Posted by : Yu. Syamz Jul 1, 2011

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/268816_166631633402319_100001664503316_390472_4457277_n.jpg

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, segala pujian dipanjat ke hadrat Allah S.W.T .Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul juga kepada para sahabat-sahabat baginda, tabi’ dan tabi’in serta para alim ulama’ yang tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan agama Allah ke seantero dunia .


Saudara dan Saudari seperjuangan sekalian,

Konvensyen DPM bakal mengatur rentaknya di arena pementasan perlembahan Nil ini. Konvensyen telah diadakan kali terakhir pada tahun 2007.

Konvesyen DPM merupakan salah satu medium untuk membincangkan isu-isu yang berlaku seputar DPM dan sebagai medium untuk menyatukan suara ahli-ahli PMRAM yang berada di muhafazah.

PMRAM begitu optimis dalam perihal kebajikan ahli termasuklah ahli yang berada di muhafazah. Konsep musyawarah yang diadakan di dalam konvesyen DPM amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan apa yang telah Islam sarankan iaitu melaksanakan konsep syura di dalam sesebuah komuniti masyarakat muslim.

Rasulullah SAW juga mengamalkan konsep musyawarah di dalam menghadapi permasalahan semasa peperangan.Firman Allah SWT di dalam surah Asy-Syura ayat 38
“..Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesame mereka dan mereka mendermakan sebahagian dari apa yang kami berikan kepada mereka”.

Konsep bermusyawarah dan perbincangan dua hala begitu penting untuk mencapai penyelesaian serta kata sepakat dalam merungkai beberapa perkara yang dihadapi oleh DPM.

Sahabat dan sahabiah sekalian,

Selain itu,Konvensyen DPM dicetuskan adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan ahli PMRAM yang berada di muhafazah.Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10:
“Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”

Apabila kita mengimbas sejenak sirah nabi,bagaimana Rasulullah SAW berusaha menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar sehingga Baginda sanggup berhijrah ke Madinah untuk menyatukan umat Islam.

Begitu juga dengan penubuhan DPM,kekuatan ukhuwah yang terjalin serta kesatuan fikrah di kalangan ahli di Muhafazah menjadikan PMRAM semakin utuh dan kuat bertapak di bumi Mesir ini.

Sahabat –sahabat seperjuangan sekalian,

Saya selaku Ketua Lajnah Muhafazah menyeru kepada sahabat-sahabat untuk sama-sama memberi curahan idea serta pandangan di dalam konvesyen DPM bagi memastikan kesinambungan DPM diteruskan .

Semoga kerjasama yang akan diberikan dapat menjayakan konvesyen DPM yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH”

Sirru ala barakatillah..

Mohd Solehuddin bin mohd Safien
Naib Presiden II (Ketua Lajnah Muhafazah)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011




Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -