Bismillahirrahmanirrahim..
"Ya Allah,Sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan dan bantulah serta kuatkanlah saudara-saudara kami di bumi Syria,Palestin dan seluruh Tanah Islam...aamin"
Kenapa anda perlukan follower ramai??
 |
Perghh...ramai siot! |
Dalam dunia blogger,sememangnya kita mahukan blog kita dijejaki dan dibaca oleh ramai orang. Lagi-lagi orang yang menggunakan medium blog ini untuk
menjana pendapatan.semakin ramai yang datang,semakin banyaklah dapat income..kan2..(^_^)y ?
Bagi pendapat saya sebagai budak baru belajar ni,kita seharusnya mempunyai ramai follower sebab :-
1- Sebagai Medan Untuk Kita Berdakwah
Mempunyai follower yang ramai memudahkan kita untuk memberikan sebarang nasihat,teguran,dan perkongsian agama kepada mereka,kerana setiap kali kita post sesuatu entry,orang yang menjadi follower kita secara tidak langsung akan timbul update di dalam dashboard diorang..bila begitu,senanglah misi kita tercapai.
2- Untuk Meraih Kepercayaan Daripada Orang Ramai
Dalam dunia blog ni,untuk mendapatkan kepercayaan orang mungkin sesuatu yang sukar kerana,dunia maya ini lebih terdedah kepada risiko penipuan dan sebagainya.Bila dah dapat follower ramai,maka orang yang baru singgah ke situ akan tahu si penulis blog itu mendapat kepercayaan daripada orang ramai dan sekaligus meraih kepercayaannya terhadap si penulis blog itu.
3- Berkongsi Idea dan Pendapat
Blog adalah sesuatu yang digunakan untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat,tidak kiralah nasihat agama,pengalaman hidup sebagai pedoman kepada yang lain dan sebagainya,dengan adanya follower yang ramai,
(beriban2 kate seseorang ),sudah pasti apa yang kita sampaikan dapat diambil pengajaran dan boleh berkongsi idea dengan sahabat2 blogger.
Dan macam-macam lagilah kalau follower dah ramai...ade orang minat publisiti dan populariti,namun waalid tidak melihat ianya sebagai sesuatu yang utama follower ramai. sebab itulah,waalid suka blogwalking dan folo seramai mungkin sahabat2 di dunia blogger ini,walaupun blog yang waalid follow itu tidak follow balik blog waalid..hu hu hu...waalid
tak kisahhhhhh...
(T_T),hehe...
Cuma satu je yang waalid harapkan,agar segala yang waalid tulis dalam ni mampu menjadi satu saham atau tiket buat waalid berjumpa dengan Sang Pencipta di akhirat kelak.
note : kalau follower ramai,posting kita sesuatu maksiat a.k.a DOSA..hah!,korang kiralah dosa yang sudah korang lebar luaskan..nauzubillah!
setuju sangat dengan walid...
ReplyDeleteTerima Kasih Prince...^_^
Deletesy stuju dgn yg no 1 & 3, slain tmbh rmai kwn ( bila rmi follower) tp mtlmt utama sbnrnya nak kongsi crite, idea & pgalaman, jd lau xde follower, xde yg bca pulak...hihi
ReplyDeletehehe..betul tu...tp ade je silent reader yang akan baca blog kiter..satu hari nanti mungkin..^_^
DeleteBetul tu.. Nk kena cari follower lagi la macam ni..
ReplyDeletehehe..cari jangan tak cari..yang penting niat tu kne betul..siiru 3ala barokatillah..=)
Deletesetuju sangat . tapi ade yang prinsip readers lagi penting :)
ReplyDeletetapi lagi penting ke dua dua nye seimbang :)
mun datang sini :) http://www.munviolettaxious.com/2012/06/ubat-penyakit-marah.html
hem..betul jugak tu,kne seimbangkan..follower ni sampingan je..terima kasih atas idea dn pendapat..
DeleteNak follower ramai sbbnya nk ada mad'u kita sendiri..blogger dakwah kena usaha utk kalahkan blog2 yang mengarut, blog hiburan dll yg punyai ramai folowers....so kita kena usaha lebih lagi: Entry Terbaru Teori Evolusi Cinta:
ReplyDeleteyup..tapi awk dh ramai follower..teruskan berdakwah ye..Allah Ma3aak!
Deletehihi..lw sy...follower xramai pown xpe..
ReplyDeleteasalkan ad readers yg sudi bacer entry2 kter..
law follower vberibu riban
tapi juz folo smate2 pown xbes ugak an
hihi
truskan brtinta d jln dakwah ^^
yup..pembaca setia lebih utama dan bermanfaat kepada kita,kerana mereka berterusan membaca blog kita..
DeleteinsyaAllah,doakan semua thabat membawa Dakwah Islamiyyah...aaamin