Posted by : Yu. Syamz May 24, 2012

Menjadi satu keseronokan bagi seorang blogger sekiranya laman sesawangnya dikunjungi oleh ramai pembaca. Mungkin merasa puas dengan sebaran maklumat yang dirasakan sampai kepada sidang pembaca. Tidak kurang juga keghairahan sesetengah blogger dalam mengejar glemer@populariti.


Pelbagai cara dilakukan untuk menarik minat pembaca, antaranya ialah dengan menulis entry-entry yang bersifat 'hot' seperti gossip,politik,isu semasa dan sebagainya. Alhamdulillah,ruang legar yang ada digunakan untuk menyebarkan maklumat dengan cepat dan mudah. Dapat menangkis tohmah dan fitnah yang ditimbulkan.

Membuat tajuk entry yang bombastik jugak merupakan salah satu cara untuk menarik pembaca. Membuat tajuk posting yang bombastik tidak ada masalah kerana hanya menggunakan psikologi bahasa untuk menarik perhatian ramai. Yang menjadi ke'geram'an saya ialah bila tajuk posting bombastik..tapi isinya tersimpang jauh dari tajuk.

Mumkin ada yang mengatakan:

"alah..kita nak sampaikan benda betul..mestilah perlukan ramai yang baca...tidak mengapalah tajuk lain pun..yang penting isinya sampai kepada orang ramai"


Ya,kaedah juga ada mengatakan :

الغاية لا تبرر الوسيلة
"Matlamat tidak menghalalkan cara"

Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam juga bersabda : 

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏"‏آية المنافق ثلاث‏:‏ إذا حدث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا اؤتمن خان‏"‏
‏(‏‏(‏(متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏

Daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam bersabda : Tanda-tanda orang munafiq ada 3 ; Apabila bercakap dia dusta,apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianati(muttafaqun 3alaih)

Menipu dalam penulisan termasuk dalam jenayah penulisan sebagai melanggar etika/prinsip ilmu yang mana menyampaikan ilmu dengan ikhlas dan amanah. kalau dari segi tajuk pun sudah 'mengelat',bagaimana isinya kita ingin 'thiqah'? 

Percayalah,kalau yang kita cuba sampaikan itu sesuatu yang benar dan ikhlas,maka insyaAllah ianya akan sampai kepada semua orang dengan pertolongan Allah. Tidak perlulah kita meletakkan diri kita dalam golongan munafiq semata-mata ingin meraih perhatian ramai.

Semoga kita semua terhindar dari sifat2 sebegini..maafkan saya dengan entry kali ini..mumkin ramai yang tersinggung..namun,saya betul2 tidak setuju dengan cara kalian meraih perhatian dengan melanggar etika penulisan...

kalau saya pun ada terbuat sedemikian,harap maafkan dan tegurlah saya...ayuhlah kita tinggalkan sikap sedemikian dan memperbetulkan kesilapan kita..Wallahua'lam

pssttt : kalau artikel@status FB  ciplak pun kne letak sumber tau..hehe..:P


Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -