- Back to Home »
- Berita »
- 4 wanita ISLAM dicekup
Posted by : Yu. Syamz
Jun 24, 2012
24 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.
"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.- Bernama[SH]
ULASAN :
Biarpun susah dalam kehidupan,janganlah menggadai prinsip agama dan maruah diri untuk meraih rezeki yang Allah telah tetapkan bagi setiap anak adam,hanya perlu usaha yang sedikit untuk meraih rezeki itu....
menjual tisu lebih mulia dari menari di kelab malam....

***

.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2012
(277)
-
▼
June
(75)
Oh My English!
Selamat tinggal intense debate
Testing..xpayah datanglaa...
Untuk Apa Follower Ramai?
Nasihat Ulama' #01
BILA ANAK MANDIKAN KEYBOARD
Segmen : Jom Tambah Followers Blog by Mizz Wenn
Bloglist Julai Pecinta Pink
Manfaatkan Masa Cuti dengan Komitmen
Big Boh Masuk Astro
Buku Apakah Yg Di pegang Oleh Barrack Obama
Kemenanganmu satu Tanggungjawab Besar
Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir Yang SAH!!!
Tips | Husnu Zhon
Aplikasikan dalam diri...Terima Kasih Kawan
Tunduk Pandangan
4 wanita ISLAM dicekup
Kita Kisah Jika....,Tapi Kita Tak kisah Jika...
Cukuplah 'van' itu menjadi Peringatan...
Takutnya menggenggam Segulung Ijazah
Bala Lagi Di Terengganu...
Panas! | Suka Sangat Ke Makan Duit Haram?
Hakikat Seorang Blogger
Kalau Nak Makan Durian Perlu Ada Alat nie..
19 Jun 2012 | Jutaan Berhimpun di Tahrir
Panas | Indonesia Mendakwa Malaysia Menciplak Tari...
Pengumuman Follower Bertuah!
Tips | Keselamatan Dalam Internet
Bagaimana Nak Komen Intense Debate?
Tips Hilangkan Stress
Syabas! | Kejohanan PAHAT Motocross H.Trg
Kini Abby Tahu....
Duhai Bloggers…Bagaimana untuk mengubah kalau anda...
Jalan Sempit Tapi Ramai Yg 'Galak' Utk Memotong
Seniorku Maut Dilanggar Kereta...T_T
[Al-Kisah Rumah Tangga Di Facebook]-Ingat Tuuu..
TOLONG!! | Bantu Cari Kenalan@Keluarga Jenazah
Bila Nak Kawen,Baru Kenal Masjid & Surau??
Hilangnya lagi sebutir permata - petanda kiamat se...
Mengundi dan Haji...Mana Lebih Perlu Diutamakan Me...
Bila EURO menyapa...
Edit Gambar&Fitnah Perangai Setan!
Makan Daging Manusia..eeee...seriau!
Segmen Bloglist Jun 2012 by Essya Lavigne
SEGMEN | JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara
Subhanallah! | Kebesaran Allah Di Sabah 12 Jun 2012
Pencarian Follower Bertuah!
Mesra Blogger : Segmen Tambah Follower dan Rakan B...
Pengantin Pil Kuda...
Darah Syria Masih Mengalir,Hidupku Terus Dilena Mimpi
Cikgu | Awas ni!
Bahana Hina Nabi | ditikam 15 kali!
Aku Pejuang Bukan Petualang!
Mengetahui Keberatan Blog
Betulkan Saf...
Autolike FB...ape fungsi dan kelebihan?
Bentang Menifesto dlm TV satu perkembangan Baik!
Tinggal Rokok,Dapat Kawen!!
Syria | Apa Dosa Budak Kecil Ini???
Anugerah Ilahi
Yang Benar Tetap Benar!
Disebalik Kalimah F.A.C.E.B.O.O.K
Mas Kahwin | Mak Oii..
Rogol | Murid seusia 12 tahun ada teman lelaki?
Halau | Betul ke kerana perbezaan politik??
Dedikasi Khas Buat Sahabat di Tahrir...
Terkini | Tahrir kembali Bersuara!
Apakah Nasib Pelajar INi???!!!
Logo Rasmi | Amacam???
Tafsir | سورة الفيل [Gajah]
[Gambar] : Ku Lihat hijau
KpOP tetap Haram sekalipun ditaja!
Diari Peribadi Tidak Lagi Rahsia...
~ Bidadari ~
Akta Keterangan : Zalimnya....
-
▼
June
(75)