Posted by : Yu. Syamz Jun 10, 2012

9 JUN 2012 -- Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria (KPS) melihat situasi Syria kebelakangan ini dengan penuh kebimbangan dan kekecewaan. Ini kerana pembunuhan yang berlaku sejak tercetusnya revolusi telah melebihi 15, 000 nyawa, namun dunia terus berdiam diri terutama Liga Arab dan Majlis Keselamatan PBB yang 'bisu'  apatah lagi 'blok penyokong kuat' Syria iaitu Iran dan Hizbullah yang meneruskan sokongan kepada rejim tanpa henti.

Dalam tempoh tidak sampai sebulan telah berlaku dua penyembelihan beramai-ramai iaitu di Haulah pada 25 Mei dan El-Qobair pada 8 Jun yang kedua-duanya mengorbankan lebih 200 nyawa, sebahagiannya kanak-kanak dan wanita.

Menurut saksi, askar rejim Syria memasuki kampung dan membakar rumah kediaman penduduk menyebabkan sebahagian mangsa meninggal dunia akibat terperangkap dalam kebakaran manakala sebahagian yang lain disembelih menggunakan pisau.

Hati dan sanubari umat Islam bagai disiat dan dihiris apabila rejim Syria terus menafikan penglibatannya dalam pembunuhan di Haulah. Bahkan Presiden Syria, Basyar Al-Assad berjanji akan memperhebatkan kempen perang ke atas tentera bebas Syria yang disifatkan sebagai 'pengganas' yang memudaratkan keselamatan negara.

Pada 4 Jun lalu, beberapa hari sebelum penyembelihan di El-Qobair berlaku, Presiden Syria,  Basyar Al-Assad melantik Perdana Menteri baru Riyadh Hijab, yang merupakan penyokong kuat parti pemerintah untuk menubuhkan kerajaan baru menggantikan kerajaan 'Adil Safar.

Serangan dan pembunuhan kecil saban hari terus berlaku di seluruh Syria. Lebih membimbangkan lagi apabila kes penculikan wanita dan beberapa orang yang menyertai demonstrasi aman anti kerajaan turut terjadi. Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang adalah dilaporkan sebagai menyatakan, kebanyakan mereka terdedah kepada pembunuhan seperti nasib yang menimpa Zainab Al-Husni dan mangsa lain sebelum ini.

Untuk itu, Kempen Prihatin Syria (KPS) menyeru:

1) Seluruh mahasiswa dan mahasiswi Mesir cakna dan meneruskan doa masing-masing walaupun dalam tempoh peperiksaan pada waktu ini. Memang tidak dapat dinafikan, fokus terhadap peperiksaan dan sesekali terhadap politik semasa di Mesir menyebabkan kita terlepas pandang berkaitan isu di Syria.

2) Menyemarakkan semangat kempen di bulan Rejab yang mulia ini bagi pembebasan Palestin dan Syria. Kedua-dua tempat ini dirakam dalam sejarah Islam yang mana terletak dalam lingkungan negara Syam seperti disebut dalam al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat pertama surah Al-Isra'.

3) Jawatankuasa KPS akan menggerakkan semula kempen bagi fasa kedua selepas peperiksaan nanti dan mengharapkan sokongan dari seluruh mahasiswa dan mahasiswi sekalian.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada saudara kita di Syria untuk terus thabat.

"Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Muhammad Abdul Malik Hj. Abdul Karim
Koordinator Kempen Prihatin Syria / Penasihat PMRAM 2012


Sumber : PMRAM

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -