-ayatnya.

Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila seseorang yang payah untuk ke masjid berpusu-pusu memenuhi setiap ruang yang ada dalam masjid bagi menunaikan solat tarawih.

Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila dapat mengubah seseorang menjadi..bla..bla..bla...



Banyak kehebatan Ramadhan, namun sebagai peringatan buat kita terutama diri waalid ni, bulan Ramadhan merupakan satu titik mula atau satu penambahbaikan, daripada yang belum melakukan kepada melakukan dan daripada sudah melakukan kepada melakukan dengan lebih baik dalam sesuatu perkara khususnya ibadah.

Janganlah kita jadikan ibadah kita bermusim,makna kata, bila tiba musim ramadhan..berpusu-pusu dan berlumba-lumba mengejar pahala,tapi bila bulan lain,kita buat 'lembu kenyang' je dengan pahala-pahala yang dijanjikan Allah Taala.

Maafkan waalid kiranya terkasar bahasa dan melukai hati yang membaca coretan ini,bukan niat untuk melemahkan semangat,tapi untuk membakar semangat dan memperingati diri ini yang selalu lupa untuk mengingati Allah..

Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas-lepas..


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ صَامَ  رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ" رواه البخاري 38 ومسلم 760

Ramadhan Kareem



Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua ummat Islam khususnya buat ummat Islam di Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita berbanding dengan Ramadhan kita yang sebelum ini.

Ayuh sama-sama mengejar 3 ganjaran besar yang di janjikan oleh Allah Taala, KERAHMATAN, KEAMPUNAN DAN PEMBEBASAN DARI API NERAKA.

Jangan lupa doakan juga agar saudara-saudara kita di Syria,Palestin,Mesir dan lain-lain dapat menjalani ibadah puasa seperti kita..In Syaa Allah..

Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel

Alhamdulillah, tak sabar rasanya nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, sempena nak masuk bulan Ramadhan ni,best jugak kalau dapat masuk bloglist ramadhan ni,tapi musykil jugak sebab bila kawan2 letak list blog waalid kat blog diorang,setiap kali waalid update entry,mesti tak timbul entry terkini kat blog diorang..hemmm.. Papepun,untuk menyokong sahabat2 blogger,waalid join jugak segmen ni..hehe..


Terma & Syarat Penyertaan :
  • Bina satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel"
  • Terbuka kepada semua blogger seluruh Malaysia.
  • Update blog setiap hari. 
  • Menggunakan bahasa yang mudah difahami (Blog yang menggunakan perkataan yang pelik-pelik seperti awark, apew, sayunk, titew atau yang seangkatan dengannya tidak akan diterima masuk ke bloglist)
  • Penulisan yang matang dan tidak terlalu keanak-anakan.
  • Setiap penyertaan akan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam bloglist.
  • Hantarkan link penyertaan ke ruangan komen entri ini sebelum atau pada 9 Julai 2013, 11:59PM


**Sila fahami Terma & Syarat sebelum menghantar sebarang link penyertaan.** 


Anda hanya perlu 'COPY' & 'PASTE' kan coding yang telah disediakan di bawah ini ke ruangan HTML entri anda untuk membuat entri.

*SILA COPY CODING INI*
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://pape-jer.blogspot.com/2013/07/pencarian-bloglist-ramadhan-by.html" target="_blank"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-YTtTpA8PadY/UdaUQiFkFWI/AAAAAAAAHLE/VZrTNVRPzCA/s1600/Banner+Pencarian+Bloglit+Ramadhan.jpg" /></a></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
<b><hurufbesar>P</hurufbesar>encarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel | </b>Salam Jumaat semua.. Hari ni Mieza nak lancarkan satu segmen pendek untuk mencari bloglist baru sempena Ramadhan yang bakal tiba lagi beberapa hari ni.</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
<br /></div>
<blockquote class="tr_bq" style="text-align: center;">
<b><u>Terma &amp; Syarat Penyertaan :</u></b></blockquote>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
</div>
<ul>
<li style="text-align: justify;">Bina satu entri bertajuk <b><i>"Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel"</i></b></li>
<li style="text-align: justify;">Terbuka kepada semua blogger seluruh Malaysia.</li>
<li style="text-align: justify;">Update blog setiap hari.&nbsp;</li>
<li style="text-align: justify;">Menggunakan bahasa yang mudah difahami (<span style="font-family: Verdana, sans-serif; font-size: x-small;">Blog yang menggunakan perkataan yang pelik-pelik seperti awark, apew, sayunk, titew atau yang seangkatan dengannya tidak akan diterima masuk ke bloglist</span>)</li>
<li style="text-align: justify;">Penulisan yang matang dan tidak terlalu keanak-anakan.</li>
<li style="text-align: justify;">Setiap penyertaan akan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam bloglist.</li>
<li style="text-align: justify;">Hantarkan link penyertaan ke ruangan komen <a href="http://pape-jer.blogspot.com/2013/07/pencarian-bloglist-ramadhan-by.html" target="_blank">entri ini</a> sebelum atau pada <b><span style="font-size: large;">9 Julai 2013, 11:59PM</span></b></li>
</ul>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
<b><br /></b></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<b>**Sila fahami Terma &amp; Syarat sebelum menghantar sebarang link penyertaan.**&nbsp;</b></div>
<br />
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
Anda hanya perlu <b>'COPY' &amp; 'PASTE'</b> kan coding yang telah disediakan di bawah ini ke ruangan HTML entri anda untuk membuat entri.</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://3.bp.blogspot.com/-qf_Qqp8YfUY/UdabsQRJECI/AAAAAAAAHLQ/LRezG0CqGBo/s600/coding.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="125" src="http://3.bp.blogspot.com/-qf_Qqp8YfUY/UdabsQRJECI/AAAAAAAAHLQ/LRezG0CqGBo/s400/coding.jpg" width="400" /></a></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<center>
</center>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
</div>

