- Back to Home »
- Berita , Politik Tanah Air , YEKE NI? »
- Halau | Betul ke kerana perbezaan politik??
Posted by : Yu. Syamz
Jun 3, 2012
![]() |
INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok semalam. |
BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Esah Ya (gambar kecil), 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.
Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.
“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.
“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.
Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.
Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.
Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.
* Sumber myMetro
_____________________________
Ulasan Permata :
Cerita ini hanya datang dari sebelah pihak,kita tidak tahu cerita sebelah pihak lagi...Mak Cik Esah Ya pun hanya mendakwa sahaja alasan mereka dihalau kerana berbeza fahaman politik?
Kita perlu meneliti cerita kedua belah pihak kalau kita mahu memutuskan dengan lebih adil pihak mana yang bersalah..hem..
Allah Subhanahu Wata3ala dalam surah al-Hujurat ; ayat :6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Ayat di atas menyuruh kita untuk meneliti dan mengkaji(tabayyun) cerita ataupun permasalahan yang timbul..
Oleh itu,hindari sikap prasangka dan kalau ada yang mengetahui kisah sebenar,boleh kongsi dan ceritakan perkara sebenar yang berlaku agar kita tidak membuat fitnah dan berburuk sangka dengan apa yang berlaku..
Saya berharap ada kisah lain di sebalik mereka dihalau dari rumah mereka itu..
Wallahua'lam...
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2012
(277)
-
▼
June
(75)
Oh My English!
Selamat tinggal intense debate
Testing..xpayah datanglaa...
Untuk Apa Follower Ramai?
Nasihat Ulama' #01
BILA ANAK MANDIKAN KEYBOARD
Segmen : Jom Tambah Followers Blog by Mizz Wenn
Bloglist Julai Pecinta Pink
Manfaatkan Masa Cuti dengan Komitmen
Big Boh Masuk Astro
Buku Apakah Yg Di pegang Oleh Barrack Obama
Kemenanganmu satu Tanggungjawab Besar
Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir Yang SAH!!!
Tips | Husnu Zhon
Aplikasikan dalam diri...Terima Kasih Kawan
Tunduk Pandangan
4 wanita ISLAM dicekup
Kita Kisah Jika....,Tapi Kita Tak kisah Jika...
Cukuplah 'van' itu menjadi Peringatan...
Takutnya menggenggam Segulung Ijazah
Bala Lagi Di Terengganu...
Panas! | Suka Sangat Ke Makan Duit Haram?
Hakikat Seorang Blogger
Kalau Nak Makan Durian Perlu Ada Alat nie..
19 Jun 2012 | Jutaan Berhimpun di Tahrir
Panas | Indonesia Mendakwa Malaysia Menciplak Tari...
Pengumuman Follower Bertuah!
Tips | Keselamatan Dalam Internet
Bagaimana Nak Komen Intense Debate?
Tips Hilangkan Stress
Syabas! | Kejohanan PAHAT Motocross H.Trg
Kini Abby Tahu....
Duhai Bloggers…Bagaimana untuk mengubah kalau anda...
Jalan Sempit Tapi Ramai Yg 'Galak' Utk Memotong
Seniorku Maut Dilanggar Kereta...T_T
[Al-Kisah Rumah Tangga Di Facebook]-Ingat Tuuu..
TOLONG!! | Bantu Cari Kenalan@Keluarga Jenazah
Bila Nak Kawen,Baru Kenal Masjid & Surau??
Hilangnya lagi sebutir permata - petanda kiamat se...
Mengundi dan Haji...Mana Lebih Perlu Diutamakan Me...
Bila EURO menyapa...
Edit Gambar&Fitnah Perangai Setan!
Makan Daging Manusia..eeee...seriau!
Segmen Bloglist Jun 2012 by Essya Lavigne
SEGMEN | JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara
Subhanallah! | Kebesaran Allah Di Sabah 12 Jun 2012
Pencarian Follower Bertuah!
Mesra Blogger : Segmen Tambah Follower dan Rakan B...
Pengantin Pil Kuda...
Darah Syria Masih Mengalir,Hidupku Terus Dilena Mimpi
Cikgu | Awas ni!
Bahana Hina Nabi | ditikam 15 kali!
Aku Pejuang Bukan Petualang!
Mengetahui Keberatan Blog
Betulkan Saf...
Autolike FB...ape fungsi dan kelebihan?
Bentang Menifesto dlm TV satu perkembangan Baik!
Tinggal Rokok,Dapat Kawen!!
Syria | Apa Dosa Budak Kecil Ini???
Anugerah Ilahi
Yang Benar Tetap Benar!
Disebalik Kalimah F.A.C.E.B.O.O.K
Mas Kahwin | Mak Oii..
Rogol | Murid seusia 12 tahun ada teman lelaki?
Halau | Betul ke kerana perbezaan politik??
Dedikasi Khas Buat Sahabat di Tahrir...
Terkini | Tahrir kembali Bersuara!
Apakah Nasib Pelajar INi???!!!
Logo Rasmi | Amacam???
Tafsir | سورة الفيل [Gajah]
[Gambar] : Ku Lihat hijau
KpOP tetap Haram sekalipun ditaja!
Diari Peribadi Tidak Lagi Rahsia...
~ Bidadari ~
Akta Keterangan : Zalimnya....
-
▼
June
(75)