Posted by : Yu. Syamz Jun 25, 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang telah membuktikan kekuasaanya pada hari semalam dengan kemenangan yang berpihak kepada rakyat Mesir,kemenangan Dr.Muhammad Mursi dari parti Hurriyyah Wal A'dalah(FJP). Kegembiraan rakyat Mesir tidak terhingga sehinggakan ketika jari ini sedang memetik punat2 huruf masih lagi terasa keriangan rakan-rakan Mesir meyambut kegembiraan mendapat presiden pertama selepas Thaurah(revolusi) 25 Januari..


Kemenangan rakyat Mesir memang selayaknya buat mereka,kerana kesungguhan dan pengorbanan yang telah mereka berikan untuk mengecap kejayaan ini.

Mereka sanggup bergadai nyawa untuk melawan kezaliman,mereka sanggup berpanas terik di dataran tahrir untuk menyuarakan ketidakpuashatian mereka..sehingga suhu yang boleh menggeleggakkan taik telinga otak,mereka masih mampu bersesak-sesak di dataran tahrir..hanya semata-mata mahukan keadilan..Namun,setelah kemenangan diumumkan,sujud dan syukur mereka hanya kepada Allah semata-mata..Alhamdulillah...

Rakyat Mesir Sujud Syukur di Medan Tahrir


"Bukan senang untuk senang dan bukannya susah untuk susah..."



Ucapan sulung Dr.Muhammad Mursi selaku Presiden Mesir semalam(boleh tonton sini), memperlihatkan kepada kita bahawa sinaran cahaya Islam kian menyinsing terang...seorang presiden yang Menghafaz Al-Quran,merupakan presiden kedua negara yang menghafaz Al-Quran selepas Ismail Haniyeh. Semoga Allah memelihara Mesir dan D.Muhammad Mursi dalam menakhoda bahtera Mesir...insyaAllah.



Memandu sebuah negara yang sudah lama dengan sistem diktator,sistem pentadbiran yang bobrok,tentunya merupakan suatu yang amat sukar dan mustahil dalam sekelip masa mampu untuk mengubah sepenuhnya,begitulah beratnya tugas dan tanggungjawab yang terpikul ke atas negara Mesir ketika ini,namun,kamu Dr.Muhammad Mursi,telah dilantik oleh rakyat dan insyaAllah,rakyat akan membantu kamu dalam membangunkan Mesir.


[gambar] Satu keajaiban Allah,bertepatan tarikh semalam,dalam kalendar Mesir..tercatat ayat dalam surah ghaafir yang termaktub "bagi siapa penguasaan hari ini?(maksud)",maka terjawablah bahawa penguasaan hari ini(24 Jun 2012) adalah kepada Islam dan rakyat Mesir...Subhanallah...

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -