Posted by : Yu. Syamz Jul 20, 2011

Tahajud Cinta


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrnFup4gQVt3wHMdHW8_qC6qv3nHavKW0YTzekxj_latSmONiFky1LC1i24lzaF3Y1KFKiC2sWk72NDi3zNyvjeFq2HmoqfFG9Y1_Fs1P5vlARo7kILaBH5pLlNAIRBlb7CoklNOSCrcw/s1600/Tahajjud+Cinta+Drama+TV3.jpg

Niat untuk mengadakan drama yang berbentuk islamik oleh pihak penyiaran amat dipuji sebagai menggalakkan ummat manusia memahami konsep Islam yang syumul. Namun,niat atau matlamat tidak menghalalkan cara sebagaimana yang berlaku dalam drama tahajud cinta. walaupun niat dan matlamat untuk menggambarkan Islam,namun jalan cerita menyeleweng dan menggambarkan Islam tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabiah.

Klik [ disini ] untuk lihat gambaran cerita dan [ sini ] utk melihat pelakon-pelakon drama tahajud cinta

Saya tidak menonton secara keseluruhan drama ini,namum setelah melihat sedikit sedutan dari filem tersebut,tidak hairanlah pelajar-pelajar jordan bangkit membantah drama ini dari ditontonkan kepada umum rentetan jalan cerita yang bercanggah dengan hakikat sebenar kehidupan pelajar2 di sana.


Sedikit sedutan dari filem tahajjud cinta



Untuk melihat page bantahan pelajar jordan dan juga mereka-mereka yang tidak berkenan dengan tayangan drama tersebut boleh klik [disini]


Lelaki Ajnabi Membuka Purdah Wanita!

Di antara scene yang menimbulkan kemarahan sesetengah pihak ialah adegan si lelaki yang membuka purdah si wanita yang disukainya. Adegan ini menunjukkan maruah wanita tersebut tercemar dek kerana keinginan si lelaki melihat wajah si wanita itu. semestinya bertentangan dengan syariat Islam.


Ikhtilat(berdua-duaan)

Antara yang lain ialah scene ikhtilat antara lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi,Ini sudah jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"janganlah kamu menghampiri zina"

ayat di atas menerangkan larangan ikhtilat antara lelaki dan perempuan ajnabiah tanpa adanya urusan yang penting kerana Nabi S.A.W pernah bersabda :

" اَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِاِمْرَاَةٍ لاَتَخِلُّ لَهُ فَاِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ "

"Ingatlah, janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan seorang wanita. Tiada yang bersama mereka kecuali syaitan yang ketiga". H/R Bukhari



Cadangan

Bagi mencadangkan kepada pihak penyiaran terutamananya TV3,dan juga mana-mana agensi perfileman yang ingin menerbitkan drama-drama atau cerita yang berbentuk islamik,saya cadangkan agar menubuhkan satu jawatankuasa atau panel syariah bagi mengawal dan bertindak sebagai penasihat dalam urusan/hal yang berkaitan dengan agama Islam agar tiada penyelewengan dan salah tanggap terhadap Islam itu sendiri.

© Permata : Niat dan Tujuan untuk hadirkan kesedaran masyarakat Islam dalam realiti kehidupan tidak mengharuskan cara yang salah. Wallahua'lam.

{ 3 Tembakan... read them below or Comment }

  1. Betul 2.. Citer ni cam banyak mencemarkan imej muslimah yang memakai purdah.. Bayangkan dengan berimej berkenaan tetapi terjerit2 dan entah ape2 lagi la.. Layan episod ke 2 je pastu x tengok lagi dh.. malu nk tgk..geram pun ada walau pun saya tidak memakai purdah..

    p/s : sekadar pandangan peribadi..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sis Nazira ;

    Tidak mengapa kalau sis tidak pakai purdah..pemakaian purdah ada khilaf ulamak..namum yang menjadi sedihnya apabila menggambarkan muslimah yang pakai purdah dengan akhlak yang tidak sopan..itu yang menjadi masalah..juga org2 yang ditonjolkan berilmu agama tidak mengambil berat akan larangan dan suruhan agama..Wallahua'lam...;)

    ReplyDelete
  3. Tahajud Cinta | Tanyalah Ustazah
    Oleh: Ustazah Nourul Iman Niamat

    InsyaAllah Bermanfaat

    ReplyDelete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -