Posted by : Yu. Syamz Aug 27, 2012

Alhamdulillah,Syukur kepada Allah kerana masih lagi berpeluang bernafas dalam nikmat2 Allah yang melimpah ruah.Selawat dan salam ke hadrat kekasih hati dan penyuluh jalan Saidina Rasulullah Shallallahu 3alaihi Wasallam serta kepada ahli keluarga tidak lupa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Kali ini waalid terfikir sendiri terhadap satu fenomena yang berlaku di sekitar para blogger terutamanya waalid sendiri. Fenomena bersegmen dan Give Away dan macam-macam lagi perkara yang seangkatan dengannya.

Bila direnung sendiri,waalid menyamakan berblog ini seperti berniaga...maksudnya?

Maksudnya dalam berniaga,sudah tentu adanya promosi,iklan,cabutan bertuah dan sebagainya bagi membantu promosi dalam sesebuah perniagaan. Lagi-lagi bagi sesebuah perniagaan yang baru timbul dan masih baru dalam bidangnya.

Ya,begitulah juga halnya dalam kerenah seorang blogger,usaha untuk mempromosikan dan menaikkan serta mengumumkan keberadaannya dalam dunia blogger kepada sahabat-sahabat blogger yang lain,pelbagai segmen,GA,BW dan lain2 diperhebatkan samada yang disertai mahupun yang menganjurkan.

Salah ke?

Jangan salah faham,waalid tidak menyalahkan lebih-lebih lagi memperkecilkan orang lain sebab waalid sendiri pun rajin jugak join segmen2 ni.cumanya...

Cumanya terkadang waalid terfikir dan tersentak bilamana bila jenjalan ke satu blog yang mana isi blognya hanya tertumpu kepada segmen,contest,GA dll semata-mata. Blogger seperti ini waalid boleh ibaratkan ianya akan cepat naik namun seperti tin kosong.wah..kasar nampak..



Alasannya?

Pada pendapat waalid,segmen dan seumpamanya itu hanyalah sampingan dan pembakar semangat untuk para blogger,seperti seorang peniaga,perkara pokok yang perlu dijaga adalah kualiti barang jualannya adakah memberi kepuasan kepada si pembeli atau membuatkan pembelinya terasa tertipu dengan iklan dan promosi yang hebat2...

Begitu jugalah halnya kepada blog. Benda yang paling utama perlu difokuskan oleh seseorang blogger ialah menjaga kualiti dan potensi blog mereka dengan hasil tulisan yang baik serta memberi manfaat kepada orang lain. Bila sudah menjadi blogger yang femes,sudah tentu masing2 akan melihat apa yang terkandung dalam blog itu sebagai panduan bagi mereka yang masih baru.

Bila blog kita terkandung dengan isi yang padat,menarik dan bermanfaat,barulah kita akan dikenali oleh orang lain dengan hasil tulisan(isi blog) kita..bukan sekadar orang datang,follow,komen di entry segmen dan blah tak datang2..

Cubalah...

sembang memang senang...kadang2 waalid pun membuat benda sama. Namun,ini hanyalah pandangan waalid semata-mata,kalau ada yang tidak bersetuju,tiada masalah.waalid ni hanyalah budak baru belajar,kalau ada salah,sila perbetulkan.apa yang dikongsi adalah lahir dari pengamatan dan pengalaman yang secebis cuma.

Cubalah kita perbetulkan cara kita sekarang agar kita menjadi blogger yang lebih baik dari apa yang kita buat sekarang tidak lain tidak bukan untuk kebaikan masa hadapan.

wallahua'lam

{ 6 Tembakan... read them below or Comment }

  1. sama-sama usaha untuk mendapat kebaikan masa hadapan. :D

    ReplyDelete
  2. setuju.. segmen dan giveaway ni sebenarnya biarlah dibuat secara jarang2.. kalau terlalu kerap pun, nanti orang akan bosan juga..

    ReplyDelete
  3. memang betul menjaga kualiti adalah yang utama..terima kasih atas perkongsian ini..jadi panduan bagi saya yg baru di dunia ini

    ReplyDelete

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -