Posted by : Yu. Syamz May 11, 2012

Manusia dipandu oleh agama dalam menjaga tatatertib pergaulan,perhubungan dan dari sudut akhlak. Setiap agama semestinya mengajar ummat-ummatnya memperbaiki tingkah laku,mengelakkan perselisihan dan memperbaiki hubungan sesama manusia.



Islam menitikberatkan soal hubungan sesama manusia sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wa Taala dalam kitabNya ;


(حبل من الله وحبل من الناس...الخ..)

Maksudnya ; pertalian dengan Allah dan pertalian dengan Manusia

Ayat di atas memberi petunjuk bahawa menjaga hubungan sesama manusia amat dituntut oleh Allah. Dan jika dilihat, dosa seseoang muslim dengan muslim yang lain tidak akan dihapuskan oleh Allah melainkan dengan mendapat kemaafan daripada muslim yang disakitinya terlebih dahulu. 

Begitu indahnya Islam yang datangnya Nabi Muhammad menyempurnakan Akhlak ummat-ummatnya sebagaimana sabdanya ;

إنما بعثت لإتمم مكارم الاخلاق

Maksudnya : sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji. 

Hari ini,kita melihat ramai yang melakukan fitnah terhadap sesama muslim tidak kira fitnah dengan kata-kata,fitnah gambar,juga termasuk fitnah menggunakan video. Pelbagai isu yang timbul rentetan ceteknya ilmu pengetahuan dan tumpulnya penghayatan Islam secara menjadikannya Ad-din atau gaya hidup berlandaskan Islam yang sebenar.

Allah menggambarkan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh membuktikan bahawa gejala fitnah ini sangat dibenci oleh Allah dan memberikan kesan yang buruk dalam masyarakat,lebih-lebih lagi dalam masyarakat Islam. Firman Allah taala dalam surah Al-Baqarah : 191 ;

 
 والفتنة أشدُ من القتل
"Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh''



Sedarlah wahai saudara-saudariku,Islam itu indah dan cantik,janganlah merosakkannya dengan perangai buruk dan keji kalian,sesungguhnya mulia kita adalah kerana Islam dan bukannya Islam itu mulia kerana diri kita.

Tiada baiknya kita memfitnah sesama Islam,bahkan membawa kepada keruntuhan akhlak dan lemahnya masyarakat Islam dengan pergaduhan dan perselisihan yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan buat Islam amnya dan ummat Islam khasnya.

Begitu juga dalam arena politik tanah air,kera kali kita dihidangkan dengan fitnah-fitnah dari pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menjatuhkan pihak lawan,itu bukanlah cara yang diajarkan oleh Islam,Allah menyuruh hambanya untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis apabila berselisih pendapat,lebih-lebih lagi dalam urusan mentadbir negara. Seharusnya ummat islam memilih pemimpin yang sebenar-benar layak dalam membawa rakyatnya mendekati Allah dan menghidu bau syurga Allah Taala.

Akhirnya,takutkanlah azab Allah di hari akhirat yang kekal abadi kelak,jangan jadikan kehendak nafsu untuk mendapat pangkat dan harta di dunia ini  sebagai asbab kita 'baham tanah' di akhirat kelak. Tentunya setiap orang mengidamkan balasan Syurga Allah,tetapi betapa ramai yang berusaha untuk mendapatkannya,tiadalah sesuatu perkara diperolehi tanpa sebarang usaha.

Sedikit nasihat yang ikhlas dari saya buat semua...Semoga bermanfaat buat semua,wallahua'lam.


p/s : 'baham tanah' = teruk dibelasah/azab yang pedih



Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -