- Back to Home »
- Jenaka , Si Juha »
- Pakaianku Lebih Baik Dariku
Ketika Juha sedang berjalan dengan tergesa-gesa kerana ingin memenuhi temu janji yang penting , seorang kawannya bertanya :
“Kenapa kamu tergesa-gesa ni duhai juha”? Lalu juha menjawab : “aku nak pergi ke kenduri untuk menjamu selera”.
Sesampainya juha di tempat kenduri tersebut,juha mendapati dia tidak disambut dan dilayan dengan elok oleh penyambut tetamu lantaran kejelekan pakaian lusuhnya. Berkata penyambut ,”tetamu,kamu bukanlah undangan VIP,jadi kamu bolehlah duduk bersama dengan mereka,” sambil menunjukkan tempat orang kebanyakan duduk.
Juha melihat suasana di situ yang amat tidak selesa kerana masing2 berebut untuk mendapatkan makanan yang sedikit dan juga makanan di situ tidaklah seperti yang diangan-angankan oleh si juha.
Juha berkata dalam hatinya,” Ya tuhanku,makanan itu sedikit dan biasa-biasa sahaja,aku mesti cari jalan untuk duduk bersama dengan VIP ”.
Juha bergegas keluar dari tempat itu dan menuju ke rumahnya untuk melakukan sesuatu...
Juha rupanya menukar pakaian kepada yang lebih segak dan seakan-akan orang ternama dengan dikenakan jubah yang elok,serban yang bersinar dan juga rantai permata.
Lalu juha berbisik dalam hatinya,”dengan keadaanku sekarang ini,tidak ada halangan lagi untuk aku bersama dengan tetamu VIP”.
Kemudian juha terus kembali ke tempat kenduri dengan turut menaiki keldai yang berhias agar dia dilihat seperti VIP.
Setibanya di tempat kenduri,dia lantas disambut dengan baik dan dengan layanan yang begitu istimewa.
“ silakan tuan,kehadiran tuan telah menyerikan lagi majlis kami,”kata penyambut tetamu kepada juha.
Kemudian salah seorang dari tetamu kenamaan menjemput juha duduk bersama dengan mereka. Dan terus dihidangkan dengan makanan yang pelbagai jenis serta memikat jiwa. Bahkan mereka meminta maaf kepada juha sekiranya makanan mereka itu sederhana sahaja bagi juha,juha begitu dilayan seperti dia seolah-olah tetamu kenamaan yang sebenar.
Seorang tetamu VIP menghulurkan makanan kepada juha.
Juha mengambil sup serta menanggalkan serbannya
Sambil menuangkan sup ke dalam serbannya,juha berkata,”bismillahirrahmanirrahim,minumlah duhai serbanku dengan gembira dan senang hati dengan sup ini”
Kemudian juha mengambil pinggan makanan dan berkata,”makanlah wahai jubahku, duhai si ego dan yang mulia”. Semua tetamu VIP melihat juha yang dilihat bersifat kebodohan itu.
Tatkala selesai jamuan,bertanya VIP kepada juha.
“ Apa yang kamu buat tadi Juha?”
“sesungguhnya pakaianku lebih baik dariku untuk makan dan minum,kalaulah tidak kerananya,aku tidak dapat duduk bersama kalian!!!”.
Juha berlalu meninggalkan VIP yang terpinga-pinga.
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
July
(55)
Perang cyber Mesir: Siswa/wi vs UMPORNO
Kandungan Memorandum 9 Julai 2011
Pabila Kak Erma Fatima Melatah!
[video] Pencabulan Hak Mahasiswa!
[video] YB Jamil Khir Tolak Memorandum Pelajar Mesir
Tahajud Cinta : Cemar Realiti Islam
BERSIH 2.0 : POLIS MINTA VIDEO DARI ORANG RAMAI!
BERSIH : Lagi Tindakan Kepada MAHASISWA
Cakna Mahasiswa : Tahniah PMRAM!
Al-Fatihah : Pergi Tak Kembali~
Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH
BERSIH : Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pe...
KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SU...
BERSIH 2.0 : Mahasiswa Mesir Diugut? Apa Kata Kami..
Keluhan Subuh
ISU PENYINGKIRAN : APA PENDAPAT ANDA?
Gara-Gara BERSIH 2.0 - Pemimpin pelajar di Mesir d...
Malaysia: Police use brutal tactics against peacef...
Thank you, rakyat Malaysia — Kashini Krishnamurthy
Lagi Ugutan Kepada Pelajar!
Kalau Dahi Tak mengenal Sejadah
Cedera dalam pengeboman zionis di Gaza
Links Exchange! JOM....
10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-Angan Ke...
EM Mesir Bertindak Kpd Pelajar!
Di Mana Generasi Mariam
BERSIH 2.0 : BERITA DARI SINGAPURA
KEBENARAN VS KEBATILAN
Suggestion to Kerajaan For avoid BERSIH 3.0
Malaysians Resort To Facebook To Voice Out Their O...
Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH
Bersih 2.0 : Siapa Yang Taksub dan Pokok Kelapa
Video : Himpunan Aman Bersih Diluar Negara
Doaku buat kalian Pejuang ISLAM!
BERSIH 2.0: Awas SMS Perangkap Pihak Polis..!
Siapa ada maklumat berkenaan TOK GURU ni...
BERSIH 2.0: Nama-Nama Pimpinan Yang Disenaraihitam...
Kemana Perginya Kesedaran
Sonic boom caused Cairo 'explosion' panic
Video : Iklan Kerajaan sempena BERSIH 2.0
Pakaianku Lebih Baik Dariku
PM bersihkan BERSIH
Gambar Sekitar Pra Bersih : Rakyat Malaysia di Mesir
Aku Dok Tahu Setarang Barah
Proton Pahlawan Series
Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai
Bulan Syaaban : Peristiwa Dan Amalan
Renungan Akibat Facebook-Selepas MATI!
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SK...
Adakah Malaysia Akan Terjadinya "يوم الغضب"-Hari K...
Aduh..Kena Tangkap Dengan Polis,Macam Mana Mahu Bu...
BERSIH 2.0: 60 Pengundi Dalam 1 Rumah..?
Konvensyen PMRAM & DPM Bakal Tiba
Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majl...
Macam Ni Ke SPR Negara Kita?Wajib Tukarlah...
-
▼
July
(55)