Posted by : Yu. Syamz Aug 7, 2012

Alhamdulillah,fasa kedua Ramadhan semakin melabuhkkan tirainya..hanya tinggal beberapa hari lagi untuk ke fasa ketiga Ramadhan..iaitu fasa pembebasan dari api neraka. sama-samalah mengejar fadhilat Ramadhan dan janji-janji Allah yang melimpah ruah banyaknya..

Kerisss.....PETIR!!!haha

Kuasa..

Kuasa merupakan satu elemen yang sangat penting. lebih-lebih lagi dalam pentadbiran dan organisasi. Kalau punya kuasa... macam-macam kita boleh buat. Hanya ke arah mana kuasa yang kita punya digunakan. Adakah ke arah keredhaan Allah atau ke arah menjaga pangkat,harta dan kesenangan peribadi kita sahaja.?

Sebab itulah,dalam memilih orang yang ingin diberikan kuasa,perlu memilih dengan sehabis baik agar kuasa yang diberikan tidak digunakan ke arah yang tidak diredhai Allah dan ke arah kehancuran ummat. Terlebih lagi pemimpin yang memimpin ummat ISLAM..terlebih aula untuk dipilih dikalangan mereka yang benar-benar menjamin kedaulatan Islam dan mampu meninggikan Islam ke persada dunia..bukan hanya semata-mata nama,bahkan risalah Islam terlebih utama..

 Tentunya kita ternanti-nanti pemimpin yang sehebat Saidina Umar Al-Khattab yang tegas dalam sesuatu perkara. Mungkin juga seperti Sultan Al-Fateh yang berjaya membuka kota Konstantinopel. Tidak kurang juga yang mengimpikan Salahuddin Al-Ayubi yang ternyata bijaksana dalam strategi melawan musuh. Dan ramai lagi pemimpin2 Islam yang benar-benar berpegang dengan Wahyu Allah dan Sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam.

Sebagai peringatan bersama..kalaulah kita diberikan amanah memegang kuasa,gunakanlah kuasa yang diberikan ke arah yang menuju Mardhatillah,bukan mengundang AZAB ALLAH..sesungguhnya Azab Allah tidak terperi pedihnya..

hem...kalau diberikan kuasa pada si zalim..sudah tentu kezaliman yang dibuat tidak dilihat zalim dan segala kedurjanaan akan di kambinghitamkan pada lawannya..

Wallahua'lam...

Wahai Allah...dengan kemulian bulan Ramadhan,berkat puasa ummat Islam,serta para waliMu...selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria,Rohingya,Palestin,Iraq dan Seluruh Ummat Islam yang ditimpa kezaliman...juga dengan Berkat yang mulia Saidina Rasulullah Shallallahu 3alaihi Wasallam,jadikanlah kami di antara orang2 yang bersyukur..aamin ya robbal 3aalamin...

{ 4 Tembakan... read them below or Comment }

  1. Semoga org yg mempunyai kuasa tu menggunakan kuasanya ke arah kebaikan... Amin

    ReplyDelete
  2. Salam waalid.

    Yang lana perasan..dgn pengalaman lana yang sedikit ni, ramai lupa diri bila ada sedikit pangkat dan kuasa.

    Kita mudah lupa diri sebab kita salu anggap, dengan ada kuasa, kita boleh buat pa sja. dengannya juga, kita boleh sesuka hati mengarah org itu ini. Tapi, tu bukan fungsi utama kuasa sebenarnya.

    Kalau dah punya kuasa, cubalah jadi org yg bertanggungjawab..dan jgn sesekali cuba mementingkn diri sndiri. Bila dah mula pentingkn diri sndiri, terjadilah benda,keadaan yg tak sepatutnya spt pecah amanah, amalan rasuah, penganiyaan dll..

    Sekadar berkongsi pandangan sendiri disini.. :)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan

    kuasa hanyalah pinjaman, tempoh itu lah diberikan untuk membuktikan keadilan dan kebenaran Islam. Jika gagal sejarah2 lalu telah buktikan kejatuhan...

    ReplyDelete
  4. huyooo boboiboy tuu..
    kuasa halilintar!! =D

    ReplyDelete

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -