- Back to Home »
- BERSIH 2.0 , Tazkirah »
- Bersih 2.0 : Siapa Yang Taksub dan Pokok Kelapa
Posted by : Yu. Syamz
Jul 10, 2011
Hanya seorang manusia sahaja untuk layak kita bertaksub dengannya iaitu nabi kita Muhammad S.A.W. Selain baginda, tiada lagi manusia zaman ini yang layak mendapat pengktirafan sedemikian.
Namun sumber perundangan agama kita tidaklah terlalu kecil dan sempit hingga membataskan hukum-hukum kepada apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis semata-mata.
Sebaliknya dua sumber ini menjadi asas yang akhirnya mewujudkan berpuluh-puluh lagi sumber pengambilan hukum untuk kita beramal dengannya (sama ada yang disepakati ulama seperti ijmak dan qias, mahupun yang ulama berselisih mengenainya seperti masolih mursalah, istihsan, 'uruf, adat dan berpuluh-puluh lagi sumber yang benar-benar diiktiraf oleh mereka).
Ianya adalah ibarat pokok kelapa yang jika kita mencubit walau dari bahagian manapun nescaya bahagian itu akan memberi manfaat dengan syarat bahagian itu memang berasal daripada pokok tersebut.
Maka jika anda ingin mengambil manfaat daripada mana-mana bahagian kelapa, perlulah dipastikan sama ada benar bahagian ini memang bersumberkan pokok kelapa kerana jika tersalah pilih, anda akan memilih lumut-lumut yang akhirnya hanya akan mengotorkan pakaian anda.
Makanya lagi hanya orang yang benar-benar mengenali pokok kelapa akan dapat mengetahui mana satu bahagian yang benar-benar bersumberkan pokok tersebut bahawa itulah pokok kelapa, yang semua orang patut untuk mengambil faedah daripadanya.
Namun orang-orang yang tidak kenal benar dengan pokok ini hanya membataskan faedah kelapa kepada buahnya yang dijadikan santan dan air buah mudanya yang enak diminum.
Mereka sama ada langsung tidak tahu atau sekadar tidak yakin bahawa dari pokok itu batangnya pernah dbuat titi, dan dari pokok itu juga pernah wujud alat yang kita namakannya penyapu lidi.
Mereka sama ada tidak tahu ataupun tidak yakin kerana pengenalan mereka terhadap pokok kelapa masih terbatas. Mungkin kerana mereka yang malas mengenalinya atau mungkin juga kerana mereka masih belum diberikan hidayah dan peluang oleh Allah untuk memandangnya sambil menilai manfaat-manfaat yang banyak itu.
Tetapi siapakan yang benar-benar mengenali pokok kelapa?
Yang benar-benar mengenali pokok kelapa adalah orang-orang yang sentiasa bersama si pokok lurus itu. Mereka berpagi bersama kelapa, dan petangnya juga masih bersama kelapa. Pokok kelapalah yang mereka pandang dan renung apabila siang mula menjelma, dan pokok bertuah itulah juga yang mereka lihat dan tenung apabila malam mula menjelma.
Akhirnya pokok kelapa dan segala ciri-cirinya menjadi sebati dengan pemikiran dan corak hidup mereka.
Hanyasanya yang benar-benar berasa gerun kepada Allah adalah dari kalangan hamba-hambaNya yang mengetahui(ulama). Bahkan orang berilmu(ulama) adalah pewaris para nabi.
Para ulama mengenali Allah dan mereka mengetahui selok belok agama ini kerana merekalah pewaris para nabi yang mana khazanah para nabi cukup bernilai termasuklah ilmu dan kefahaman, semangat dan kesungguhan, juga keberanian dan ketaatan.
Bahkan senarai khazanah ini terus memanjang kepada seluruh perkara-perkara kebaikan.
Namun masih wujudkah ulama yang seperti itu pada zaman ini?
Soalan itu memang berasas maka kerana itulah nabi kita pernah meyakinkan para sahabat dengan sabda baginda, umatku( yang dibimbing para ulama) tidak akan bersepakat terhadap perkara keburukan. Tangan Allah bersama jamaah dan sesiapa yang bersendirian, dia bakal bersendirian di neraka!
Maka inilah keyakinan kita kerana keyakinan seperti ini adalah bersumberkan kepada petunjuk yang paling lurus dan pautan yang tidak akan goyah. Iaitu manusia bernama Muhammad S.A.W yang kita layak bertaksub dengannya.
Sesungguhnya Allah benar-benar sedang menguji para hambaNya. Dia menyediakan syurga dan neraka maka itulah dua balasan yang setimpal untuk mereka-mereka yang pernah hidup dan merasai nikmat-nikmat kehidupan yang tidak pernah diberikan kepada makhluk yang lain daripada mereka.
Inilah masanya untuk kita kembali menyemak sejauh manakah kita mengenali agama kita sendiri. Janganlah kerana nyamuk yang membingitkan, kita akhirnya membakar kelambu.
sumber : http://naimulfirdaus.blogspot.com
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
July
(55)
- Perang cyber Mesir: Siswa/wi vs UMPORNO
- Kandungan Memorandum 9 Julai 2011
- Pabila Kak Erma Fatima Melatah!
- [video] Pencabulan Hak Mahasiswa!
- [video] YB Jamil Khir Tolak Memorandum Pelajar Mesir
- Tahajud Cinta : Cemar Realiti Islam
- BERSIH 2.0 : POLIS MINTA VIDEO DARI ORANG RAMAI!
- BERSIH : Lagi Tindakan Kepada MAHASISWA
- Cakna Mahasiswa : Tahniah PMRAM!
- Al-Fatihah : Pergi Tak Kembali~
- Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH
- BERSIH : Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pe...
- KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SU...
- BERSIH 2.0 : Mahasiswa Mesir Diugut? Apa Kata Kami..
- Keluhan Subuh
- ISU PENYINGKIRAN : APA PENDAPAT ANDA?
- Gara-Gara BERSIH 2.0 - Pemimpin pelajar di Mesir d...
- Malaysia: Police use brutal tactics against peacef...
- Thank you, rakyat Malaysia — Kashini Krishnamurthy
- Lagi Ugutan Kepada Pelajar!
- Kalau Dahi Tak mengenal Sejadah
- Cedera dalam pengeboman zionis di Gaza
- Links Exchange! JOM....
- 10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-Angan Ke...
- EM Mesir Bertindak Kpd Pelajar!
- Di Mana Generasi Mariam
- BERSIH 2.0 : BERITA DARI SINGAPURA
- KEBENARAN VS KEBATILAN
- Suggestion to Kerajaan For avoid BERSIH 3.0
- Malaysians Resort To Facebook To Voice Out Their O...
- Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH
- Bersih 2.0 : Siapa Yang Taksub dan Pokok Kelapa
- Video : Himpunan Aman Bersih Diluar Negara
- Doaku buat kalian Pejuang ISLAM!
- BERSIH 2.0: Awas SMS Perangkap Pihak Polis..!
- Siapa ada maklumat berkenaan TOK GURU ni...
- BERSIH 2.0: Nama-Nama Pimpinan Yang Disenaraihitam...
- Kemana Perginya Kesedaran
- Sonic boom caused Cairo 'explosion' panic
- Video : Iklan Kerajaan sempena BERSIH 2.0
- Pakaianku Lebih Baik Dariku
- PM bersihkan BERSIH
- Gambar Sekitar Pra Bersih : Rakyat Malaysia di Mesir
- Aku Dok Tahu Setarang Barah
- Proton Pahlawan Series
- Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai
- Bulan Syaaban : Peristiwa Dan Amalan
- Renungan Akibat Facebook-Selepas MATI!
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SK...
- Adakah Malaysia Akan Terjadinya "يوم الغضب"-Hari K...
- Aduh..Kena Tangkap Dengan Polis,Macam Mana Mahu Bu...
- BERSIH 2.0: 60 Pengundi Dalam 1 Rumah..?
- Konvensyen PMRAM & DPM Bakal Tiba
- Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majl...
- Macam Ni Ke SPR Negara Kita?Wajib Tukarlah...
-
▼
July
(55)