Posted by : Yu. Syamz Jul 21, 2012





Alhamdulillah,hari ini,kita disampaikan dalam bulan Ramadhan,bulan yang senantiasa dinanti-nanti oleh hamba-hambaNYA yang merindui lipat ganda pahala dan ganjaran dari Allah Taala.



Sebelum memasuki bulan Ramadhan,kita merayu-rayu untuk disampaikan kepada bulan Ramadhan,bila dah masuk bulan Ramadhan..kita macam tu jela,sama seperti bulan bukan Ramadhan,still buat maksiat,tidak memperbanyakkan zikir,bacaan al-Quran,Tarawih entah sempat habis ke tidak.

Masa dibuang dengan perkara yang sia-sia dan sebagainya perkara yang sepatutnya ditinggalkan pada bulan yang penuh rahmat ini..

Allah Subhanahu Wata3ala berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ -البقرة : 183
Maksudnya "Wahai orang-ornag yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Untuk berjaya dalam universiti Ramadhan,sama juga seperti kita berada dalam universiti pelajaran. Untuk mendapatkan pangkat Mumtaz,CGPA 4.0 dan mana-mana pangkat tertinggi,adakah kita masuk universiti dan duduk bersahaja tanpa study dengan tekun,mengulangkaji dan sebagainya?MUSTAHIL!,amat mustahil untuk berjaya kalau begitulah perilakunya...

Begitulah juga Universiti Ramadhan..untuk mencapai tingkatan taqwa dan mencapai tingkatan puasa Khawaasul Khawas atau Khas memerlukan ketekunan dan usaha yang bersungguh-sungguh dengan memperelokkan ibadah-ibadah fardhu,dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti Tadarrus Al-Quran,Bersedekah,Berzkikir, dan juga amalan-amalan sunat yang lain.

Kejarlah kerahmatan Allah di 10 awal ramadhan ini sebelum berlalunya permulaan yang dijanjikan rahmat oleh Allah. syarat untuk mendapatkan rahmat Allah ialah dengan cara kita menjadi seorang yang bersifat rahmat,tidak kiralah kepada siapa pun..sebagaimana Hadis Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam:

 ومن لا يَرحم لا يُرحم 
"sesiapa yang tidak merahmati,tidak akan dirahmati"








Cukup dahulu bebelan waalid kali ini,semoga bermanfaat buat semua..selamat menjalani ibadah puasa dengan baik dan penguh mengharapkan rahmat dan ganjaran dari Allah Azza Wajalla..semoga ibadah kita diterima oleh Allah..aamin!

"Ya Allah...bantulah hamba-hambaMU di bumi Burma,Syria,Palestin dan seluruh tanah ummat Islam dari dizalimi dan dikhianati serta dicabul hak-hak mereka..sesungguhnya KAMUlah sebaik-baik penolong dan Maha Berkuasa terhadap sesuatu"..aamin

{ 16 Tembakan... read them below or Comment }

  1. walid.. bole tnye x? ومن لا يَرحم لا يُرحم makne? huhu.. ape pon, moge kite semue dpt smpurnekn ibadat puase dgn sempurna. Amin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalid dh tambah kat post utk maknanya..huhu(updated!),terima kasih kerana bertanya..^_^

      Delete
  2. Salam ramadhan waalid, trima kasih sudi follow mama! Mama singgah & follow cni jgk:-)
    Follower no 393 :-)

    ReplyDelete
  3. salam..

    Alhamdulillah akak dpt buat 8 rakaat sbb x bleh ddk lma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..alhamdulillah dah tu akak...kalau orang yang mcm akak dapat buat 8..malulah orang yang sihat dan gagah xmampu laksanakan tarawih walaupun 2 rakaat...huhu...

      semoga Allah ganjari akak dengan sebesar ganjaran..aamin

      Delete
  4. semoga ibadat kita diterima, semoga ramadhan kali ini lebih baik :) amin

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini.. Mudah-mudahan diterima segala amalan kita di bulan yang penuh barakah ini.. InsyaAllah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...insyaAllah...kejarlah rahmat dan keampunanNYA

      Delete
  6. moga2 amalan kita diterima-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah NAL..lame NAL xonline..sibuk sangat ke ni...Taqobbalallahu Minna Waminkum..

      Delete
    2. Ye..sibuk sikit dengan urusan nak sambung study. Macam-macam kena buat..sistem on9 ni kdg2 pening jugak..that;s why jarang online blog ni. :)

      Delete
  7. Jom kita sama sama upgrade kan pahala dan ibadat kita kepadaNYA. Amin. Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  8. tambah amalan tambah pahala :) mekasih, peringatan untuk saya juga :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -