Posted by : Yu. Syamz May 28, 2012

Pemuda merupakan aset terbesar sesebuah negara. Masa depan negara perlu dinilai kepada keadaan pemuda hari ini. Jika baik pemuda hari ini, makabaiklah masa depan negara. Namun andainya rosak pemuda hari ini, maka gelaplah masa depan negara kelak.

Pemuda perlu dibangunkan dengan sebaiknya berlandaskan kepada kehendak syarak. Ini amat penting bagi memastikan golongan pemuda memilikidaya tahan yang tinggi untuk memastikan mereka mampu berhadapan dengan pelbagai ancaman yang datang sama ada dari sudut mental, fikizikal danspiritual. Kekuatan dalaman ataupun pegangan agama yang kukuh merupakan asas paling utama yang perlu dititik beratkan kerana ia merupakantunjang utama yang dapat membentengi mereka daripada gejala yang tidak sihat.

Oleh yang demikian acuan pendidikan terhadap golongan muda mudi perlu diteliti dengan sebaiknya agar dapat mencorak dan membentuk jati dirianak muda yang kental serta mampu bertahan daripada asakan -asakan yang boleh merosakkan mereka. Realiti yang berlaku kepada golongan mudahari ini amat membimbangkan dan merisaukan pelbagai pihak. Anak muda dewasa ini terlalu banyak didedahkan dengan hiburan yang melampausehinggakan berlaku kelompongan dari sudut pengisian rohani dan spiritual. Tidak salah untuk berhibur, namun perlu diingatkan hiburan yangdihidangkan itu mestilah tidak keterlaluan dan dipagari oleh batasan syarak.

Himpunan Jutaan Belia 2012 itu telah disajikan dengan pelbagai segmen dan aktiviti. Antaranya segmen Modal Insan, Gerbang Kerjaya, Young Entrepreneur, Perkhemahan dan Jambori. Terdapat juga aktiviti seperti Himpunan Pendakwah Muda, Himpunan Guru Muda dan Pesta Buku Ilmiah.Tidak dinafikan aktiviti-aktiviti ini mampu membina kekuatan mental, fizikal dan spiritual mereka. Namun, apa yang membimbangkan adalah "pencemaran minda" dengan sajian hiburan melampau dan keterlaluan yang mana 500 artis telah diundang dari seantero dunia untuk disajikankepada generasi bakal pemimpin negara. Fenomena seperti ini akan mencelarukan lagi pemikiran dan pemahaman anak muda yang bakal menjadi pewaris tampuk kepimpinan negara kelak. Bak kata pepatah melayu, ‘Madu yang dicampur racun, hilanglah khasiat madu tersebut’.

Penganjuran konsert hiburan yang melampau itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi wujudnya suasana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ditambah lagi dengan  pakaian yang dipamerkan oleh artis yang amat mengghairahkan sekaligus boleh merosakkan nilai jati diri golongan anak muda.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31 yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”
 

Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia Sedunia (SMMS) yang dianggotai oleh PMRAM-Mesir, GAMIS-Malaysia, MPMMJ-Jordan, PERMAYA-Yaman, PERSADA-Arab Saudi, PPIMI-Irealand, IPIJ-Jepun, PKPMI-CA-Indonesia, MCOT-England, PPMK-Korea dan PPMS-Syria melahirkan rasa terkilan di atas kegagalan pihak penganjur dalam melaksanakan pengisian yang terbaik buat anak muda.

SMMS mengharapkan agar program atau aktiviti yang boleh mencelarukan pemikiran, budaya dan kesucian agama ini tidak berulang di masa hadapan dan tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang berwajib dalam memulihkan semula imej golongan anak muda Malaysia yang ternyata sudah tercemar di mata masyarakat.

Kenyataan bersama:
Solidariti Mahasiswa Malaysia SeDunia (SMMS)
 
 

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -