 |
gambar : masryoum |
'سبحان الله'....'سبحان الله'.....'سبحان الله'
Penemuan spesis ikan baru mengingatkan kita akan kebesaran Allah Taala yang Maha Agung. Setiap kejadian di alam ini semata-mata sebagai bukti kepada makhluk yang mencari petunjuk sebenar,mencari sang pencipta yang Maha Esa.
Professor Mohammad Abu Rijal, Pendidik di Jabatan Sains Marin,Fakulti Sains Universiti Port Said mengumumkan penemuan ikan tersebut dan mencatat penemuan kali pertama di Laut Merah.
Buat masa ini,ikan ini sedang dikaji dan diselidiki oleh 'National Institute of Oceanography and Fisheries' . Ikan ini(seperti gambar) agak pelik kerana seperti ikan yang tidak sempurna,seperti hanya mempunyai kepala sahaja,سبحان الله'
Ikan yang pelik ini dijumpai di Pantai Perlancongan di Hurghada. Namun,ikan ini disyaki oleh Prof Mohammad Abu Rijal adalah beracun dan beliau menasihati orang ramai yang menjumpai ikan ini untuk tidak memakannya sehingga selesai penyelidikan dan kajian yang dijalankan.
Wallahua'lam...