Pelik...ya pelik,teramat pelik...hairan bin ajaib...
Inilah yang berlaku di negeriku...seorang exco pendidikan membimbangi senario artis berubah dan berada di pentas2 ceramah akan memberi kesan negatif kepada para pelajar.
Yang menjadi kepelikan bukanlah isu artis itu berubah..tetapi melihat kepada kecenderungan mereka terhadap perjuangan
Parti Islam se-Malaysia(PAS). Itulah yang menjadi kepelikan sebenarnya. Agak-agak kalau artis berubah dan berada di pentas2 UMNO,rasa2 timbul tak isu kesan negatif kepada pelajar ni?(
ingat tak HBN aritu?artis yang diorang panggil macam mana ye?hihi....)
Janganlah memandang serong terhadap mereka yang nak berubah,kata-kata sebegini boleh mengendurkan semangat seseorang untuk mendekati kebaikan. Artis nak menyokong@mendokong perjuangan mana-mana adalah hak masing-masing yang mana berdasarkan penilaian seseorang terhadap sesuatu perjuangan. Artis merasakan dalam PAS ramai ulama' dan golongan agamawan yang dirasakan lebih dekat untuk membawa mereka ke jalan yang diredhai Allah,itulah ciri-ciri yang ada dalam perjuangan jemaah Islam.
Jemaah Islam yang menjadi anutan dan dokongan para perjuang Allah mendidik ahlinya dengan acuan yang menepati manhaj nabi S.A.W agar ahli2nya sentiasa merasakan diri mereka akan dihisab dan dipertanggungjawabkan dengan setiap yang dilakukan dimuka bumi ini. - [Tarbiyah a.k.a didikan ini diserapkan oleh jemaah PAS dalam Usrah dan Program2 kerohanian etc : Qiamullail,Munajat dsb.]

"Ahmad Razif mungkin tidak pernah tahu Hadis yang sangat popular
bagaimana taubat seorang pembunuh yang telah membunuh 99 nyawa yang
kemudiannya mahu bertaubat. Akhirnya beliau membunuh lagi menjadikan 100
nyawa. Namun, Allah masih menerima taubat si pembunuh tersebut.
Juga
di luar sana terdapat banyak kisah-kisah taubat yang mampu membuat si
pendosa merasai pintu taubat sentiasa dibuka. Antaranya kisah taubat
tokoh sufi Malik bin Dinar yang sebelumnya terkenal sebagai kaki
maksiat. Kisah-kisah taubat sepatutnya sentiasa diceritakan, diulang dan
dijadikan peringatan kepada masyarakat di luar sana." - kenyataan DPPNT(Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu)-BO
*********************
Permata : aduyai exco pendidikan...kesian betul la...huhu