Tahniah buat Ketua Pemuda PAS,Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi yang telah mengusulkan dan mencadangkan agar BERSIH 4.0 dalam bentuk yang lebih efektif dan kreatif sekaligus memberikan tamparan hebat kepada kerajaan untuk sama-sama menjayakan BERSIH 4.0..
Idea dan cadangan KP amatlah sesuai dan menarik serta mampu melahirkan sosiopolitik yang lebih sihat di negara Malaysia. Saya amat bersetuju 200% dengan cadangan tersebut agar rakyat dapat melihat dengan lebih jelas hujah dari kedua-dua pihak baik pembangkang mahupun kerajaan sekaligus menghindarkan fitnah dan tragedi yang tidak diingini..:)
Berikut adalah cadangan dan lontaran idea daripada KP...
*************************
BERSIH 4.0 [
Duduk dan Debat ]
1. Fokus BERSIH
samada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan
kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita,
ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada
manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.
2. Bertolak dari
Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan
senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu
kepada pemurnian awam oleh pihak SPR. Pelbagai peraturan dan undang - undang
pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan
manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan
pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.
3. maka pihak
BERSIH telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke SUHAKAM, laporan
PDRM, Laporan SPRM, Memorundum kepada Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agung dan
Himpunan Aman. Malangnya, sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak
memenuhi tuntutan BERSIH tersebut.
4. Kerajaan UMNO
dan BN sebaliknya mendakwa BERSIH menganjurkan keganasan, rusuhan dan
sebagainya. Lalu mereka menempelak usaha suci BERSIH dengan pelbagai tindakan
seperti menggunakan FRU untuk melepaskan tear gas dan air kimia, PDRM untuk
tangkap dan belasah, DBKL untuk menaksirkan jumlah timbunan sampah, Majlis
Fatwa bagi mengharamkan himpunan BERSIH, Media arus perdana supaya memutar alam
menjadi separa realiti.
5. Kini kedengaran
pelbagai pihak bercakap mengenai edisi berikut bagi kelangsungan tuntutan
BERSIH supaya BERSIH 4.0 direalisasikan sehingga kerajaan UMNO dan BN akur
tuntutan rakyat. Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai
dalam keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih
dari sebarang penyelewengan.
6. Sementara hari
ini dan saya percaya ianya akan terus berlangsung ke hari pilihanraya, mereka
memburukkan BERSIH 3.0 kononnya ganas lalu membina persepsi buruk masyarakat
terhadap BERSIH sedang pihak BERSIH tidak diberi ruang serupa melalui
televisyen dan media arus perdana yang lain untuk menjawab dan memberi
penjelasan.
7. Maka saya
mencadangkan agar BERSIH 4.0 ini direalisasikan melalui format baru pula iaitu
Duduk dan Debat. Sekali lagi saya cadangkan panelnya ialah terdiri dari
Presiden PAS Yb. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dengan YAB Presiden
UMNO Datuk Seri Hj Najib Tun Abdul Razak. Seluruh rakyat dikerah hadir secara
aman untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
8. Saya menegaskan
demikian melalui cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik
baru yang hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujjah
kekuatan. Saya harap pihak kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan baik dan
terbuka jika mereka juga benar mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan pula
aktiviti itu berlangsung dalam suasana aman.
9. Ia pastinya akan
menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan dibentuk dan dibina melalui
kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat melalui penerimaan terhadap hujjah yang
dikemukakan, bukan sokongan yang dipaksa dengan cota, tear gas dan air kimia.
10. Iklim politik
baru mesti dibina segera oleh kedua - dua parti kompenan besar negara iaitu
Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik berteraskan hujjah dan hikmah.
Bukan politik tangkap dan belasah. Sebaliknya jua ke arah politik rasional,
lapang dada dan kasih sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan
bangsa yang ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda
PAS Malaysia
**************
Permata : BERSIH 4.0...ada brani ke YAB Dato' Seri?ahah!