Posted by : Yu. Syamz May 17, 2012


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) telah mengumumkan melalui wakil rasmi mahasiswa di bumi Mesir ini berkenaan satu program pengagihan duit zakat untuk kali keduanya selepas pengagihan kali pertama dilaksanakan di bumi Mesir tempoh hari sempena rombongan kerajaan yang diketuai oleh YB Khazan Che Mat.

Program tersebut akan berlangsung di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,Kuala Terengganu pada 21 Mei 2012,isnin akan datang.

Sebelum ini,pihak MAIDAM memaklumkan akan memasukkan baki duit zakat tersebut ke dalam akaun masing-masing,dalam minggu inilah(13-19 Mei) seperti yang dijanjikan sebagaimana yang dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang menelefon MAIDAM.

Namun,hari ini satu makluman berkenaan program pengagihan baki zakat sebagaimana dalam gambar di atas.

Para mahasiswa ketika ini sedang bersiap siaga untuk berhadapan dengan peperiksaan semester kedua dan ada yang sedang berperang dengan soalan-soalan peperiksaan,mudah cakap,semua mahasiswa yang mendapat bantuan dermasiswa(baca zakat) berada di bumi Mesir bagi melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar.

Apakah rasionalnya pihak MAIDAM mengadakan program last minit seperti ini?

Bagi pandangan peribadi saya,dan sangka baik saya,pihak MAIDAM ingin memberikan amanat kepada ibu bapa dalam mempastikan pelajar-pelajar di bumi Mesir lebih memfokuskan kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Itu seperti kebiasaanlah pihak seperti MAIDAM memberi alasan.

Namun,selama saya menyertai program-program seperti ini,yang terbaru,diadakan di Asrama Rumah Melayu(ARMA-Abbasiah,Kaherah), ternyata ungkapan dan ucapan berbaur politik dibentangkan kepada pelajar. Begitu juga program-program anjuran MAIDAM sebelum-sebelum ini,kali pertama boleh diandaikan tersalah/tersilap..tapi kalau sudah kerap kali?nilaian kalianlah sebagai jawapannya..:)

Pun begitu,saya berharap,program ini tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjelma(sampai sudah bakal,ntah bila pastinya..huhu). Tentunya saat dan peluang ini boleh digunakan untuk meraih undian kepada kerajaan sekarang,kononnya kerajaan sekaranglah bertungkus lumus memberi kemudahan dan bantuan kepada rakyat,ya! memang itu saya tidak nafikan,kalian sebagai sebuah kerajaan.Terima Kasih Kerajaan. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan(mana-mana kerajaanpun) baik BN,PAS dll untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Namun yang disesali ialah sifat bangga diri dan takbur pihak yang membuat jasa seolah-olah semuanya mereka yang tentukan hingga terlupa(bukan sengaja kot) semua itu adalah amanah ALLAH kepada mereka yang mana akan dipertanggungjawabkan di hari pembalasan kelak. kalau api lilin sudah tidak mampu kita tahan,usahlah mengundang api yang sepercikannya mampu memusnah bumi!.

Cadangan saya,disamping membuat perjumpaan dengan ibubapa(wakil),seharusnya pihak MAIDAM lebih kerap turun ke medan bagi mengetahui keadaan semasa pelajar-pelajar,persoalan-persoalan yang terperam di minda setiap pelajar harus dijawab dan diberi pencerahan.


Mungkin program ini dirancang last minit sehingga tidak sempat menghantar surat,saya kecewa dengan sudut pengurusan mereka kerana boleh saya katakan masih diperingkat rendah,sepatutnya lebihkan kursus bagi memperbaiki sistem pengurusan dan juga akhlak pekerja!.

Akhlak pekerja?

Ya,kerana baru-baru ini saya ada menghubungi pihak MAIDAM untuk mengetahui status permohonan saya, namun saya tersentak dengan rungutan pegawai yang menjawab panggilan apabila terdengar rungutan dari jauh dengan katanya : "owoh...zakat pulookkkk....."-dengan nada rungutan. Mungkin pegawai tersebut terlupa bahawa saya sedang mendengar melalui ceropong telefon ketika itu. Harap pegawai-pegawai yang bekerja secara amanah tidak melakukan hal yang sedemikian,kerana menandakan anda tidak ikhlas dalam pekerjaan.- lain kali,letak telefon dalam laci,insyaAllah saya tidak mendengar..heh! :p

Akhirnya,sekali lagi,saya berharap MAIDAM dapat memperbaiki cara pengurusan mereka kerana sudah banyak kesilapan dan kelemahan yang sama ditonjolkan. Pengurusan yang tidak cekap itu boleh melambangkan bagaimana kalian menguruskan harta zakat,harta yang diamanahkan oleh rakyat untuk kalian menguruskannya. Bagaimana mahu meraih kepercayaan rakyat?fikir-fikirkanlah..

wallahua'lam

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -