- Back to Home »
- BERSIH 2.0 , Titah Agong »
- Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai
Posted by : Yu. Syamz
Jul 3, 2011
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
KUALA LUMPUR — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri
ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
July
(55)
- Perang cyber Mesir: Siswa/wi vs UMPORNO
- Kandungan Memorandum 9 Julai 2011
- Pabila Kak Erma Fatima Melatah!
- [video] Pencabulan Hak Mahasiswa!
- [video] YB Jamil Khir Tolak Memorandum Pelajar Mesir
- Tahajud Cinta : Cemar Realiti Islam
- BERSIH 2.0 : POLIS MINTA VIDEO DARI ORANG RAMAI!
- BERSIH : Lagi Tindakan Kepada MAHASISWA
- Cakna Mahasiswa : Tahniah PMRAM!
- Al-Fatihah : Pergi Tak Kembali~
- Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH
- BERSIH : Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pe...
- KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SU...
- BERSIH 2.0 : Mahasiswa Mesir Diugut? Apa Kata Kami..
- Keluhan Subuh
- ISU PENYINGKIRAN : APA PENDAPAT ANDA?
- Gara-Gara BERSIH 2.0 - Pemimpin pelajar di Mesir d...
- Malaysia: Police use brutal tactics against peacef...
- Thank you, rakyat Malaysia — Kashini Krishnamurthy
- Lagi Ugutan Kepada Pelajar!
- Kalau Dahi Tak mengenal Sejadah
- Cedera dalam pengeboman zionis di Gaza
- Links Exchange! JOM....
- 10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-Angan Ke...
- EM Mesir Bertindak Kpd Pelajar!
- Di Mana Generasi Mariam
- BERSIH 2.0 : BERITA DARI SINGAPURA
- KEBENARAN VS KEBATILAN
- Suggestion to Kerajaan For avoid BERSIH 3.0
- Malaysians Resort To Facebook To Voice Out Their O...
- Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH
- Bersih 2.0 : Siapa Yang Taksub dan Pokok Kelapa
- Video : Himpunan Aman Bersih Diluar Negara
- Doaku buat kalian Pejuang ISLAM!
- BERSIH 2.0: Awas SMS Perangkap Pihak Polis..!
- Siapa ada maklumat berkenaan TOK GURU ni...
- BERSIH 2.0: Nama-Nama Pimpinan Yang Disenaraihitam...
- Kemana Perginya Kesedaran
- Sonic boom caused Cairo 'explosion' panic
- Video : Iklan Kerajaan sempena BERSIH 2.0
- Pakaianku Lebih Baik Dariku
- PM bersihkan BERSIH
- Gambar Sekitar Pra Bersih : Rakyat Malaysia di Mesir
- Aku Dok Tahu Setarang Barah
- Proton Pahlawan Series
- Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai
- Bulan Syaaban : Peristiwa Dan Amalan
- Renungan Akibat Facebook-Selepas MATI!
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SK...
- Adakah Malaysia Akan Terjadinya "يوم الغضب"-Hari K...
- Aduh..Kena Tangkap Dengan Polis,Macam Mana Mahu Bu...
- BERSIH 2.0: 60 Pengundi Dalam 1 Rumah..?
- Konvensyen PMRAM & DPM Bakal Tiba
- Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majl...
- Macam Ni Ke SPR Negara Kita?Wajib Tukarlah...
-
▼
July
(55)