Posted by : Yu. Syamz Jun 22, 2012

Segulung ijazah...

em...benar,ramai yang berbangga dan bersuka hati apabila selesainya tahun akhir di sesuatu institusi pengajian tinggi,lantaran bergelar seorang graduan dan memegang segulung ijazah, terkadang terbitnya rasa bangga kerana berjaya dalam pelajaran.

Sememangnya tidak dinafikan,segulung ijazah merupakan salah satu hadiah yang istimewa buat orang tua yang tersayang,yang bertungkus lumus dan berhempas pulas mencari dana(rezeki) bagi menampung kos pembelajaran anak-anak kesayangan mereka.

Alhamdulillah,semua itu satu kebajikan daripada seorang yang bergelar anak terhadap kedua ibubapa mereka.

Namun bagi saya,memegang segulung ijazah merupakan satu amanah yang sangat berat dan cukup membimbangkan diri ini,lagi-lagi ijazah yang diperolehi dari satu jurusan yang mencengkam diri dengan tanggungjawab terhadap Agama Islam.

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam,Fakulti Syariah Dan Undang-undang,Jabatan Syariah Islamiyyah...Satu ijazah yang sangat besar peranannya.Tambahan pula,ijazah itu dikeluarkan oleh universiti tertua di dunia,Universiti Al-Azhar Asy-Syariif...

Bimbang...bimbang...bimbang...

Bimbang...kalau-kalau ijazah itu memakan diri yang masih cetek ilmunya...

Bimbang...kalau-kalau ijazah itu menimbulkan riak dan ujub dalam empunya diri...

Bimbang...sekiranya ilmu yang ada tidak digunakan untuk berbakti kepada masyarakat...

dan banyak benda lagi yang dibimbangi oleh diri ini....

"Kenapa bimbang semua itu?dapat guna untuk dapatkan kerja,sara hidup..cukuplah..."

Kerana bimbang,ijazah yang dikatakan sebagai Wasilah,tidak mampu kutunaikan sebaik mungkin...Masyarakatku masih leka di luar sana,masyarakatku masih lalai di luar sana,ummat Nabi Muhammad ramai yang masih jauh dari ajaran Islam...kerana itulah,ijazah yang diperolehi sebagai wasilah dakwah kepada masyarakat...

Itulah sebenarnya kebimbangan yang bersarang..bimbang apa yang diperolehi tidak menjadi wasilah untuk mengislahkan masyarakat dari kelekaan dunia yang sementara...

Ya Allah,kuatkan kami para da'ie dalam mendokong agamaMu yang mulia...Aamin...



*p/s: mf tulisan yang berserabut...tolong doakan saya ya sahabat2...

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -