Posted by : Yu. Syamz May 16, 2012

Firman Allah Taala dalam Surah al-Qasas :56 yang berbunyi ;

 إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاء وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Maksudnya : sesungguhnya kamu tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kamu kasihi tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang kehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.

Maha suci Allah yang memberikan hidayah-Nya kepada insan yang benar-benar tagihkan keampunan-Nya. Begitulah pengasih dan pemurahnya Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Apabila Nur Allah menyapa,maka sejahteralah manusia itu daripada kesesatan dan berbahagialah kalau selepas disapa nur itu, malaikat izrail datang menjemput rohnya.

Alhamdulillah, manusia sememangnya akan kembali kepada fitrah semulajadi yang asalnya taat dan patuh pada suruhan dan larangan Allah, cuma kedegilan dan keegoan manusia yang tidak menyedari hakikat kejadian membuatkan mereka buta dari melihat kebesaran dan keagungan Allah Taala.


Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
-GB

Kejadian ataupun peringatan yang berlaku kepada hamba Allah ini harus dijadikan pedoman dan pengiktibaran kepada sekalian orang-orang yang berakal dalam menyedari hakikat ketaatan diri kepada Allah taala. Alangkah rugi dan malangnya kita kiranya kisah teladan yang Allah 'amarankan' melalu seorang hamba-Nya hanya dipandang enteng oleh kita. Bongkak sangatkah diri kita?

Berdasarkan kepada ayat dipermulaan entry ini,kita tidak boleh berputus asa kiranya dakwah yang kita sampaikan tidak diterima oleh mad'u kita,tetapi kita seharusnya berdoa kepada Allah agar memberikan hidayah kepada mereka. Mudah-mudahan kita menjadi asbab kepada mereka untuk menerima hidayah Allah.

اللهم اجعلنا سببا لمن اهتدى..آمين

{Ya Allah,jadikanlah kami sebab kepada penerima hidayah...aamin}

Semoga kita sedar dan insaf dengan petunjuk yang Allah berikan ini untuk sama-sama memperbaiki diri dan meraih keredhaan Ilahi sebelum diri direntap malaikat maut..insyaAllah..

اللهم اهدِ قومى فإنهم لا يعلمون..آمين

{Ya Allah,berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui..aamin}

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -