Posted by : Yu. Syamz May 16, 2012

Isu tuduhan sesat oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Bin Said terhadap Parti Islam se-Malaysia(PAS), akhirnya memakan diri apabila kenyataan MB Terengganu untuk menyeru pemimpin UMNO untuk mencontohi pemimpin PAS.

"Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah burukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita,musuh kita adalah PAS,PKR dan DAP"- Ahmad Said

Eh!!!....betul lah...

Cuba kita selak balik sejarah-sejarah,rasanya tidak jumpa pemimpin PAS menyerang individu pemimpin dari parti lain(khususnya UMNO),bukan seperti yang berlaku kepada pimpinan pembangkang sekarang,Anwar,TGNA,TGHA dihentam,difitnah dan sebagainya(serangan peribadi) oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional.

Ini kerana,perjuangan PAS adalah secara berjemaah,dan serangan kepada Parti lain adalah disebabkan dasarnya yang tidak menggunakan dasar Islam,Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dan Undang-undang Allah tidak mahu laksanakan. PAS bergerak dalam satu jemaah untuk memastikan Ad-Din itu tertegak di bumi Malaysia. Akhlak perjuangan PAS sememangnya perlu menjadi contoh kepada seterunya jika ingin bersaing secara bijak dan saksama.

Hujah dan debat sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam memberi penjelasan serta penerangan kepada rakyat agar sosiopolitik yang stabil dapat dimartabatkan di negara bertuah Malaysia. Politik lucah, cacian,makian dan sebagainya hanya menjahanamkan sebuah negara yang dikatakan aman...

Saya resah dan gelisah apabila mendapati kebanyakan rakyat yang peka dengan suasana politik,menjadikan perbezaan parti sebagai tiket untuk mencaci,memaki dan saling mengutuk,baik ahli-ahli pembangkang mahupun kerajaan. Seruan saya kepada semua,jagalah akhlak kita sebagai seorang muslim,kita hanya berbeza pandangan,namun bukan kita berbeza akidah. Gunakanlah hujah yang kukuh untuk menerangkan(bukan menyerang) lawan kita.


Wallahua'lam


Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -