- Back to Home »
- PilihanRayaUmum(PRU) , Politik Tanah Air , Ulasan Isu »
- Majoriti Melayu : Selamatkan Melayu @ Selamatkan UMNO?
Pening membaca ulasan dan penerangan oleh saudara kickdefella berkenaan majoriti melayu dalam parlimen...begitulah yang diwar-warkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan kiranya pembangkang mengambil alih kerajaan Malaysia,akan melenyapkan orang Melayu..namun,penerangan dan statistik serta data yang saya rasa cukup lengkap dapat menangkis tohmahan tersebut, saya masih lagi samar dengan ulasan yang diberikan,maklumlah...kurang sikit bab2 statistik2 ni,hehe..tapi,point utama yang dapat diambil daripada ulasannya ialah,kiranya pembangkang dapat menakluk Malaysia dalam PRU 13 nanti,insyaAllah...majoriti Melayu dalam Parlimen tidak akan susut,bahkan akan semakin gagah.
Kalian boleh membaca ulasannya seperti berikut :
Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional
menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun
tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti
komponen BN yang lain.
UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti
Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC
menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan
calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.
Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan
penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1%
komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang
dibawah BN berjumlah 41.9%.
UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.
Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk
BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140
buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah
137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya
kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP
bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.
BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala
38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan Rakyat, SAPP dan
Bebas yang menang di atas tiket PAS.
Ironinya, walaupun kerusi UMNO merosot sebanyak 31 kerusi tetapi
dibantu dengan kerusi wakil Melayu dari PBB, BN hari menyaksikan
peningkatan memberangsangkan penguasaan wakil rakyat Melayu berbanding
dengan Bukan Melayu di dalam BN. Hari ini wakil rakyat Melayu adalah
62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula
merosot dari 41.9% kepada 37.2%.
Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.
Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu didalam Kerajaan
semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin lemah sedangkan
orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia
mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah.
Kita tinggalkan UMNO seketika kerana kita tentu yakin UMNO tidak buta
statistik. Tetapi yang menggusarkan ialah mengapa beberapa pemimpin PAS
seolah-olah rabun membaca statistik. Ini yang kita perlu risau.
Prestasi Pembangkang 2004 dan 2008
Pilihanraya Umum ke 11 menyaksikan PAS dan PKR kembali terdampar
dipersada realiti politik Malaysia apabila kecermelangan mereka dalam
pilihanraya 1999 berakhir dengan malang sekali.
PAS kehilangan Terengganu atau lebih enak disebut, Presiden PAS
hilang jawatan Menteri Besarnya. Timbalan Presiden PAS juga hilang
kerusi Parlimennya.
Di Kelantan, Mursyidul Am berjaya mempertahankan penguasaan PAS
dengan berpaut kepada majoriti 2 kerusi sahaja. Lebih menggerunkan, dua
kerusi mereka berpaut itupun kalau dicampur keseluruhan majoritinya
tidak lebih daripada 50 undi.
Pada 2006, PAS Kelantan kehilangan lagi satu kerusi DUN menerusi
pilihanraya kecil. Lantaran mereka mencatatkan rekod dunia sebagai
kerajaan yang boleh bertahan paling lama dengan hanya majoriti 1 kerusi.
Di Parlimen, setelah persempadanan semula konstituensi pilihanraya di
Semenanjung dan di Sabah pada tahun 2003 serta faktor ‘feel good’
Perdana Menteri baru Malaysia, peratusan wakil rakyat Pembangkang di
dewan Rakyat menguncup kepada hanya 9.6%.
Daripada jumlah ini pula wakil rakyat Melayu dalam Pembangkang hanyalah 38.1% berbanding dengan 61.9% wakil rakyat Bukan Melayu.
Tetapi kedudukan semasa hari ini, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi
di Dewan Rakyat. Apa yang amat-amat signifikan ialah kedudukan wakil
rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8% daripada
38.1% didalam tahun 2004. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang
pula ialah 48.2%.
Dalam erti kata lain, Melayu bukan sahaja mempunyai pengaruh yang
besar didalam BN yang merupakan parti pemerintah, tetapi Melayu juga
mempunyai pengaruh yang majoriti didalam Pembangkang.
Oleh itu apakah yang merisaukan orang-orang Melayu?
Apakah boleh dianggap Melayu berpecah semata-mata kerana satu pihak
yang dulunya begitu dominan didalam politik Melayu kini sudah mula
kehilangan taring?
Adakah kerana PKR dan PAS kini mempunyai jumlah wakil rakyat Melayu
yang besar didalam gabungan Pembangkang maka itu tandanya Melayu
berpecah?
Siapa Kata Hendak Selamatkan Melayu Sebenarnya Selamat UMNO
Sesetengah pihak bertungkus lumus membanting tulang mahu
menyelamatkan Melayu. Persoalannya kenapa? Pengaruh Melayu terus hebat
bahkan bertambah hebat. Melayu hari ini lebih dominan didalam BN dan
begitu signifikan didalam Pembangkang. Kalau ada masanyanya Melayu ingin
merasa bersyukur, inilah sebenar masa sebenarnya.
