Archive for June 2012

Oh My English!

Kita rasa malu jika anak-anak tak pandai English...natijahnya lahirlah OH MY ENGLISH di kaca TV..mcmana pula dengan OH MY TAJWID! Adakkah kita rasa malu jika anak-anak takk pandai baca Quran?-Imam Muda Hassan

 Bismillahirrahmanirrahim....


YA ALLAH,LAPANGKANLAH KESEMPITAN YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT SYRIA,PALESTIN,IRAQ DAN LAIN-LAIN,DENGAN KEKUASAANMU HANCURKANLAH MUSUH-MUSUH ISLAM...AAMIN YA ROBBAL 3ALAMIN...

Realiti kita hari ini,lebih  mengutamakan yang kurang penting dari yang sangat penting..pendek kata,tidak tahu mana aulawiyat(keutamaan) dalam sesuatu perkara. Tapi saya yakin,kawan2 blogger saya tidak macam ni kan?hehe...insyaAllah..

Kalau ada yang tersilap dalam mendidik anak,kalau anak masih kecil..masih sempat untuk kita membetulkan kesilapan kita agar suatu hari nanti kita tidak menyesal..sebab?

Bila kita meninggal,yang mengikut kita ke dalam kubur hanyalah 3 benda :

  1. Ilmu yang bermanfaat
  2. sedekah 
  3. DOA anak yang soleh.

Kalau anak kita tidak mampu menyedekahkan al-fatihah kepada kita bila kita mati = Ruginya kitaa

Kalau anak tidak mampu baca Yaasin tatkala pemergian kita = kasihannya kita

Kalau anak lelaki kita biarkan orang lain mengimami solat jenazah kita = Oh,malangnya kita..

Oleh itu,anak kita perlu kita bajai dan semaikan dengan ilmu sehabis baik agar ianya menjadi 'pokok' yang berguna kepada kita suatu hari nanti..


~Selamat Beramal~

Selamat tinggal intense debate

Bismillahirrahmanirrahim...

Entry pendek untuk hari ini sebagai makluman kepada kawan2 semua,waalid dah uninstall aplikasi komentar intense debate,bukannya aplikasi tu tak best,waalid jd xbest bila kadang2 intense debate tu x keluar dan kawan2 kne komen scra biasa(blogger),jadi..mulai hari ini waalid gunakan sistem komentar seperti biasa yang digunakan oleh blog sahabat2..hehe...


Setelah godek - mengodek, rasa agak puas hatilah dengan apa yang ada sekarang,blog pun semakin ringan,insyaAllah xde masalah lain timbul lps ni..

Waalid nak mintak maaf kepada sahabat2 yang komen guna intense debate sblm ni,komen kalian tidak wujud lagi di entry2 waalid..hhuhu...T_T...

takpe..nanti kalian komen lagi banyak2 okay!

sekian..wassalam..

Testing..xpayah datanglaa...

Bismillahirrahmanirrahim....

kan dah cakap jangan datang..kenapa datang jugak..saya nak test thread comment je ni..baru ejas balik..blog pun makin ringan tau..hihi...test..test...ujicoba...;P

sape suh datang..kan dah menyesal...=P

Untuk Apa Follower Ramai?

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah,Sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan dan bantulah serta kuatkanlah saudara-saudara kami di bumi Syria,Palestin dan seluruh Tanah Islam...aamin"


Kenapa anda perlukan follower ramai??

Perghh...ramai siot!

Dalam dunia blogger,sememangnya kita mahukan blog kita dijejaki dan dibaca oleh ramai orang. Lagi-lagi orang yang menggunakan medium blog ini untuk menjana pendapatan.semakin ramai yang datang,semakin banyaklah dapat income..kan2..(^_^)y ?

Bagi pendapat saya sebagai budak baru belajar ni,kita seharusnya mempunyai ramai follower sebab :-

1- Sebagai Medan Untuk Kita Berdakwah
Mempunyai follower yang ramai memudahkan kita untuk memberikan sebarang nasihat,teguran,dan perkongsian agama kepada mereka,kerana setiap kali kita post sesuatu entry,orang yang menjadi follower kita secara tidak langsung akan timbul update di dalam dashboard diorang..bila begitu,senanglah misi kita tercapai.



2- Untuk Meraih Kepercayaan Daripada Orang Ramai
Dalam dunia blog ni,untuk mendapatkan kepercayaan orang mungkin sesuatu yang sukar kerana,dunia maya ini lebih terdedah kepada risiko penipuan dan sebagainya.Bila dah dapat follower ramai,maka orang yang baru singgah ke situ akan tahu si penulis blog itu mendapat kepercayaan daripada orang ramai dan sekaligus meraih kepercayaannya terhadap si penulis blog itu. 

3-  Berkongsi Idea dan Pendapat
Blog adalah sesuatu yang digunakan untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat,tidak kiralah nasihat agama,pengalaman hidup sebagai pedoman kepada yang lain dan sebagainya,dengan adanya follower yang ramai,(beriban2 kate seseorang ),sudah pasti apa yang kita sampaikan dapat diambil pengajaran dan boleh berkongsi idea dengan sahabat2 blogger.

Dan macam-macam lagilah kalau follower dah ramai...ade orang minat publisiti dan populariti,namun waalid tidak melihat ianya sebagai sesuatu yang utama follower ramai. sebab itulah,waalid suka blogwalking dan folo seramai mungkin sahabat2 di dunia blogger ini,walaupun blog yang waalid follow itu tidak follow balik blog waalid..hu hu hu...waalid tak kisahhhhhh...(T_T),hehe...

Cuma satu je yang waalid harapkan,agar segala yang waalid tulis dalam ni mampu menjadi satu saham atau tiket buat waalid berjumpa dengan Sang Pencipta di akhirat kelak.

note : kalau follower ramai,posting kita sesuatu maksiat a.k.a DOSA..hah!,korang kiralah dosa yang sudah korang lebar luaskan..nauzubillah!

Nasihat Ulama' #01

 Cinta kepada Allah bagi ahli rohani adalah bekalan takwa. Bertambahnya cinta kepada Allah bermakna bertambah dekat mereka kepadaNya. Apabila lemahnya cinta, maka lemahnya hubungan mereka denganNya. Maka tambahkanlah cintamu kepada Allah & janganlah kamu lemahkannya.

Firman Allah: "Dan orang-orang yg beriman itu tersangat kuat cinta mereka kepada Allah." [Surah al-Baqarah, ayat 165]

Dan sebagaimana sabda sebaik-baik Rasul SAW: "Aku memohon kepadaMu cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, & amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu". [Riwayat Tirmizi, Hakim, Tabrani & Baihaqi]

BILA ANAK MANDIKAN KEYBOARD


Namun begitu,sblm beli keyboard baru,berusaha jugak tuk update blog ni...huhu,taip sbijik2 mcm gune mesin taip zaman purbakala daaa...huhu..

cukuplah..kan ade plak n3 pc kne telan plak kan..huhu..

Sabarlah dgn kerenah anak....huhu..

Aisya kate ;''peace!!"
huhu.....

Segmen : Jom Tambah Followers Blog by Mizz Wenn


Waalid nak join segmen sebab nak tambah ramai kenalan...bukan ape2..hehe,so,walid join segmen mizz wenn ni ..

kalau ada sahabat2 nak join jugak,boleh klik banner di atas dan akan terus ke blog cik wenn tu...

tarikh tutup : 2 julai 2012..lambat lagi tu...okeh..sudah selesai tugasan..tunggu lawatan dari sahabat2 pulak...hehe

Manfaatkan Masa Cuti dengan Komitmen

Bismillahirrahmanirrahim...

Cuti sekolah utk adik2 di Mesir ni dah bermula,cuma ada secebis je lagi yang belum habis periksa...rata-ratanya dah selesai berperang..dan semestinya sudah merancang apa yang harus dilakukan ketika cuti musim panas ini.

Ada yang sudah pulang ke tanah air,yang merancang untuk pulang dan sebagainya. Dari sudut persatuan juga tidak ketinggalan untuk merencana program-program terbaek untuk ahli-ahlinya yang mengekalkan kedudukan mereka di Bumi Barokah ini(xbalikla tu..waaa...T_T).

Iklan-iklan sudah tersedia,tidak banyak program yang direncana,tapi cukup meriah jika mendapat sambutan,maklumlah..Ramadhan dah hampir..seharusnya mengambil peluang untuk bersedia menghadapi Ramadhan nanti,kalau rancang banyak...tapi tidak berkualiti,xkemana jugak..baik sikit tapi berkualiti.

Sebagai makluman dan iklan untuk adik2 Terengganu yang berada di Bumi Mesir ini..beberapa program yang kalian boleh join antaranya :

VECTOR '12 | Rabu | 4 Julai 2012 | Dewan Darul Iman | Terhad kepada 20 peserta sahaja | Yuran : LE15 | Pengisian menarik menanti anda!!!