*PASTE CODING DI ATAS KE RUANGAN HTML ENTRI ANDA SEPERTI DI BAWAH*

Ramadhan Checklist


You'll increase your chances of entering Paradise through Ar-Rayyan as you'll:
  • Utilise your time EFFECTIVELY in worship.
  • Plan your day and use your time productively by gaining knowledge, Salah, Nawafil, Qur'an, Dua', charity, Dhikr...and the list goes on 
  • Plan your nights around conversing & CONNECTING with Allah throughQiyam, Tahajjud, and reciting Qur'an.
  • Make effort to correct your affairs, clear any debts, seek forgiveness, re-new yourselves/intentions, increase your Ibadah
  • Gain knowledge about the Fard and Sunnah acts of Ramadan
Go through the checklist and work out what you're going to focus on for each week of the month. And don't forget to make your special plans for the last 10 nights!

Use this Ramadan as a FRESH START to becoming better, improved, committed, practising slaves of Allah. Make this your BEST Ramadan so far! Don't let this BLESSED month come and go without taking action! Start preparing to take action now, it's never too late; you just need the right resources & the right INTENTION! Make lots of Dua` that we can maintain this level of ImanIbadah and sincerity after the blessed Ramadan leaves us.

Seram : Kemana Kereta Itu PerGI~????!!!

Alhamdulillah, lagi seminggu kita nak bertemu dengan bulan yang sangat mulia,bulan yang dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda,bulan yang mana semua syaitan dan iblis dibelenggu oleh Allah Taala..bulan yang tiada HANTU..hehe..

Seram tak dengan tajuk entry waalid kali ni?haa,kalau kawan2 nak tahu, kali ni waalid nak berkongsi satu cerita seram yang berlaku pada waalid pada malam semalam sewaktu waalid dan anak isteri pulang ke Felcra Sri Makmur dari Terengganu.

Susur keluar dari lebuh raya pantai timur melalui exit Sri Jaya, perjalanan untuk sampai ke Sri Makmur lebih kurang 20KM melalui jalan yang agak sunyi dan gelap yang mana dikelilingi oleh hutan kiri dan kanan.

Nak di jadikan cerita, sewaktu waalid tengah syok2 bawak kereta, waalid sentiasa melihat pada cermin side mirror dan cermin pandang belakang. Tiba-tiba waalid di 'cucuk' dari belakang oleh sebuah kereta yang sangat terang lampunya,namun waalid tidak sempat perasan kereta apa di belakang.

Oleh kerana sudah di cucuk,waalid melajukan sedikit kereta untuk memberi peluang 'dia' memotong di hadapan sikit kerana kebetulan di situ selekoh yang tajam..kan kalau dia memotong bahaya pulak.. selepas sahaja selekoh, waalid ingat nak perlahankan kereta dan bagi laluan pada 'dia'..tapi sekali lihat dalam side mirror..G E L A P....

Erkkk....mana pergi kereta tadi?waalid diam membisu sepanjang perjalanan dan bila nak sampai dekat rumah baru waalid ceritakan kat isteri waalid...tergamam jugak dia...

Yang menjadi persoalan...kemana kereta itu PERGI???

jeng...jeng...jeng....seriau jugak kadang-kadang...huhu

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -