Posted by : Yu. Syamz Jul 3, 2011



Pengenalan :

Sya’ban adalah salah satu bulan yang mulia,bulan ini merupakan pintu untuk menuju kepada bulan Ramadhan. Barangsiapa yang berupaya membiasakan diri bersungguh-sungguh dalam beribadah di bulan ini, mereka akan menuai hasil kejayaan di bulan Ramadhan.insyaallah.

Dinamakan Sya’ban kerana pada bulan tersebut terpancarnya cabang-cabang kebaikan yang banyak (yatasya’abu minhu khairan kathir). Sya’ban berasal dari kata syi’b, iaitu jalan di sebuah gunung atau jalan kebaikan.



Kejadian dan Peristiwa di bulan Sya’ban :

1. Pindah Qiblat

Pada bulan Sya’ban, Qiblat berpindah dari Baitul Maqdis, Palestin ke Ka’bah, Mekah al Mukarromah. Nabi Muhammad S.A.W menanti-nanti datangnya peristiwa ini dengan harapan yang sangat tinggi. Setiap hari Baginda tidak lupa menengadahkan wajah ke langit, menanti datangnya wahyu dari Rabbnya. Sampai akhirnya Allah S.W.T mengabulkan penantiannya. Wahyu Allah S.W.T. “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.” (QS. Al Baqarah; 144)

2. Diangkatnya Amalan Manusia

Salah satu keistimewaan bulan Sya’ban adalah diangkatnya amal-amal manusia pada bulan ini ke langit. Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata: “aku berkata: “Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu berpuasa dalam suatu bulan dari bulan-bulan yang ada seperti puasamu di bulan Sya’ban.” Maka baginda bersabda: “Itulah bulan yang manusia lalai darinya antara Rejab dan Ramadhan. Dan merupakan bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada rabbul ‘alamin. Dan aku menyukai amalan aku diangkat, sedangkan aku dalam keadaan berpuasa.” (HR. Nasa’i).

3. Turun Ayat Berselawat ke Atas Nabi

Salah satu keutamaan bulan Sya’ban adalah diturunkan ayat tentang galakan membaca selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. pada bulan ini, yaitu ayat: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab;56)

4. Malam Nisfu Sya’ban


5. Pertukaran Buku Catatan Amalan






Amalan-amalan dan Keutamaan Bulan Sya’ban :


1. Puasa sunat

Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat, “Adakah puasa yang paling utama setelah Ramadhan?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Puasa bulan Sya’ban kerana berkat keagungan bulan Ramadhan.”Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Adalah Rasulullah S.A.W. berpuasa sampai kami katakan baginda tidak pernah berbuka. Dan baginda berbuka sampai kami katakan baginda tidak pernah berpuasa. aku tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa satu bulan penuh kecuali Ramadhan. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak dari bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari, Muslim dan Abu Dawud).

Berdasarkan dari teks Hadits di atas, puasa bulan Sya’ban lebih utama dari pada puasa bulan Rejab dan bulan-bulan mulia (asyhurul hurum) lainnya. Padahal Abu Hurairah telah menceritakan sabda dari Rasulullah SA.W, “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan-bulan mulia (asyhurul hurum).” Menurut Imam Nawawi, hal ini terjadi kerana keutamaan puasa pada bulan-bulan mulia (asyhurul hurum) itu baru diketahui oleh Rasulullah di akhir hayatnya sebelum sempat baginda menjalaninya, atau pada saat itu baginda dalam keadaan uzur (tidak mampu melaksanakannya) kerana tenat atau sakit.


Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. mengkhususkan bulan Sya’ban dengan puasa itu adalah untuk mengagungkan bulan Ramadhan. Menjalankan puasa bulan Sya’ban itu tidak ubah seperti menjalankan solat sunat rawatib sebelum solat maktubah. Jadi dengan demikian, puasa Sya’ban adalah sebagai media berlatih sebelum menjalankan puasa Ramadhan.

Adapun berpuasa hanya pada separuh kedua bulan Sya’ban itu tidak diperkenankan, kecuali:

1. Menyambungkan puasa separuh kedua bulan Sya’ban dengan separuh pertama.
2. Sudah menjadi kebiasaan.
3. Puasa qada’.
4. Melangsaikan nazar.
5. Tidak melemahkan semangat puasa bulan Ramadhan.

2. Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Bulan Sya’ban dinamakan juga bulan Al Quran, memang membaca Al Quran selalu dianjurkan di setiap saat dan di mana pun tempatnya, namun ada saat-saat tertentu pembacaan Al Quran itu lebih digalakkkan seperti di bulan Ramadhan dan Sya’ban, atau di tempat-tempat khusus seperti Mekah, Raudhoh dan sebagainya.

Syeikh Ibn Rajab al Hambali meriwayatkan dari Anas, “Kaum muslimin ketika memasuki bulan Sya’ban, mereka menekuni pembacaan ayat-ayat Al Quran dan mengeluarkan zakat untuk membantu orang-orang yang lemah dan miskin agar mereka boleh menjalankan ibadah puasa Ramadhan.

3. Solat Sunat Nisfu Sya’ban

Terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
• Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali pada setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

• Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali pada setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

4. Membaca Yaasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghribnya

i. Yaasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii. Yaasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii. Yaasin ketiga : mohon ditetapkan iman & mati di dalam Iman.

5. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 sya’ban)


6. Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya’ban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

7. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Sya’ban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Semoga sedikit perkongsian ini dapat menjadi manfaat buat kita semua dalam menimba Rahmat dan Keampunan Allah S.W.T.. dan juga mempersiapkan diri kita semua untuk menyambut tetamu kita iaitu RAMADHAN AL-MUBARAK nanti,insyaAllah.

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -