Archive for August 2012

Cara-cara untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar.Mesir

Sedikit Info buat sahabat-sahabat yang berniat dan bercita-cita untuk menyambung pengajian ke bumi kinanah,Mesir,ini ada sedikit maklumat yang disalurkan melalui Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Selangor :



1.Pemohon yg lulus imtihan qabul di msia baru-baru ini boleh terus mengisi borang yang akan diuruskn oleh KPT melalui yayasan @ jabatan agama negeri

2. Pemohon yg tidak lulus di dalam imtihan qabul di msia, anda layak untuk ke Mesir utk mengambil ujian sekali lagi di uni Alazhar.Sila pastikan anda mengisi n melengkapkan borang dan hantarkan melalui yayasan @ jabatan agama negeri utk diserahkan kepada EME mesir sebelum 10 september ini.Diingatkan pelajar mesti tiba di mesir sebelum 15 September utk persedian n memduduki ujian saringan kali ke 2 di sana.utk urusan passport n visa sila rujuk kepada pihak yg sama.

3.Bagi pemohon yg tidak pernah menduduki imtihan tahdid mustawa di msia.. usaha utk memastikan anda menduduki imtihan tersebut sedang diperbincgkn

Untuk mengetahui maklumat terkini boleh like FB fanpage ILMAM Selangor di SINI

http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/timurtengah/Pelajar%20lepasan%20STAM%20ke%20Pengajian%20Islam%20di%20Al-Azhar.pdf


sumber: ILMAM Selangor.

Hati...

Hati....
  
Ehsan Ustaz Google

Hati itu umpama rumah yang mempunyai enam pintu. Berhati-hatilah supaya tiada yang dapat masuk melalui pintu-pintu tersebut lalu merosakkan rumah. Hati itu ialah rumah manakala pintu-pintunya ialah lidah, mata, telinga, hidung, tangan dan kaki - Hukama'

(Risalah al-Mustarsyidin)

Jagalah hati dan juga hati orang lain,insyaAllah bahagia dunia akhirat...^_^

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Alhamdulillah,masih lagi bernafas dengan limpah rahmat Sang Pencipta. Hari ini waalid dijemput oleh NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE untuk turut sama menyertai dalam pencarian follower bertuah. Untuk memberikan sokongan kepada beliau,waalid join..^_^

Sila klik gambar untuk turut sama menyertai..terima kasih.

Pencarian ini bermula hari ini 27hb Ogos2012 dan berakhir 31hb Ogos 2012 pada jam 12 tengah malam.

SEMUA PEMENANG AKAN DIUMUKAN PADA 1HB SEPTEMBER 2012 

Semoga  Norzi Beutilicious House berjaya dengan pencarian ini dan mendapat ramai penyertaan,insyaAllah..

############################################

p/s : pssstttt...tolong undi a.k.a [ LIKE ] gambar dibawah boleh?

Sila klik gambar dan 'LIKE' untuk mengundi Aisya...Terima Kasih!

Tolongggg...!!!

Alhamdulillah,buat kawan2 yang membaca entry ni,waalid ada satu permintaan. Nak mintak tolong sikit..hehe

Semalam waalid ade join satu contest gambar raya yang dianjurkan oleh admin KBBUTV3. waalid sudah send gambar ini..

|
|
|
|
|
V


Jadi,sukalah kiranya sahabat2 tolong undi gambar di atas tu dengan cara mudah,cuma perlu LIKE je gambar tu sudah cukup..harap ramai yang sudi LIKE. Sila KLIK SINI untuk like gambar.

Terima Kasih kepada kawan2 yang sudi tolong...1st time masuk contest..haha..

Pemuda Paling Berani Di Syria

Video yang dikeluarkan oleh menunjukkan seorang pemuda Syria meletupkan sebuah kereta kebal secara depan-depan. Dengan izin Allah,kereta itu meletup dan musnah. Subhanallah! Maha Agung kuasa Allah!!!

Saksikan video di bawah ini untuk saksikan sendiri keberanian pemuda Syria sepertimana yang disebutkan.


Sungguh berani pemuda ini, semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada saudara-saudara kita di Syria dalam berdepan dengan kezaliman dan penindasan dari sang penzalim!

Ya Allah,bantulah dan lapangkanlah kesusahan saudara-saudara kami di Syria,Burma,Palestin, dan seluruh tanah ummat Islam dari kezaliman dan penindasan. Aamin!

Berblog Seperti Berniaga

Alhamdulillah,Syukur kepada Allah kerana masih lagi berpeluang bernafas dalam nikmat2 Allah yang melimpah ruah.Selawat dan salam ke hadrat kekasih hati dan penyuluh jalan Saidina Rasulullah Shallallahu 3alaihi Wasallam serta kepada ahli keluarga tidak lupa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Kali ini waalid terfikir sendiri terhadap satu fenomena yang berlaku di sekitar para blogger terutamanya waalid sendiri. Fenomena bersegmen dan Give Away dan macam-macam lagi perkara yang seangkatan dengannya.

Bila direnung sendiri,waalid menyamakan berblog ini seperti berniaga...maksudnya?

Maksudnya dalam berniaga,sudah tentu adanya promosi,iklan,cabutan bertuah dan sebagainya bagi membantu promosi dalam sesebuah perniagaan. Lagi-lagi bagi sesebuah perniagaan yang baru timbul dan masih baru dalam bidangnya.

Ya,begitulah juga halnya dalam kerenah seorang blogger,usaha untuk mempromosikan dan menaikkan serta mengumumkan keberadaannya dalam dunia blogger kepada sahabat-sahabat blogger yang lain,pelbagai segmen,GA,BW dan lain2 diperhebatkan samada yang disertai mahupun yang menganjurkan.

Salah ke?

Jangan salah faham,waalid tidak menyalahkan lebih-lebih lagi memperkecilkan orang lain sebab waalid sendiri pun rajin jugak join segmen2 ni.cumanya...

Cumanya terkadang waalid terfikir dan tersentak bilamana bila jenjalan ke satu blog yang mana isi blognya hanya tertumpu kepada segmen,contest,GA dll semata-mata. Blogger seperti ini waalid boleh ibaratkan ianya akan cepat naik namun seperti tin kosong.wah..kasar nampak..



Alasannya?

Pada pendapat waalid,segmen dan seumpamanya itu hanyalah sampingan dan pembakar semangat untuk para blogger,seperti seorang peniaga,perkara pokok yang perlu dijaga adalah kualiti barang jualannya adakah memberi kepuasan kepada si pembeli atau membuatkan pembelinya terasa tertipu dengan iklan dan promosi yang hebat2...

Begitu jugalah halnya kepada blog. Benda yang paling utama perlu difokuskan oleh seseorang blogger ialah menjaga kualiti dan potensi blog mereka dengan hasil tulisan yang baik serta memberi manfaat kepada orang lain. Bila sudah menjadi blogger yang femes,sudah tentu masing2 akan melihat apa yang terkandung dalam blog itu sebagai panduan bagi mereka yang masih baru.

Bila blog kita terkandung dengan isi yang padat,menarik dan bermanfaat,barulah kita akan dikenali oleh orang lain dengan hasil tulisan(isi blog) kita..bukan sekadar orang datang,follow,komen di entry segmen dan blah tak datang2..

Cubalah...

sembang memang senang...kadang2 waalid pun membuat benda sama. Namun,ini hanyalah pandangan waalid semata-mata,kalau ada yang tidak bersetuju,tiada masalah.waalid ni hanyalah budak baru belajar,kalau ada salah,sila perbetulkan.apa yang dikongsi adalah lahir dari pengamatan dan pengalaman yang secebis cuma.

Cubalah kita perbetulkan cara kita sekarang agar kita menjadi blogger yang lebih baik dari apa yang kita buat sekarang tidak lain tidak bukan untuk kebaikan masa hadapan.

wallahua'lam

Sapa Nak Masuk Bloglist Pertama Wa??

Waalid ingin join bloglist wa disamping memberi sokongan dan dokongan kepada rakan blogger...kawan2 yang lain pun bleh turut sama sokong wa ni untuk update bloglist dia..hanya syarat yang simple,insyaAllah korang dapat masuk dalam bloglist wa...


Psssstttt...comel kucing ni..hehe..tapi kesian sebab kne buli pakai cermin mata..haha..

bereh...sape2 yang nak join bleh klik kat banner di atas untuk sama-sama meramaikan bloglist blogger kita ni..^_^

Semoga ramai yang join bloglist wa ni ye...ops..lupa plak..tarikh penyenaraian blog adalah pada 30 Ogos 2012...sempat lagi ni...jangan lepaskan peluang ye..nanti bertambahlah pengkomen blog anda..hihi..

Hem..untuk TAG..sila anda yang baca entry ni join jugak ye..ngee~...jangan marah..

bloglist ramadhan cmne ye?

Alhamdulillah...di hari raya yang ke tujuh..rasa dah bertahun tak jenguk blog ni...hari raya sudah tentu banyak perkara yang perlu dilakukan...blog orang lain pun waalid jenguk lebih kurang macam ana funya bloglah...berhabuk...huhu...sakan korang raya ye?

Hem...waalid pulak,ada faktor lain yang menyebabkan tak update blog disamping kesibukan dengan hal-hal yang perlu dibereskan,internet yang buat hal..memang menyakitkan hati. terputus dua hari dan line sangkut2 melemahkan semangat untuk berblogging..kalau nak ke cc,rasanya bukan hobi waalid kot...

Sekarang cuba untuk mencari kekuatan dan semangat serta mencedok2 idea kembali untuk mengaktifkan blog kesayangan waalid ni..

Terlanjur buat entry ringkas ni,waalid nak tanyalah pendapat..bloglist ramadhan yang abg ben buat aritu cmne ye?nak sambung kontrak ke cmne?Ramadhan dah habis kan...hehe...kepada yang ada dalam senarai bloglist ramadhan waalid harap respon...Jazakumullahu khairan jazak..

sekian dulu untuk kali ini....sakan beraya jangan lupa puasa enam dalam bulan syawal ok...heehhehe


p/s: takde ke nak bank in duit raya kat waalid???huhu

Salam Aidilfitri Dari Perantauan..

Alhamdulillah,tibalah hari kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh setiap ummat Islam. Setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan..moga-moga ibadah dan amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan yang baru pergi diterima oleh Allah taala.

waalid mintak maaf sebab lambat untuk mengucapkan salam lebaran buat sahabat2 blogger waalid....macam mana raya kalian?mesti ceria kan?disamping keluarga yang tersayang..huhu..

Waalid di perantauan cmnilah...mujur ada kawan2 dan anak serta isteri yang menemani di hari lebaran...terubat sedikit kerinduan kepada kampung halaman.dah masuk hari raya ketiga..masih beraya ke?hem..raya-raya jugak..nanti jangan lupa puasa enam ye..^_^


Dikesempatan ini,waalid dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan khasnya tidak lupa kepada semua yang sudi menziarahi blog waalid ini.mudah2an syawal kali ini menjadi batu lonjatan kepada amal-amal kebajikan kita..insyaAllah..

Ikhlas dari kami di perantauan...
Beginilah kami di perlembahan ni..usai solat sunat aidilfitri..bergambar kenang-kenangan bersama-sama...



Iftor Jama'ie UBM

Alhamdulillah,sudah masuk hari ke-27 Ramadhan..hanya berbaki lebih kurang 3 hari untuk lambaian terakhir Ramadhan..sudah tentu,waktu-waktu sebegini dimanfaatkan sehabis baik agar setiap detik yang berlalu tidak sia-sia.

Semalam turut sama dalam majlis Iftor Jama'ie Unit Bait Muslim...sungguh meriah dengan diselangi dengan suara-suara kanak2..





Bersantai sambil masing-masing berkongsi pengalaman dan cerita2 sememangnya menggamat suasana.Beginilah kami di perantauan,teman-temanlah yang menjadi keluarga dan sahabat dikala hari istimewa disambut riang..hhu(ayat sedih beraya di perantauan..huhu)

Semoga baitul muslim yang dibina dapat menatijahkan sebuah mujtama' muslim yang akhirnya merealisasikan daulah islamiah.insyaAllah..


Hilanglah Pewaris...

Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul 'Izzati yang masih lagi membenarkan diri yang hina ini untuk bernafas dalam udara ramadhan. Semakin hari semakin suram dan muram dek waktunya sudah ke penghujung..meninggalkan manusia yang alpa dengan kesibukan duniawinya.

Sedihnya bakal ditinggalkan Ramadhan ditambah lagi kesedihan melihat generasi pelapis dan bakal pewaris para nabi digula-gulakan. Semangat mereka dicantas,disekat dan sebagainya lagi dengan tujuan menjaga kepentingan sesuatu pihak.


Pelajar-pelajar yang bercita-cita murni untuk menyambungkan pelajaran ke bumi anbiya',Mesir semakin hari semakin dilunturkan dengan 'agenda' tersembunyi yang boleh jadi dilayarkan oleh individu2 tertentu agar dapat mengawal jumlah pelajar untuk menyambungkan pelajaran ke Mesir.

Daripada sejumlah yang mengambil imtihan qabul(ujian kelayakan),hanya seramai 111 orang yang berjaya untuk menyambung ke Universiti Al-Azhar,Mesir. berikut merupakan jumlah dari setiap negeri :

Kedah : 32 Orang
Selangor : 28 Orang
Kelantan : 17 Orang
Perak : 10 Orang
Johor : 6 Orang
Pahang : 6 Orang
Perlis : 3 Orang
Melaka : 2 Orang
Negeri Sembilan : 2 Orang
Sabah : 2 Orang 
Terengganu : 2 Orang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 1 Orang
Wilayah Persekutuan Putrajaya : 0 Orang
Wilayah Persekutuan Labuan : 0 Orang
Pulau Pinang : 0 Orang
Sarawak : 0 Orang
Baru-baru ini terbitnya satu kumpulan yang menubuhkan satu facebook fanpage [
Kami Mahukan Ramai Pelajar Malaysia Dapat Menyambung Pelajaran Ke Al-Azhar]..Usaha murni yang mereka lakukan tersebut semata-mata mahu melihat bakal-bakal pelapis agama Allah terus diberikan peluang untuk menimba ilmu di bumi para nabi ini. Waalid menyokong 100% desakan itu dan berharap agar kalaulah ada 'tangan2 ghaib ' yang berperanan dalam isu ini,bolehlah membatalkan agenda kalian!

Suasana belajar di Mesir amat berlainan daripada tempat yang lain,yang merasainya sahaja mengetahui hakikat sebenar dan kelebihan yang ada di sini.

Peratusan Lulus Imtihan Qabul
Melihat kepada kajian statistik yang dibuat,peratus yang lulus(berjaya) dalam imtihan qabul amat menyedihkan dan peratus yang gagal pula sangat 'memberangsangkan'! secara logiknya,bukankah sepatutnya ada usaha untuk mengurangkan masalah tidak lulus ini?. Imtihan Qabul ini hanyalah menguji tahap kelayakan para pelajar..kalau semakin lama semakin ramai yang tidak layak..persoalannya,apakah sistem pendidikan di Malaysia khususnya STAM@yang seumpamanya sangat LEMAH?!-kalian fikirlah sendiri.

Kalau nak diungkit perkara-perkara yang diibaratkan seperti 'mencantas' orang-orang yang nak mengaji agama ini,terlalu banyak..hinggakan terkadang merasakan seperti kami(org2 mengaji agama) ni seperti dianak tirikan oleh sang pemerintah. Dalam sudut agihan zakat,pinjaman,dihalau dari asrama,dinafikan hak dan sebagainya. Semuanya pernah disaksikan sendiri oleh waalid selama mana berada di Ardul Kinanah ini.

Biarkanlah Mereka Bertebaran...
Tidak dinafikan,tempat-tempat lain juga tidak peri hebatnya dalam ilmu pengetahuan,Jordan misalnya...ramai lepasan2 sana yang giat berbakti mencurahkan ilmu di tanah air. Juga di tempat-tempat lain. Seharusnya,biarkanlah pelajar memilih tempat yang mereka minati agar bila berkumpulnya lepasan dari pelbagai tempat bakal menatijahkan satu kumpulan HEBAT dalam ilmu pengetahuan.

'manusia kacukan pun boleh jadi lebih bijak dari biasa,inikan pula ilmu kalau dikacuk dari pelbagai ulama2 hebat...masyaAllah tabaarokallah!'

Pada pendapat peribadi waalid,biarkanlah dan bantulah mereka bertebaran dalam mengejar mutiara2 ilmu daripada ulama'2 terkemuka...kelak nanti Agama,Bangsa dan Negara juga yang terbela.

Cukuplah buat perkongsian untuk kali ini,menulis dalam keadaan sedih,geram dan kecewa mungkin membantutkan idea untuk bertandang.semoga apa yang diluah dapat mengurangkan resah dan gusar yang terbuku di jiwa ini...

wallahua'lam.


p/s : terbaca satu komen dalam blog Lisanul Hakim berbunyi :

(Mengikut maklumat dari edu malaysia egypt hari ini, pelajar2 yang gagal imtihan qabul boleh sahaja belajar di markaz lughah al azhar di mesir seperti thun2 sebelum ini, berita sebelum ini yang mengatakan para pelajar wajib belajar di yayasan sofa adalah TIDAK BENAR... nampaknya ada orang mengambil kesempatan dalam isu ini, maklumat lanjut : Puan Zakiah +201145844474 en sulaiman +201001294139.)

hem...apakah maksudnya itu ya?mungkin benar sangkaan waalid bahawa adanya 'tangan ghaib' ?wallahua'lam....

Tutup Pintu Rapat-Rapat...


Tutup pintu!!
tiada sesiapa yang melihat kamu??


Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, Dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. padahal Allah ada bersama-sama mereka... "


Tatkala kamu ingin melakukan kejahatan..sekalipun tiada sesiapa yang melihat kamu..ingatlah,'mata' Allah sentiasa memerhatikan kamu dan Allah sekali-kali tidak leka..

Itulah yang menjadi benteng orang beriman dari melakukan kemaksiatan samada di khalayak ramai atau bersendirian.

Teringat pulak kisah seorang guru menguji anak muridnya. Guru tersebut memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya untuk disembelih dengan syarat tiada yang melihatnya. Lalu ada yang menyembelih di dalam bilik yang dikunci,dalam lubang dan sebagainya. cuma seorang sahaja yang tidak menyembelih..lantas ditanya oleh sang guru.."kenapa kamu tidak menyembelih ayam itu?" lalu anak murid itu menjawab.."wahai tuan guru..dimanakah tempatnya yang tiada yang melihat sedangkan Allah itu maha melihat lagi maha Mengetahui.."

Itulah,kalau keimanan kita kepada Allah itu kuat..insyaAllah kita terselamat dari melakukan maksiat dan dosa kepada Allah Taala..

Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perbuatan2 yang menjerumuskan kita ke dalam api NERAKA Allah..aamin..

~selamat beramal..~

Ahlan Wasahlan Follower ke #500 | Cerita Kedai Kopi

Alhamdulillah,tangisan Ramadhan kian kedengaran...bulan yang penuh barakah bakal meninggalkan kita..masih berbaki 8@7 hari untuk merebut peluang sebanyak-banyaknya agar kita tidak tergolong dalam mereka-mereka yang rugi.

Untuk entry kali ini,waalid dengan suka hatinya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih buat mereka-mereka yang sudi menjadi follower di blog waalid yang berkecamuk ini..hehe..

Hingga hari ini,10 Ogos 2012,follower waalid dah mencecah #503 orang...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..dari 400 orang follower pada 23 Julai 2012 lalu menjadi 503 pada 10 Ogos 2012 lebih kurang 19 hari,

Sebenarnya,melibatkan diri dalam segmen-segmen yang dibuat oleh otai-otai blog sangat membantu waalid dalam dunia blogger ini. Kalau dikira,menceburkan diri dalam dunia blog ni dah lama bagi waalid,semenjak tahun 2008 lagi,tapi macam itulah,selalu tenggelam timbul...

Sejak dari tahun 2011 baru mula aktif balik memandangkan kondisi internet dan semangat untuk berblogging ni meningkat...mungkin jeles dengan otai2 yang hebat-hebat kot..

Di kesempatan ini,waalid ingin mengucapkan kepada saudara kimi jamai,pemilik blog Cerita Kedai Kopi yang menjadi follower yang ke 500 waalid,dengan ucapan..Jazakumullahu Khairan Jazak ...


Sedikit pengenalan tentang saudara kimi jamai ni,waalid copy dari blog dia jugak ni,harap saudara kimi xmarah ye..hehe...

nama diberi mohamad hakimi bin abdul jamai
Lahir dan menetap di Sungai Petani..
lahir pada 31.1.1993
anak ke 5 daripada 7 org adik bradik..
minat kucing n xsuka laksa.. :)
single but not availavel dah..
muka besa2 ja tp ensem la..hoho..
sedang belajar lagi..
mula tulis blog dalam tahun 2009.. tapi baru nak aktif 2012
favouret tv series : HOW i meT YOUR mother
favourite malay movie: Belukar
favourite eng movie :  SAW :P
favourite food : nasi goreng USA
aku jarang bnci org..
bnda yg aku reti masak adalah air, telur goreng, telur rebus, telur separuh masak.. :P
aku suka berniaga..
aku suka mengajar..
xpernah habes baca satu novel pun even The Phantom Of tHe Opera pun aku baca summary ja..
suka angkat tong gas..
suka nyanyi nyanyuk..
belajaq di UPM..
ada band nama ABC..
Baru nak belajar main guitarr..
aku nak jadi insan yg berjaya dunia akhirat.. :)


nak kenal kimi jamai?waalid curi gambar dia..hehe..

tadaaa...
muka mcm nk masuk dlm lptop..haha..gurau je..=P
Sekian pengenalan tentang saudara kimi jamai,jom cepat2 terjah blog dia..sila klik header blognya di atas atau klik aje sini...selesai review follower ke 500 waalid..hehe

Follower lain?jangan sedih..waalid turut hargai kalian dan waalid mintak maaf xreview..kalau nak review sume,tahun depan pun xhabis..haha..jangan marah..papepun waalid tetap ingin mengucapkan Jazakumullahu Khairan Jazak kepada semua yang memberi sokongan kepada waalid..

Dah2..jom pecut ibadah untuk dapatkan ganjaran istimewa daripada Allah..mudah2 kita mendapat malam Lailatul Qadar tahun ini..aamin..

wallahua'lam

Padah Status Mencabar!

Terlajak perahu boleh diundur..terlajak tulis status facebook..tak sempat delete,orang dah printscreen...macam mana nak buat??huhu...

Hem..lain kali..nak tulis status tu biarlah fikir panjang sikit..aduyaipun...

Buat saudara Johari,harap lepas ni berhati-hati dengan status sebegini...perlu buat ke kata2 yang telah anda buat tu?TIDAK!!! kerana memudaratkan diri sendiri..cuma jangan ulangi kesilapan yang sama..wallahua'lam.

Lailatul Qadar ke Lailatul Kamdar??!

Alhamdulillah,tawaran hebat menanti kita semua.tawaran yang kalau kita mendapatnya maka sesungguhnya kita mendapatkan ganjaran yang tidak mampu kita dapat dengan keadaan umur kita yang pendek..tawaran yang disebut oleh Allah Taala dalam surah Al-Qadr.


Malam lailatul Qadar...dikatakan berada di malam ke sepuluh terakhir dan malam yang ganjil..seharusnya pada yang mengejar malam ni,tentunya tempat utama yang menjadi tumpuan kita adalah rumah-rumah Allah,samada untuk beri'tikaf,qiamullail,tarawih dan sebagainya amalan-amalan yang boleh kita lakukan...

tapi bagi kita,kebanyakannya malam sepuluh akhir ni kita penuhkan....




ke tempat SINI

|
|
|
|
V

ATAU SINI
|
|
V

TIDAK KURANG JUGA SINI
|
|
V

PERINGATAN : entry ini hanya ketukan kepada tuan punya blog ini,tidak melibatkan mana-mana pihak atau individu..samada yang masih hidup atau yang mati.bagi yang ingin terasa,dipersilakan..sekian!

Semoga kita diterima oleh Allah untuk menjadi hamba-NYA yang mendapat malam Lailatul Qadar dan segala amalan kita diterima dan dikira oleh Allah Taala supaya timbangan amalan kita di akhirat nanti BERAT dan dijauhkan dari amalan yang sia-sia..aamin

Cepat!!!lajukan pecutan terakhir untuk ke garisan penamat Ramadhan...!!!

Ramadhan Terakhirku...

Alhamdulillah,kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sampai hingga ke saat ini di bulan Ramadhan ini..dah masuk hari yang ke 21(Mesir) / 20(M'sia)...berapa ramai yang tidak sempat menghabiskan Bulan Ramadhan kerana dijemput mengadap Allah Taala..kalau diberi kesempatan untuk kita bertanya kepada mereka,sudah tentu jawapan mereka ialah :

" Kalaulah aku tahu ini ramadhan terakhirku..aku tidak akan sia-siakannya dengan perkara yang tidak bermanfaat..."

credit gambar : sini
Bulan Ramadhan hanya berbaki tidak lebih dari 10 hari lagi..bagaimanakah keadaan dan tingkatan amalan kita?


Hem....Kalaulah kita tahu..Andai ini adalah Ramadhan terakhir kita..nescaya kita akan bersegera dalam melakukan kebaikan..

Kalaulah kita tahu..ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita..nescaya kita akan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNYA..yang tidak tutup aurat pastinya akan bersegera menutup aurat(bukan balut)..yang tidak pernah bersedekah..tentunya tangan tidak lokek untuk menghulurkan sumbangan..

Yang jarang-jarang menyapa al-Quran tentunya sentiasa bersahabat dengannya..Yang selalu meninggalkan solat,nescaya merengek-rengek meminta diampunkan segala dosa-dosa yang lalu..

Andainya ini ramadhan terakhir buat kita..

credit gambar : sini

Andainya ini ramadhan terakhir buat kita..


 

Hah...dah tahu andai ini Ramadhan yang terakhir..tunggu apa lagi??pergilah buat amal kebajikan..dok mengadap sini lagi buat hape???!huhu



Bila Punya Kuasa

Alhamdulillah,fasa kedua Ramadhan semakin melabuhkkan tirainya..hanya tinggal beberapa hari lagi untuk ke fasa ketiga Ramadhan..iaitu fasa pembebasan dari api neraka. sama-samalah mengejar fadhilat Ramadhan dan janji-janji Allah yang melimpah ruah banyaknya..

Kerisss.....PETIR!!!haha

Kuasa..

Kuasa merupakan satu elemen yang sangat penting. lebih-lebih lagi dalam pentadbiran dan organisasi. Kalau punya kuasa... macam-macam kita boleh buat. Hanya ke arah mana kuasa yang kita punya digunakan. Adakah ke arah keredhaan Allah atau ke arah menjaga pangkat,harta dan kesenangan peribadi kita sahaja.?

Sebab itulah,dalam memilih orang yang ingin diberikan kuasa,perlu memilih dengan sehabis baik agar kuasa yang diberikan tidak digunakan ke arah yang tidak diredhai Allah dan ke arah kehancuran ummat. Terlebih lagi pemimpin yang memimpin ummat ISLAM..terlebih aula untuk dipilih dikalangan mereka yang benar-benar menjamin kedaulatan Islam dan mampu meninggikan Islam ke persada dunia..bukan hanya semata-mata nama,bahkan risalah Islam terlebih utama..

 Tentunya kita ternanti-nanti pemimpin yang sehebat Saidina Umar Al-Khattab yang tegas dalam sesuatu perkara. Mungkin juga seperti Sultan Al-Fateh yang berjaya membuka kota Konstantinopel. Tidak kurang juga yang mengimpikan Salahuddin Al-Ayubi yang ternyata bijaksana dalam strategi melawan musuh. Dan ramai lagi pemimpin2 Islam yang benar-benar berpegang dengan Wahyu Allah dan Sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam.

Sebagai peringatan bersama..kalaulah kita diberikan amanah memegang kuasa,gunakanlah kuasa yang diberikan ke arah yang menuju Mardhatillah,bukan mengundang AZAB ALLAH..sesungguhnya Azab Allah tidak terperi pedihnya..

hem...kalau diberikan kuasa pada si zalim..sudah tentu kezaliman yang dibuat tidak dilihat zalim dan segala kedurjanaan akan di kambinghitamkan pada lawannya..

Wallahua'lam...

Wahai Allah...dengan kemulian bulan Ramadhan,berkat puasa ummat Islam,serta para waliMu...selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria,Rohingya,Palestin,Iraq dan Seluruh Ummat Islam yang ditimpa kezaliman...juga dengan Berkat yang mulia Saidina Rasulullah Shallallahu 3alaihi Wasallam,jadikanlah kami di antara orang2 yang bersyukur..aamin ya robbal 3aalamin...

Alhamdulillah..Terima Kasih..Sila Check Link Anda[UPDATE]

Alhamdulillah,segmen waalid yang dibuat untuk kali pertama sangat mendapat sambutan daripada sahabat-sahabat. Jumlah 31+1=32 orang sangat ramai bg waalid memandangkan ini segmen kali pertama. Waalid sangat gembira dan berterima kasih kepada kawan2 yang sudi melibatkan diri mereka dalam segmen ini. Sedikit sebanyak mereka ada yang mengajak kenalan mereka utk join segmen ni..semakin meriah..terima kasih sekali lagi..^_^

Di bawah ini,waalid senaraikan list mereka-mereka yang menyertai segmen..kalian yang tak join boleh blogwalking dan terjah blog2 mereka ini..

