Posted by : Yu. Syamz Jul 8, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat kesihatan kepada kita,kalau ada yang sakit,juga merupakan nikmat pelupusan dosa dari Allah Taala,sungguh Pemurah Allah. Setiap kejadian pastinya mempunyai hikmah tersembunyi yang hanya mereka yang mempunyai hati nurani jernih sahaja yang mampu melihat hikmah tersebut.

Bila bercakap soal ROKOK,waalid merasakan ianya adalah satu perkara yang sememangnya masyhur dan femes di dalam kkehidupan kita,apa tidaknya...ramai orang kita yang terlibat dengan aktiviti bangang yang kurang sihat ini..waalid terbaca satu entry yang ditulis oleh blog ultrazoomzz berkenaan satu iklan yang sangat halus untuk menyedarkan si perokok dari tabiat merokoknya..



Video selama 1.37 minit itu mendapat kunjungan yang hangat daripada pengguna internet semenjak diupload jun lalu hingga yang menyaksikan video tersebut mencecah 2,157,210 orang, fuhh..ramai tuu...subhanallah..semoga ramai yang insaf selepas melihat video ini..aamin

JOM...layan~
Video iklan yang terbaeek!!




Menggunakan wasilah anak kecil untuk memberi nasihat kepada si besar yang otaknya terkadang tersasar, adalah satu langkah terbaek untuk membangkitkan kesedaran orang dewasa tentang kesalahan yang dilakukannya samada mereka sedar atau tidak.

"Lihatlah pada apa yang dikata,jangan melihat pada siapa yang berkata"

Terkadang time sebegini,ramai yang tidak lepas dengan satu sifat yang sememangnya wujud dalam diri semua insan,sifat EGO, sifat ego inilah yang membuatkan diri kita sukar untuk menerima kebenaran sekalipun kita tahu apa yang ditegur dan dinasihati itu adalah benar.

"Ya Allah,jauhkanlah kami dari sifat ego,riak dan takbur..aamin" 

Ummu Aisya, zaujah waalid..yang mengambil jurusan usuluddin mempelajari tentang puak2 kafir yang menentang perjuangan Islam. Ummu Aisya selalu menceritakan bahawa orang yang menentang Islam ni bukanlah tidak tahu akan kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. tetapi mereka membutakan hati dan mata mereka untuk menerima kebenaran,mungkin juga sifat ego yang ada pada diri mereka teramat tinggi.

Bertepatanlah dengan firman Allah Taala yang berbunyi :


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ


Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. (QS. 2:6)
Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. (QS. 2:7) 

Ayuh!!,sama-samalah kita meninggalkan tabiat merokok yang membahayakan nyawa kita dan mengamalkan budaya sihat untuk kesejahteraan ummah keseluruhannya..

Bagi yang ingin berhenti merokok,bulan puasa ini moleklah mengorak langkah perlahan2. Yang penting,bulatkan tekad,satukan azam..insyaAllah segala halangan yang mendatang,godaan syaitan untuk terus menghisap rokok pasti mampu dipatahkan dengan keazaman yang tinggi..

"Better Late Than Never"

"Ma Taakkhoro Man Bada'a"
"Tiada Kelewatan Bagi Mereka yang Memulakan"
 ***
Siiru 3ala Barokatillah
[Selamat Beramal]

Ya Allah,peliharakanlah saudara kami di Syria,Palestin,Gaza,dan seluruh tanah ummat Islam amnya dari kezaliman orang yang menzalim...aamin

{ 14 Tembakan... read them below or Comment }

  1. raihan pon tak suke perokok..=.='

    ReplyDelete
  2. tq berkongsi... dn dh follow awak balik yek 336

    ReplyDelete
  3. bagus iklan ni. saya follow awak.

    ReplyDelete
  4. sy nk cadangkn yg kite buat operation keluarkn paru2 diorg sndiri, tunjuk dpn mate diorg baru la insaf..

    ReplyDelete
  5. but it's better to never be late =)

    p/s:prevention is better than cure.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Waalid..

    jemput join segmen NAL :

    http://nyteamlife.blogspot.com/2012/07/segmen-ke-2-nal-edisi-ramadhan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..waalid join nanti..
      Terima Kasih atas jemputan..^___^

      Delete
  7. Jarum muslihat utk membuat aqidah terpesong juga amat halus. Sebab itu sebagai ummat Muhammad kena peka dan usah lalai jarum jahat yg kalau kita lihat berada depan mata kita setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amat benar tu..jarum kuffar untuk merosakkan orang Islam...

      Unsurnya Ya ROBB!

      Delete
  8. hahaha. terpinga2 semuanya..hehehehe.. makan dalam tu

    ReplyDelete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -