- Back to Home »
- BERSIH 3.0 , Ulasan Isu »
- Isu BERSIH Makkah & Madinah
Posted by : Yu. Syamz
May 16, 2012
Riuh isu BERSIH 3.0 yang diadakan di Makkah dan Madinah..saya agak tidak mempercayai apa yang diwar-warkan oleh pihak media berkenaan kuota jemaah haji akan dikurangkan...dalam mencari-cari ulasan yang berkaitan,saya terjumpa satu blog yang menceritakan keadaan sebenar BERSIH 3.0 di sana. Kejadiannya sama seperti yang berlaku di bumi Kinanah,Mesir tempoh hari. Jalan ceritanya lebih kurang dan seolah-olah ada 'tangan tersembunyi' di sebalik kejadian yang berlaku.
ini ulasannya oleh Yeopmadiny...
Isu bersih 3.0 meletup diseluruh
Negara, tetapi antara yang menjadi perhatian dan menimbulkan kontroversi sehingga
kini ialah demontrasi di mekah dan madinah, sehingga kononnya menyebabkan kuota
bakal haji Jemaah Malaysia bakal dikurangkan @ visa mereka bakal disekat dan sebagainya. Adakah ianya sesuatu yang
reality ataupun ianya provokasi oleh golongan-golongan tertentu, memandangkan
tiada langsung berita rasmi daripada pihak kerajaan Saudi yang menyebutkan hal
demikian.? Ataupun ianya memang sengaja dirancang dan diperbesarkan dengan
melaporkan pelbagai cerita tokok tambah? Segala kemungkinan boleh terjadi
memandangkan aura Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir.
Saya menyelidiki sendiri kes
mereka yang terlibat dalam demo bersih mekah dan madinah. Bagaimanakah bentuk
demontrasi bersih versi mekah dan madinah? Adakah kalian terkinja-kinja dan
berarak disekitar masjid @ bertawaf? Hinggakan kedapatan mulut-mulut ganas yang
menggelarkan kalian sebagai mulhid (tiada agama)? Walaupun jauh disudut hati
kurang bersetuju aktiviti demontrasi bersih di tanah haram kerana suasana dan tabiat
Negara Arab Saudi yang berbeza, tetapi ianya telah berlalu dan berlaku.
Akan tetapi rupa-rupanya
demontrasi versi Mekah dan Madinah itu hanyalah SESI BERGAMBAR BAJU KUNING
DENGAN BANER BERSIH sebagai sokongan kepada tuntutan sebahagian besar rakyat
Malaysia terhadap system pilihnraya yang adil dan bersih. Bukan sekadar itu,
bahkan peserta ambil gambar bersih di masjid perkarangan masjid nabawi dilihat
biasa sahaja oleh polis-polis masjid nabawi sepertimana lazimnya orang yang
mengambil gambar kenangan. Dimanakah kononnya ucapan menghasut orang-orang arab
untuk melakukan arab spring dan sebagainya? Maka nampaklah bahawa ianya adalah
propanganda yang sengaja diperbesarkan oleh segelintir orang yang punya motif
tersendiri.
Semua orang punya hak untuk
berbeza fahaman dalam politik dan dalam perkara-perkara yang bukan usul agama.
Mengapakah seolah-olah bersih versi Mekah dan Madinah dicanangkan oleh mereka
sebagai kelakuan khawarij, mulhid dan penjenayah dan sebagainya? Saya
berpendapat bahawa apa-apa yang dipaparkan melalui akhbar umum di Malaysia
adalah hasil daripada tangan-tangan jahat yang mahukan supaya diambil tindakan
buruk kepada peserta bersih di Mekah dan Madinah. Pena minang dan abu akif
telah memainkan peranannya melalui kerjasama beberapa kerat pelajar Madinah
yang berfahaman tertentu untuk melaporkan sesuatu yang kurang jelas kepada
kedutaan Saudi di Malaysia. Kononnya kedutaan Saudi mahukan maklumat lengkap
peserta bersih. Maka, caranya ialah menggunakan beberapa individu yang boleh
mempengaruhi Duta besar Saudi di Malaysia untuk menakutkan dan kalau boleh
mengambil tindakan undang-undang kepada peserta bersih versi Mekah dan Madinah.
Amat peliklah manhaj
yang
digunakan oleh puak-puak yang mendakwa bermanhaj salaf ini dalam
menangani
kepelbagaian fahaman politik di Malaysia semata-mata mahu menunjukkan
dan
membuktikan sokongan tebal mereka kepada pemerintah. Mungkin sebab
itulah saya tidak perlu hairan apabila ada seorang pelajar agama
keluaran university yang
membuat kenyataan bahawa mengundi selain daripada parti BN adalah haram
dan
dianggap sebagai khawarij kerana ianya sama dengan menggulingkan
kerajaan. Amat
memalukan kenyataan seperti ini. Adakah dia ini tidak faham system
demokrasi
yang dia sudah hidup dan dibesarkan semenjak lahir hingga kepada umurnya
sekarang ini?
Pelik sungguh manhaj yang mereka
gunakan dalam berdepan dengan suasana politik demokrasi Malaysia! Adakah mereka
mahu mendekatkan diri kepada pemimpin-pemimpin tersebut dengan alasan dakwah?
Jika itulah sebenarnya tujuan mereka, maka sangatlah dialu-alukan, semoga para
pemimpin yang rosak itu akan berubah dan melakukan banyak perubahan positif di
dalam Negara. Tetapi sangatlah dikhawatiri jika mereka itu terjebak kepada
kancah kepura-pura dan amibil mudah sehingga mereka dituduh pula sebagai
golongan Murjiah. Ianya akan menyebabkan amalan Nahi munkar terpadam daripada
kamus pemikiran jika kesalahan itu dilakukan oleh para pemimpin. Maka konsep
menegur pemimpin mestilah secara sir di war-warkan dan mengharamkan secara
mutlak teguran secara jahar dalam apa jua keadaan. Semoga mereka dan kita semua
diberikan hidayah dan taufik Allah.
*****************
Permata : Oleh itu,kita semua boleh fikir dan agak apa yang cuba dilakukan oleh pihak yang mendakwa kerajaan Arab Saudi akan mengambil tindakan terhadap peserta BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah...wallahua'lam.
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2012
(277)
-
▼
May
(51)
- Golongan Yang Menzalimi & Dizalimi
- PAS Perguna Artis???
- Cara Elak Maksiat....
- Mahasiswi UKM HILANG...
- Mufti Azhar | Basyar WAJIB diBUNUH!!!
- Describe Your Header
- سبحان الله | Penemuan Ikan Baru di Laut Merah!
- [video]Ustaz Fathul Bari :Melenting Isu KPOP!
- Tidak Perlu Buruk Sangka Artis Berubah!
- Siapa Aku dihadapan-NYA???
- SMMS: Terkilan Dengan Penganjuran Himpunan Jutaan ...
- Kekecohan : Pemimpin2 Parti Perlu Mainkan Peranan!
- Drag Batle :Satu Peringatan...[+ video]
- Mesir pun ade Pengundi Hantu..huhu..
- Stereng Lock : Amacam..Ade Bran?
- Alahai Tok Siak..
- Kantoi : Kuota Dikurang Sebab Proses Pembangunan
- ٍٍSelamat Pengantin Baru Sahabat..
- Selamat Imtihan Sayang...^_^
- Blogger Munafiq
- Whoa..femes PMku masuk paper HK! - Tuya..Tuya
- Pandai Tapi tak minat Politik?ini Jawapannya...
- Gura Bewok
- [Video Penuh] Debat PTPTN : KJ vs Rafizi
- [video]Perjuangan atas dasar kepentingan tidak aka...
- Berbondong-bondong menyertai Perjuangan..tapi....
- Keperluan Muzakarah
- Tahniah TRW!!!
- Durian Runtuh,Adik-Bradik Putuh!
- Apa Masalah Malaysia Sekarang??
- MAIDAM buat Program tergesa-gesa?
- Adab Berbeza Pendapat
- Kempen mengundi Tahun 1955...sekarang??
- Tuduh Sesat Tapi Suruh Contohi...Haha
- Bila Nur Allah Menyapa...
- Terjun kereta : Kasihnya Seorang Ayah terhadap Ana...
- Isu BERSIH Makkah & Madinah
- Hukum Hunger Strikes di Palestine
- Hindari Politik Fitnah Dan Maki Hamun
- Ya,kalian berhimpun secara aman,tapi kenapa perlu ...
- Fitnah : Takutlah Azab Allah!
- Bila Orang Cina Terkejut Org Islam Kata Tok Guru K...
- BERSIH 4.0 : Idea Hebat KP!!!
- Filem Al-Azhar 2012
- Majoriti Melayu : Selamatkan Melayu @ Selamatkan U...
- Terkini: Rakyat Malaysia Dilarang ke Mekkah Selama...
- Hasrat Pelajar Malaysia mengadakan perhimpunan Ber...
- Erti Integriti Sebuah Badan Bebas.
- FATWA BIAR MENYELURUH!!!
- Utusan Malaysia Perlu Bertindak Matang
- Ulike!!!!
-
▼
May
(51)