1. http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/2012/07/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

2. http://butangkekunci.blogspot.com/2012/07/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

3. http://diaryofmizzain.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

4. http://engkumuzahadin.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

5. http://taqieeummu.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

6. http://deary-ainn.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

7. http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

8. http://hairuliza-anakku.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

9. http://nadiaelena.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

10. http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

11. http://mimbarhatiku.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

12. http://ummibalqis-suhana.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

13. http://ellychris.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

14. http://aquarestsadrenalin.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

15. http://sayaeesya.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

16. http://ayuinsyirah.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan_4.html

17. http://kisahemasputih90.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

18. http://biarkandakuberbicara.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

19. http://khairunnisa3020.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

20. http://chikimaruko.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

21. http://www.mialiana.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

22. http://atinbiah.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

23. http://karimahabdhamid.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

24. http://misskpoppers.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

25. http://shahirahridwan.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

26. http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

27. http://ajoschannel.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

28. http://babyaimacomel.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

29. http://ielai2aq.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

30. http://applehijaulife.blogspot.com/2012/06/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

31. http://www.sembangcyber.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

32. http://keyrajoongki.blogspot.com/2012/08/segmen-bloglist-ogos-permata-perjuangan.html

Akhirnya,kalau ada link sahabat2 yang tertinggal di ruangan bloglist,sila maklumkan kepada waalid secepat mungkin ya..terima kasih.

Update : ada yang tertinggal dalam list kerana mungkin masalah teknikal di pihaknya..tidak mengapa,waalid percayakan anda. Nanti kalau ada yang mempunyai masalah yang sama..waalid akan letak jugak link mereka..^_^

Selamat Beramal di BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK...~

Segmen : Bloglist Ogos Permata Perjuangan

PEMBERITAHUAN : post ini akan kekal sehingga 5 Ogos,sila lihat list [.:: Rugi Terlepas Nie Tau ::.] untuk membaca posting terkini..terima kasih..^_^

Alhamdulillah,sudah masuk fasa ke dua bulan Ramadhan,bagaimana dengan tingkatan amalan kita semua?harap tidak lagi berada di takuk yang lama. Sekurang-kurangnya Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramdhan yang sebelumnya.

Ini merupakan kali pertama waalid membuat segmen untuk bloglist. Bloglist Ramadhan yang dibuat oleh abg ben sedikit sebanyak menambah kenalan dan mengeratkan hubungan sesama blogger.sebab itulah waalid terdetik nak buat segmen ini.

InsyaAllah waalid cuba meletakkan langkah2 yang paling mudah dan senang untuk dibuat oleh sahabat-sahabat.

Ini Kad Jemputan Bloglist Ogos..ngee~



Cara-caranya :
  1. Buat satu entry yang bertajuk : "Segmen : Bloglist Ogos Permata Perjuangan"
  2. Letakkan banner di atas(kad jemputan) dalam entry sahabat2 tadi dan linkkan ke entry waalid ini.
  3. Setelah siap,letakkan link entry sahabat2 tadi di ruangan komen entry ini.
  4. Bagi yang belum follow blog waalid,jemputlah follow & kalau tidak keberatan,like fanpage Permata. [ini terpulang] 
  5. Siap..simple kan..hehe
Tarikh tutup segmen ini adalah sehingga 5 OGOS 2012

Hem..harap2nye segmen yang waalid buat untuk kali pertama ini adalah yang sudi men'join'kan dirinya..hhuhu

Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com

Alhamdulillah,di kesempatan Bulan Ramadhan yang mulia dan barokah ini..sama-samalah kita mengejar ganjaran yang berlipat kali ganda...mudah2an kita tidak tergolong dalam golongan yang RUGI...

Waalid menyertai satu pencarian yang dibuat oleh kak Mialiana dalam usahanya mencari blogger yang aktif..

Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012

Bagi sahabat-sahabat yang merasakan dirinya blogger aktif,slalu kencang dalam update blog,sentiasa ada idea yang menarik bolehlah mencuba rezeki kalian dalam pencarian kak Mialiana ini..hehe

Untuk menyertai pencarian ini,boleh klik di SINI atau Klik je Banner kat atas nung..bereh deh!

CEPAT..CEPAT...SEBELUM TERLAMBAT!

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -