Posted by : Yu. Syamz Aug 13, 2012

Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul 'Izzati yang masih lagi membenarkan diri yang hina ini untuk bernafas dalam udara ramadhan. Semakin hari semakin suram dan muram dek waktunya sudah ke penghujung..meninggalkan manusia yang alpa dengan kesibukan duniawinya.

Sedihnya bakal ditinggalkan Ramadhan ditambah lagi kesedihan melihat generasi pelapis dan bakal pewaris para nabi digula-gulakan. Semangat mereka dicantas,disekat dan sebagainya lagi dengan tujuan menjaga kepentingan sesuatu pihak.


Pelajar-pelajar yang bercita-cita murni untuk menyambungkan pelajaran ke bumi anbiya',Mesir semakin hari semakin dilunturkan dengan 'agenda' tersembunyi yang boleh jadi dilayarkan oleh individu2 tertentu agar dapat mengawal jumlah pelajar untuk menyambungkan pelajaran ke Mesir.

Daripada sejumlah yang mengambil imtihan qabul(ujian kelayakan),hanya seramai 111 orang yang berjaya untuk menyambung ke Universiti Al-Azhar,Mesir. berikut merupakan jumlah dari setiap negeri :

Kedah : 32 Orang
Selangor : 28 Orang
Kelantan : 17 Orang
Perak : 10 Orang
Johor : 6 Orang
Pahang : 6 Orang
Perlis : 3 Orang
Melaka : 2 Orang
Negeri Sembilan : 2 Orang
Sabah : 2 Orang 
Terengganu : 2 Orang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 1 Orang
Wilayah Persekutuan Putrajaya : 0 Orang
Wilayah Persekutuan Labuan : 0 Orang
Pulau Pinang : 0 Orang
Sarawak : 0 Orang
Baru-baru ini terbitnya satu kumpulan yang menubuhkan satu facebook fanpage [
Kami Mahukan Ramai Pelajar Malaysia Dapat Menyambung Pelajaran Ke Al-Azhar]..Usaha murni yang mereka lakukan tersebut semata-mata mahu melihat bakal-bakal pelapis agama Allah terus diberikan peluang untuk menimba ilmu di bumi para nabi ini. Waalid menyokong 100% desakan itu dan berharap agar kalaulah ada 'tangan2 ghaib ' yang berperanan dalam isu ini,bolehlah membatalkan agenda kalian!

Suasana belajar di Mesir amat berlainan daripada tempat yang lain,yang merasainya sahaja mengetahui hakikat sebenar dan kelebihan yang ada di sini.

Peratusan Lulus Imtihan Qabul
Melihat kepada kajian statistik yang dibuat,peratus yang lulus(berjaya) dalam imtihan qabul amat menyedihkan dan peratus yang gagal pula sangat 'memberangsangkan'! secara logiknya,bukankah sepatutnya ada usaha untuk mengurangkan masalah tidak lulus ini?. Imtihan Qabul ini hanyalah menguji tahap kelayakan para pelajar..kalau semakin lama semakin ramai yang tidak layak..persoalannya,apakah sistem pendidikan di Malaysia khususnya STAM@yang seumpamanya sangat LEMAH?!-kalian fikirlah sendiri.

Kalau nak diungkit perkara-perkara yang diibaratkan seperti 'mencantas' orang-orang yang nak mengaji agama ini,terlalu banyak..hinggakan terkadang merasakan seperti kami(org2 mengaji agama) ni seperti dianak tirikan oleh sang pemerintah. Dalam sudut agihan zakat,pinjaman,dihalau dari asrama,dinafikan hak dan sebagainya. Semuanya pernah disaksikan sendiri oleh waalid selama mana berada di Ardul Kinanah ini.

Biarkanlah Mereka Bertebaran...
Tidak dinafikan,tempat-tempat lain juga tidak peri hebatnya dalam ilmu pengetahuan,Jordan misalnya...ramai lepasan2 sana yang giat berbakti mencurahkan ilmu di tanah air. Juga di tempat-tempat lain. Seharusnya,biarkanlah pelajar memilih tempat yang mereka minati agar bila berkumpulnya lepasan dari pelbagai tempat bakal menatijahkan satu kumpulan HEBAT dalam ilmu pengetahuan.

'manusia kacukan pun boleh jadi lebih bijak dari biasa,inikan pula ilmu kalau dikacuk dari pelbagai ulama2 hebat...masyaAllah tabaarokallah!'

Pada pendapat peribadi waalid,biarkanlah dan bantulah mereka bertebaran dalam mengejar mutiara2 ilmu daripada ulama'2 terkemuka...kelak nanti Agama,Bangsa dan Negara juga yang terbela.

Cukuplah buat perkongsian untuk kali ini,menulis dalam keadaan sedih,geram dan kecewa mungkin membantutkan idea untuk bertandang.semoga apa yang diluah dapat mengurangkan resah dan gusar yang terbuku di jiwa ini...

wallahua'lam.


p/s : terbaca satu komen dalam blog Lisanul Hakim berbunyi :

(Mengikut maklumat dari edu malaysia egypt hari ini, pelajar2 yang gagal imtihan qabul boleh sahaja belajar di markaz lughah al azhar di mesir seperti thun2 sebelum ini, berita sebelum ini yang mengatakan para pelajar wajib belajar di yayasan sofa adalah TIDAK BENAR... nampaknya ada orang mengambil kesempatan dalam isu ini, maklumat lanjut : Puan Zakiah +201145844474 en sulaiman +201001294139.)

hem...apakah maksudnya itu ya?mungkin benar sangkaan waalid bahawa adanya 'tangan ghaib' ?wallahua'lam....

{ 8 Tembakan... read them below or Comment }

  1. Assalammualaikum waalid.

    Waalid..'tangan2 ghaib' ada dimana2 waalid..dimana2, bila2 masa dan apa jua keadaan. Bukan setakat menyambung pelajaran ke Mesir, sekecil2 perkara, spt pemilihan ketua kelas pun,boleh jdi isu.

    Apa yg lana lihat, kita yg nmpk situasi ni, mcmna kita nak bantu. Nak keluar, lepas dari genggaman tgn2 tu.

    Bak kata waalid, "suasana belajar di Mesir amat berlainan daripada tempat yang lain,yang merasainya sahaja mengetahui hakikat sebenar dan kelebihan yang ada di sini".

    Jadi, mungkin kalian yg brada disana, boleh bantu dgn menunjukkan kelebihan itu..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan segalanya

    ReplyDelete
  3. semoga mereka mendapat dan diberi peluang. n bila dah brjaya nt, ingt jalan blk ke Msia.. =)

    ReplyDelete
  4. ye, xberani nak komen apa2 jgk.. bersabarlah, kalaulah tangan-tangan ghaib tu boleh dicapaikan

    ReplyDelete
  5. saya setuju dengan tinta Lana...

    ReplyDelete
  6. insyaAllah..dengan kerjasama semua pihak..kami cuba buktikan...

    ReplyDelete
  7. ramai sahabat raihan yang smbung belajar di sana. sama ada dalam bidang syariah atau kedoktoran. Semoga semuanya baik2 sahaja.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -