Posted by : Yu. Syamz May 29, 2012


Apabila Mufti Besar Al-Azhar mengeluarkan fatwa wajib bunuh Bashar Al-Assad

Ulama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.

“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.

“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”

Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad.

Pihak berkuasa Syria berdalih mereka berperang melawan “pengganas”, yang telah mengorbankan 2000 tentera dan polis.

Aktivis mengatakan bahawa pembunuhan dilakukan setiap hari oleh pasukan Asssad di bandar yang memprotes. Pada hari Isnin, aktivis mengatakan 57 orang, termasuk 26 kanak-kanak-kanak dan 21 perempuan, dibunuh oleh pasukan Assad di Homs, bandar ketiga terbesar Syria.

Para aktivis berkata, beberapa dari mereka yang terbunuh mempunyai bekas gorokan pada kerongkong mereka dan yang lain terkena luka tusuk di Karm al-Zeitoun dan Al Adawiyeh persekitaran bandar Homs. Pihak berkuasa Syria menuduh “geng pengganas” berada di balik pembunuhan dengan tujuan mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Damsyik.

Setelah menyelesaikan serangan di Homs, pasukan tentera Syria mempertingkatkan operasi di utara, melakukan pengeboman di kota Idlib untuk tiga hari.

Seorang aktivis di bandar itu mengatakan bahawa pada hari Selasa lepas pasukan keselamatan telah membunuh lebih dari 20 orang yang cuba untuk meninggalkan daerah itu dalam dua hari terakhir dan membuang mayat mereka di Masjid al-Bilal.

Ketika penduduk tempatan pergi untuk memeriksa mayat-mayat, mereka juga mendapat serangan, menambah korban yang terbunuh menjadi di angka 50 orang, kata aktivis kepada Reuters.

“Ketika orang datang dari wilayah pada sekitar awal hari tadi, pasukan keselamatan juga mula menembak mereka. Secara keseluruhannya, kira-kira 45 orang dibunuh,” kata aktivis, yang, seperti kebanyakan aktivis di Syria, hanya memberikan nama depannya, Muhammad, kerana takut dicari oleh pihak kerajaan.

Pembunuhan

Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria.

“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kewajipan setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa wanita mereka,” kata Dr Hashem Islam, ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.

Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia.

“Kejahatan yang dilakukan oleh pembunuh Bashar dilarang oleh Islam dan tidak akan mencapai keselamatan,” katanya.

Sheikh Abdel-Moneim Al-Bari, bekas pimpinan ulama Al-Azhar sangat bersetuju dengan pembunuhan ke atas Bashar.

“Presiden Syria Bashar Al-Assad perlu dibunuh kerana membantu pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap orang awam yang damai di Syria,” katanya.

Al-Bari, bekas anggota Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua hukum agama dan adat manusia.

“Dia layak mendapat hukuman segera.”


sumber : Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -