Melihat kepada situasi genting yang berlaku di Malaysia sekarang ini,teringat di benak fikiran saya akan peristiwa 25 Januari di Mesir ini,yang mana, asal usul tercetusnya akan
Thaurah(revolusi) adalah disebabkan 'onar' yang dibuat oleh pihak polis yang mana telah menembak rakyat yang sedang
DEMONSTRASI secara
AMAN. Kesannya,rakyat semakin marah dan mula menyebarkan akan kekejaman regim Husni Mubarak yang dahulu,semakin kejam polis dan kerajaan ketika itu,semakin rakyat bangkit untuk menegakkan keadilan..
Berbalik kepada situasi di Malaysia,berdasarkan pemerhatian dari saya yang kerdil ini,pihak POLIS semakin hari semakin mengganas dan kerajaan juga semakin agresif dalam membanteras rakyat yang ingin menyertai
BERSIH 2.0 pada
9 JULAI 2011 nanti,tangkapan demi tangkapan dibuat,kekangan demi kekangan,tidak kurang juga pihak kerajaan(BN) negeri yang mengugut rakyatnya untuk tidak menyertai himpunan BERSIH 2.0 nanti, penjawat awam diberi amaran,mahasiswa diberi amaran,sehingga dalam khutbah pun beri amaran untuk hindari BERSIH 2.0.
Tidak kurang juga yang mengeluarkan
FATWA akan perlunya
BERTAUBAT kerana menyokong
BERSIH, cuba kita kembali kepada asal tujuan BERSIH ini diadakan,bukankah ianya bertujuan yang baik,perhimpunan aman dsb,lagipun,Malaysia bukannya negara kuku besi,yang kebebasan BERSUARA tiada..kalau mereka(kerajaan) kata sebab diharamkan BERSIH adalah kerana akan mencetusnya huru hara dalam negara,dari manakah akan datangnya huru hara tersebut?bukankah kita lihat sekarang terdapat beberapa pihak yang mengugut untuk membuat onar dalam perhimpunan tersebut,selogiknya,jika KERAJAAN sekarang adil dan saksama,pihak2 yang membuat ugutan itulah yang sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan,tapi sebaliknya berlaku.
Ingat,'mereka' datang selepas tarikh BERSIH dibuat,jadi yang mana harus kita
aula(utamakan)?tentunya BERSIH bukan?sepatutnya pihak berwajib memastikan perhimpunan BERSIH ini berjalan dengan baik,bukan mengutamakan pihak yang datang selepas BERSIH...
Kalaulah perkara ini berterusan,tidak mustahil rakyat Malaysia akan berkumpul utk mengadakan "يوم الغضب" iaitu
hari KEMARAHAN sebagaimana yang berlaku di Mesir,asbabnya dari polis juga,tapi saya harap perkara ini tidak berlaku di Malaysia,amin...tapi jika sudah ditakdirkan,tentunya para pejuang menantikan
MATI SYAHID...betul?
Sama-sama doakan dan fikirkan dengan hati yang tulus..:),selamat berhimpun kepada semua pejuang demokrasi..
arrayah.info - Demonstrasi Khilafah 2.0 berjaya bukan Bersih 2.0
ReplyDelete