- Back to Home »
- Musykil »
- Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
KUALA TERENGGANU: Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh.
"Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.
"Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita," katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini, Khamis.
Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.
"Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan," katanya.
Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan 'syura' (berbincang).
Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara.
Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru. "Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.
"Seperti di Terengganu, kita nak lahirkan generasi Ulul Albab, generasi celik Al-Quran dan Hadis, nak menjadikan ornag Islam itu baik. Apakah kita kena runtuhkan yang ini dan nak bina yang baru yang dikatakan satu tamadun," kata Abdul Shukor. -BERNAMA
sumber : mStar
Agak-agak boleh terima ke fatwa ni?macam ragu-ragu je saya nak ambil dan terima pendapat ini...sahabat-sahabat ada pandangan???
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
July
(55)
Perang cyber Mesir: Siswa/wi vs UMPORNO
Kandungan Memorandum 9 Julai 2011
Pabila Kak Erma Fatima Melatah!
[video] Pencabulan Hak Mahasiswa!
[video] YB Jamil Khir Tolak Memorandum Pelajar Mesir
Tahajud Cinta : Cemar Realiti Islam
BERSIH 2.0 : POLIS MINTA VIDEO DARI ORANG RAMAI!
BERSIH : Lagi Tindakan Kepada MAHASISWA
Cakna Mahasiswa : Tahniah PMRAM!
Al-Fatihah : Pergi Tak Kembali~
Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH
BERSIH : Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pe...
KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SU...
BERSIH 2.0 : Mahasiswa Mesir Diugut? Apa Kata Kami..
Keluhan Subuh
ISU PENYINGKIRAN : APA PENDAPAT ANDA?
Gara-Gara BERSIH 2.0 - Pemimpin pelajar di Mesir d...
Malaysia: Police use brutal tactics against peacef...
Thank you, rakyat Malaysia — Kashini Krishnamurthy
Lagi Ugutan Kepada Pelajar!
Kalau Dahi Tak mengenal Sejadah
Cedera dalam pengeboman zionis di Gaza
Links Exchange! JOM....
10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-Angan Ke...
EM Mesir Bertindak Kpd Pelajar!
Di Mana Generasi Mariam
BERSIH 2.0 : BERITA DARI SINGAPURA
KEBENARAN VS KEBATILAN
Suggestion to Kerajaan For avoid BERSIH 3.0
Malaysians Resort To Facebook To Voice Out Their O...
Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH
Bersih 2.0 : Siapa Yang Taksub dan Pokok Kelapa
Video : Himpunan Aman Bersih Diluar Negara
Doaku buat kalian Pejuang ISLAM!
BERSIH 2.0: Awas SMS Perangkap Pihak Polis..!
Siapa ada maklumat berkenaan TOK GURU ni...
BERSIH 2.0: Nama-Nama Pimpinan Yang Disenaraihitam...
Kemana Perginya Kesedaran
Sonic boom caused Cairo 'explosion' panic
Video : Iklan Kerajaan sempena BERSIH 2.0
Pakaianku Lebih Baik Dariku
PM bersihkan BERSIH
Gambar Sekitar Pra Bersih : Rakyat Malaysia di Mesir
Aku Dok Tahu Setarang Barah
Proton Pahlawan Series
Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai
Bulan Syaaban : Peristiwa Dan Amalan
Renungan Akibat Facebook-Selepas MATI!
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SK...
Adakah Malaysia Akan Terjadinya "يوم الغضب"-Hari K...
Aduh..Kena Tangkap Dengan Polis,Macam Mana Mahu Bu...
BERSIH 2.0: 60 Pengundi Dalam 1 Rumah..?
Konvensyen PMRAM & DPM Bakal Tiba
Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majl...
Macam Ni Ke SPR Negara Kita?Wajib Tukarlah...
-
▼
July
(55)