PAS dan PKR dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu kerana bekerja sama
dengan DAP. Tetapi apa yang peliknya, menerusi kerjasama dengan DAP,
PAS dan PKR berjaya memperkasakan kedudukan Melayu di dalam Pembangkang.
Menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya merampas
sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen daripada MCA, MIC dan Gerakan. Ini
bererti lebih 5 wakil rakyat Melayu didalam Parlimen.
Semenjak pilihanraya 1955, UMNO mengajar orang Melayu memberikan
kerusi majoriti Melayu kepada wakil rakyat Bukan Melayu. Sebab itulah
berkali-kali pilihanraya pengundi-pengundi Melayu memberikan undi kepada
MCA, MIC dan Gerakan walaupun mereka ini ditentang oleh calon Melayu
dari PAS dan lain-lain parti.
Perjuangan Malaysia Dapat Memperkasakan Melayu
Ketidakseimbangan kekuatan Melayu dianggap sebagai satu masalah besar
didalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia menimbulkan ketidakselesaan
orang-orang Melayu.
Ketidakseimbangan ini sebenarnya hanyalah ciptaan UMNO. Pakatan Rakyat berjaya menimbulkan keseimbangan itu.
Hari ini representasi Melayu didalam Kerajaan dan Pembangkang adalah
refleksi sebenar populasi Malaysia. Lebih unik lagi keseimbangan itu
dicapai bukan atas dasar perjuangan bersikap perkauman tetapi perjuangan
berteraskan keadilan untuk semua kaum yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat sudah memperjuangkan formula untuk Malaysia yang
sejahtera buat semua dan ia telah terbukti berjaya. Dan ia berjaya tanpa
perlu slogan atau laungan atau kempen seperti 1 Malaysia. Ia berjaya
kerana keikhlasan untuk memakmurkan negara ini untuk semua rakyatnya.
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2012
(277)
-
▼
May
(51)
- Golongan Yang Menzalimi & Dizalimi
- PAS Perguna Artis???
- Cara Elak Maksiat....
- Mahasiswi UKM HILANG...
- Mufti Azhar | Basyar WAJIB diBUNUH!!!
- Describe Your Header
- سبحان الله | Penemuan Ikan Baru di Laut Merah!
- [video]Ustaz Fathul Bari :Melenting Isu KPOP!
- Tidak Perlu Buruk Sangka Artis Berubah!
- Siapa Aku dihadapan-NYA???
- SMMS: Terkilan Dengan Penganjuran Himpunan Jutaan ...
- Kekecohan : Pemimpin2 Parti Perlu Mainkan Peranan!
- Drag Batle :Satu Peringatan...[+ video]
- Mesir pun ade Pengundi Hantu..huhu..
- Stereng Lock : Amacam..Ade Bran?
- Alahai Tok Siak..
- Kantoi : Kuota Dikurang Sebab Proses Pembangunan
- ٍٍSelamat Pengantin Baru Sahabat..
- Selamat Imtihan Sayang...^_^
- Blogger Munafiq
- Whoa..femes PMku masuk paper HK! - Tuya..Tuya
- Pandai Tapi tak minat Politik?ini Jawapannya...
- Gura Bewok
- [Video Penuh] Debat PTPTN : KJ vs Rafizi
- [video]Perjuangan atas dasar kepentingan tidak aka...
- Berbondong-bondong menyertai Perjuangan..tapi....
- Keperluan Muzakarah
- Tahniah TRW!!!
- Durian Runtuh,Adik-Bradik Putuh!
- Apa Masalah Malaysia Sekarang??
- MAIDAM buat Program tergesa-gesa?
- Adab Berbeza Pendapat
- Kempen mengundi Tahun 1955...sekarang??
- Tuduh Sesat Tapi Suruh Contohi...Haha
- Bila Nur Allah Menyapa...
- Terjun kereta : Kasihnya Seorang Ayah terhadap Ana...
- Isu BERSIH Makkah & Madinah
- Hukum Hunger Strikes di Palestine
- Hindari Politik Fitnah Dan Maki Hamun
- Ya,kalian berhimpun secara aman,tapi kenapa perlu ...
- Fitnah : Takutlah Azab Allah!
- Bila Orang Cina Terkejut Org Islam Kata Tok Guru K...
- BERSIH 4.0 : Idea Hebat KP!!!
- Filem Al-Azhar 2012
- Majoriti Melayu : Selamatkan Melayu @ Selamatkan U...
- Terkini: Rakyat Malaysia Dilarang ke Mekkah Selama...
- Hasrat Pelajar Malaysia mengadakan perhimpunan Ber...
- Erti Integriti Sebuah Badan Bebas.
- FATWA BIAR MENYELURUH!!!
- Utusan Malaysia Perlu Bertindak Matang
- Ulike!!!!
-
▼
May
(51)