Sekitar Keputusan perbicaraan Tragedi Berdarah Batu Buruk. tangisan kegembiraan para ibu-ibu dan sanak saudara dgn keputusan hakim membebaskan sahabat kite Muhammad Azman, suwandi
Para keluarga yg tak jemu menunggu tadi
KUALA
TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan
melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada
8 September 2007, lima tahun lalu.
Kedua-dua
tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas
dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya
mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.
Selain
Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta
Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut
dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan
perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan
takbir para hadirin.
"Hari
ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani
yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan
setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.
"Mahkamah
juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh
di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan
keputusan tersebut.
Sebelum
ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8
September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn,
Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi
undang-undang.
Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.
Mereka
berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu
dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.
Harakahdaily
difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan
(FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih
mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.
Ketua
Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman
seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.
Hadir
sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali,
Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah,
Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50
orang ahli keluarga dan orang ramai.-Hd
Dari Harakahdaily sep 2007
KUALA
TERENGGANU, 9 Sept (Hrkh) - Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh
polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang
ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.
Dua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.
Kecederaan
berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas
telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.
Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.
Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.
Pertempuran
berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis
ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.
Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.
Di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini
Kami Bebas dari mainan jahat kebatilan
Kronologi Terawal
Berikut dipaparkan kronologi paling awal ditulis tentang Insiden Batu Buruk;
08/09 1200
Petugas ceramah dirikan pentas
08/09 1700
Polis arahkan rombak pentas
08/09 1700
Polis minta kad pengenalan petugas
08/09 2000
FRU masuk dan mula arahkan bersurai
08/09 2130
Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.
08/09 2140
Dato’ Mustaffa Ali dan penceramah lain tiba berhampiran Warong Pak Maidin
08/09 2140
Keselamatan alih kon halangan jalan ke tapak ceramah di simpang Warong Pak Maidin
08/09 2140
Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju.
08/09 2140
Salah
seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas
keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan.
08/09 2140
Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit
08/09 2200
Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.
08/09 2230
FRU
mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO
dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas
didirikan.Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan
ke Masjid Batu Buruk.
08/09 2230
Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi.
08/09 2400
Salah
seorang Polis preman menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai,
disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut
dikejar lalu polis keluarkan pistol dan menembak ke dada Suwandi Abd
Ghani menyebabkan kecedaraan parah. Seorang lagi terkena percikan
daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Keduanya dikejarkan
ke hospital.
09/09 0110
FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata.
09/09 0110
Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.
09/09 0130
FRU dan polis berundur sepenuhnya.
09/09 0130
Kerosakan
harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar
Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2
jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali.
09/09 0130
Orang
ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk
dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi,
baru bersurai.
Tetapi hari ini perbicaraa kesnya telah berakhir sebentar tadi dengan tertuduh dibebaskan
 |
Sahabat2 seperjuangan bersujud syukur atas kemenangan yang diberikan oleh Allah...alhamdulillah,indahnya Islam..:) |
Ingatlah kawan2...Al-Haq,Huwalhaq!..yang benar tetap benar dan akan menang pada akhirnya...alhamdulillah!
sumber : harakahdaily,jkkkfanclub,fb