- Back to Home »
- BERSIH 2.0 , Peringatan , Politik Tanah Air »
- Suggestion to Kerajaan For avoid BERSIH 3.0
Posted by : Yu. Syamz
Jul 12, 2011
Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.
Pertama, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.
Kedua, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.
Ketiga, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!
Keempat, ramaikan lagi alim ulama Saudi Oriented menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.
Kelima, galakkan anak muda untuk lemah stamina dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!
Keenam, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.
Ketujuh, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common sense, self centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia beradadi tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akanmalas membaca blog politik dan sumber alternatif.
Kelapan, berdoalah kepada (Allah) (kalau berani la), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.
Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
© : Saiful Islam
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
July
(55)
Perang cyber Mesir: Siswa/wi vs UMPORNO
Kandungan Memorandum 9 Julai 2011
Pabila Kak Erma Fatima Melatah!
[video] Pencabulan Hak Mahasiswa!
[video] YB Jamil Khir Tolak Memorandum Pelajar Mesir
Tahajud Cinta : Cemar Realiti Islam
BERSIH 2.0 : POLIS MINTA VIDEO DARI ORANG RAMAI!
BERSIH : Lagi Tindakan Kepada MAHASISWA
Cakna Mahasiswa : Tahniah PMRAM!
Al-Fatihah : Pergi Tak Kembali~
Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH
BERSIH : Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pe...
KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SU...
BERSIH 2.0 : Mahasiswa Mesir Diugut? Apa Kata Kami..
Keluhan Subuh
ISU PENYINGKIRAN : APA PENDAPAT ANDA?
Gara-Gara BERSIH 2.0 - Pemimpin pelajar di Mesir d...
Malaysia: Police use brutal tactics against peacef...
Thank you, rakyat Malaysia — Kashini Krishnamurthy
Lagi Ugutan Kepada Pelajar!
Kalau Dahi Tak mengenal Sejadah
Cedera dalam pengeboman zionis di Gaza
Links Exchange! JOM....
10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-Angan Ke...
EM Mesir Bertindak Kpd Pelajar!
Di Mana Generasi Mariam
BERSIH 2.0 : BERITA DARI SINGAPURA
KEBENARAN VS KEBATILAN
Suggestion to Kerajaan For avoid BERSIH 3.0
Malaysians Resort To Facebook To Voice Out Their O...
Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH
Bersih 2.0 : Siapa Yang Taksub dan Pokok Kelapa
Video : Himpunan Aman Bersih Diluar Negara
Doaku buat kalian Pejuang ISLAM!
BERSIH 2.0: Awas SMS Perangkap Pihak Polis..!
Siapa ada maklumat berkenaan TOK GURU ni...
BERSIH 2.0: Nama-Nama Pimpinan Yang Disenaraihitam...
Kemana Perginya Kesedaran
Sonic boom caused Cairo 'explosion' panic
Video : Iklan Kerajaan sempena BERSIH 2.0
Pakaianku Lebih Baik Dariku
PM bersihkan BERSIH
Gambar Sekitar Pra Bersih : Rakyat Malaysia di Mesir
Aku Dok Tahu Setarang Barah
Proton Pahlawan Series
Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai
Bulan Syaaban : Peristiwa Dan Amalan
Renungan Akibat Facebook-Selepas MATI!
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SK...
Adakah Malaysia Akan Terjadinya "يوم الغضب"-Hari K...
Aduh..Kena Tangkap Dengan Polis,Macam Mana Mahu Bu...
BERSIH 2.0: 60 Pengundi Dalam 1 Rumah..?
Konvensyen PMRAM & DPM Bakal Tiba
Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majl...
Macam Ni Ke SPR Negara Kita?Wajib Tukarlah...
-
▼
July
(55)