“Multimedia In Dakwah”
“Teknologi Digapai, Islam Disemai”

Anjuran : Biro Informasi & Penerbitan KPT Mesir sesi 2011/2012

***

Jaulah 'Ain Sukhnah '12 | Tarikh : 7 Julai 2012 | Yuran : LE30 | Terbuka kepada semua ahli KPT Mesir (Ikhwah sahaja) | Pelbagai aktiviti menarik menanti anda...

Sebarang & maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Muhammad Aliff Bin Yusoff [0111-9768849]

Anjuran : BKKS (Unit Sambutan & Rehlah) KPT Mesir sesi 2011/2012


***

Dan untuk Akhawat(wanita) pula...boleh jalan2 disekitar kaherah dengan menyertai :

Jaulah Sekitar Kaherah | Tarikh : 30 Jun 2012 (Sabtu) | Antara tempat-tempat menarik : Kubu Salahuddin, Muzium Kesenian Islam & Masjid Ibn Tulun | Yuran : LE85 (Termasuk kos pengangkutan & bayaran masuk tempat) | Tarikh tutup penyertaan : 25 Jun 2012 |

Kepada yang berminat, bolehlah membuat pendaftaran melalui Saudari Musfirah Binti Anuar [0111 7187451]

Anjuran : Unit Sambutan & Rehlah HEWI KPT Mesir sesi 2011/2012

***

Persatuan cuba laksanakan yang terbaik,dan kita sebagai ahli,sewajibnya memberikan komitmen kepada persatuan yang kita sayang,kalu bukan kita siapa lagi kerana Persatuan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) Mesir adalah milik kita semua...

"We Are Siblings We Are Family..."

Siiru 3ala Barokatillah...

Big Boh Masuk Astro


Ikutilah Kuliah Ustaz Azhar Idrus,mulai julai ini di siaran astro oasis...seorang da'ie yang mempunyai daya tarikannya sendiri hingga mampu membawa anak-anak muda kenal dengan agama..

semoga Allah memanjangkan umur ustaz serta dipermudahkan segala pekerjaan..aamin

Buku Apakah Yg Di pegang Oleh Barrack Obama

Buku Apakah Yg Di pegang Oleh Barrack Obama (Presiden Amerika)??

Di saat Obama turun dari kapal terbang, juru gambar sempat memfokuskan lens nya ke arah buku yg di pegang Oleh Obama , Buku tersbut bertajuk (The Post- American World) yg di karang Oleh seorang Muslim bernama Farid Rafiq Zakaria ,berasal dari India dan berkerja sbgai Wartawan Di News week International...

Buku Ini membincangkan tentang " Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat " yg mana di saat itu Satu Kuasa Lain di TIMUR TENGAH mmpu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel . Negera2 Islam tersbut Bakal Meranapkan segala Usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika syarikat ke ats negara2 Islam setelah saki baki Pro- amerika Syarikat d negara2 Islam di kalahkan....Yang Menariknya Buku Ini di terbitkan Pd Tahun 2008 ...sebelum REVOLUSI timur Tengah berlaku...
dan Nmpaknya Obama sangat mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat...

Berdasarkan keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang di Menangi Oleh Calon Pilihan Rakyat....Dr Mohammad Mursi (Ikhwan) tugasnya bukan sekadar merubah segala Sistem Peninggalan Kerajaan terdahulu Bahkan Beliau Bakal merubah Kuasa Dunia ke Tangan Umat Islam...Nasib Umat Islam Di Seluruh negara bergantung pd bahu beliau dan Pemimpin2 Islam Di Tanah Arab...Moga Apa yg Di analisiskan Oleh Penulis Tersebut Menjadi Realiti dan kenyaataan,InsyaAllah...
 
Sumber:kawan FB

Kemenanganmu satu Tanggungjawab Besar

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang telah membuktikan kekuasaanya pada hari semalam dengan kemenangan yang berpihak kepada rakyat Mesir,kemenangan Dr.Muhammad Mursi dari parti Hurriyyah Wal A'dalah(FJP). Kegembiraan rakyat Mesir tidak terhingga sehinggakan ketika jari ini sedang memetik punat2 huruf masih lagi terasa keriangan rakan-rakan Mesir meyambut kegembiraan mendapat presiden pertama selepas Thaurah(revolusi) 25 Januari..


Kemenangan rakyat Mesir memang selayaknya buat mereka,kerana kesungguhan dan pengorbanan yang telah mereka berikan untuk mengecap kejayaan ini.

Mereka sanggup bergadai nyawa untuk melawan kezaliman,mereka sanggup berpanas terik di dataran tahrir untuk menyuarakan ketidakpuashatian mereka..sehingga suhu yang boleh menggeleggakkan taik telinga otak,mereka masih mampu bersesak-sesak di dataran tahrir..hanya semata-mata mahukan keadilan..Namun,setelah kemenangan diumumkan,sujud dan syukur mereka hanya kepada Allah semata-mata..Alhamdulillah...

Rakyat Mesir Sujud Syukur di Medan Tahrir


"Bukan senang untuk senang dan bukannya susah untuk susah..."



Ucapan sulung Dr.Muhammad Mursi selaku Presiden Mesir semalam(boleh tonton sini), memperlihatkan kepada kita bahawa sinaran cahaya Islam kian menyinsing terang...seorang presiden yang Menghafaz Al-Quran,merupakan presiden kedua negara yang menghafaz Al-Quran selepas Ismail Haniyeh. Semoga Allah memelihara Mesir dan D.Muhammad Mursi dalam menakhoda bahtera Mesir...insyaAllah.



Memandu sebuah negara yang sudah lama dengan sistem diktator,sistem pentadbiran yang bobrok,tentunya merupakan suatu yang amat sukar dan mustahil dalam sekelip masa mampu untuk mengubah sepenuhnya,begitulah beratnya tugas dan tanggungjawab yang terpikul ke atas negara Mesir ketika ini,namun,kamu Dr.Muhammad Mursi,telah dilantik oleh rakyat dan insyaAllah,rakyat akan membantu kamu dalam membangunkan Mesir.


[gambar] Satu keajaiban Allah,bertepatan tarikh semalam,dalam kalendar Mesir..tercatat ayat dalam surah ghaafir yang termaktub "bagi siapa penguasaan hari ini?(maksud)",maka terjawablah bahawa penguasaan hari ini(24 Jun 2012) adalah kepada Islam dan rakyat Mesir...Subhanallah...

Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir Yang SAH!!!

Alhamdulillah,keputusan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Mesir akhirnya diumumkan pada hari ini(24 Jun 2012) tepat jam 4.30 petang..dan akhirnya kemenangan berpihak kepada calon Dr.Muhammad Mursi dari parti FJP(Ikhwanul Muslimin)...

 Farouq Sultan ,pengerusi SPR Mesir sedang membaca teks pengumuman...lame dia ceramah ni..huhu


Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.
Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Kegembiraan rakyat Mesir setelah diumumkan keputusan tadi...Allahuakbar!






Tiada kata yang mampu diucapkan,hanya laungan takbir dan sujud syukur....sesungguhnya bumi palestin semakin bercahaya sinarnya..semoga pimpinan Dr.Muhammad Mursi dar partinya dapat memakmurkan ummuddunya,Mesir ini serta melimpahkan keadilannya kepada seluruh negara Arab,insyaAllah....


Takbirx3

jom layan lagu sempena kemenangan mursi...hehe...









TAHNIAH DR.MUHAMMAD MURSI

Siiru 3ala Barokatillah...

Tips | Husnu Zhon

Sekadar Hiasan
Tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk sentiasa husnu zhon(bersangka baik) sesama insan:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”




Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Bersangka baik dan berlapang dada itu selemah2 ukhuwah. Tahap ukhuwah paling tinggi adalah itsar, iaitu mendahulukn dan mengutamakn kepentingan dan keperluan orang lain dari diri sendiri, sedang diri sendiri juga dalam keadaan yg sgt2 memerlukan..

sumber : akhi afzan wahab(FB)

Aplikasikan dalam diri...Terima Kasih Kawan

Bismillahirrahmanirrahim,

Pertamanya dan selamanya syukur dan terima kasih buat Tuhan sekalian alam,yang masih lagi memberikan nafas dan nikmat2 yang besar dan banyak kepada kita semua..

Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman dalam surah As-Soff ayat 2-3 :

يَا أَيُّهَا الَذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ * كَبُرَ مَقْتاً عِندَاللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

Sebelum ini,saya ada membuat artikel berkenaan iklan2 di dalam web,rujuk (sini), setelah beberapa hari memantau iklan yang saya pasang di dalam blog ini,akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuang iklan nuffnang dari blog saya. Agar tindakan saya bertepatanlah dengan firman Allah yang saya sebutkan di atas yang bermaksud :

"wahai orang2 yang beriman,kenapa kamu bercakap dengan apa yang kamu tidak kerjakan(2). Sesungguhnya amat besarlah dosanya bagi mereka yang bercakap apa yang mereka tidak lakukan(3)"


Saya juga berterima kasih kepada seorang hamba Allah yang menegur kerana saya turut mengiklankan apa yang saya tegur dalam blog saya,terima kasih..memang kesilapan saya dan saya memohon ampun dari Allah. Dan untuk pengetahuan semua,saya tidak pernah lagi mengambil upah a.k.a duit dari nuffnang tu..huhu(duit xde pun)

Saya berharap,kesilapan saya selama ini dimaafkan dan diampunkan Allah...Saya sudah setting sebaik mungkin utk iklan nuffnang tu,tp ada jugak yang tidak elok keluar,contohnya gambar wanita yang memakai kain tuala dsb...Astaghfirullah...apepun,semoga kita semua terhindar dari dosa samada kita sedar atau tidak..

wallahua'lam..

selamat beramal..^_^

Tunduk Pandangan

kredit : rakan fb
 


Firman Allah Taala yang berbunyi :

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
 
Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(An-Nuur : 30)

 

4 wanita ISLAM dicekup

24 Jun 2012

KUALA LUMPUR - Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi.

Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana  kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.

Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.

"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.

Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.

"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.

Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI  dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.

Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.

"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita  selepas serbuan itu.

Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.- Bernama[SH]

***

ULASAN :

Biarpun susah dalam kehidupan,janganlah menggadai prinsip agama dan maruah diri untuk meraih rezeki yang Allah telah tetapkan bagi setiap anak adam,hanya perlu usaha yang sedikit untuk meraih rezeki itu....

menjual tisu lebih mulia dari menari di kelab malam....

Kita Kisah Jika....,Tapi Kita Tak kisah Jika...

Kalau kita keluar rumah,kita akan tidak senang duduk,gelisah dan tidak tenteram...

kalau yang ada hp canggih,ipad dsb..keluarnya mereka seperti tidak keluar..mata hanya tertumpu kepada ipad@hp yang ditangannya...samada membalas mesej atau meng'like' status atau juga mengupdate status...

semua nak update..huhu





Yang menjadi Bloggers,begitu juga...hari-hari duk fikir idea untuk update blog agar pelawat selalu ramai,trafik meningkat,follower beribu2..

Hingga terkadang melepaskan tanggungjawab yang wajib dilunaskan..tidak kiralah,tangungjawab sebagai seorang ketua keluarga ke,sebagai seorang anak ke,sebagai seorang isteri ke...dan lain2..

Apa yang selalu bermain di minda ialah,eh..nanti nak update ape,nak blogwalking kat mana pula..dsb..



 Tidak kurang jugak yang punya acc twitter...seperti biasalah..tweet sana,tweet sini..

status masuk tandas,buang air besar a.k.a berak pun ditulisnye..apekebendalah tu...ish...buat loya orang membaca je..










Tetapi....alangkah sedihnya kita...
Selalu duk fokus kepada benda2 alah di atas..hingga kita lupa..apa yang wajib kita update hari-hari ialah....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Al-Quran...

Ya...Al-Quran..kalau sehari tak baca Quran,rasanya kita tidak apa-apa kan???..kalau langsung tidak ingat Quran,lagilah dahsyat....Allahurobbi..


Updatelah iman kita setiap hari agar hidup kita diberkati Allah...


Betapa jauhnya kita dari agama Islam yang kita muliakan...


[muhasbah meningkat ketaqwaan]
~selamat beramal~

Cukuplah 'van' itu menjadi Peringatan...

Cukuplah Van ini menjadi peringatan kepada kita bahawa semakin hari semakin dekat dan hampir kita kepada....
 

 
 
 
 
MATI....
 
 
 
 
Oleh itu........
 
 
 
 
Persiapkanlah bekal dan ole2 untuk bertemu ILAHI...



Sudahkan anda bersedia?????

Takutnya menggenggam Segulung Ijazah

Segulung ijazah...

em...benar,ramai yang berbangga dan bersuka hati apabila selesainya tahun akhir di sesuatu institusi pengajian tinggi,lantaran bergelar seorang graduan dan memegang segulung ijazah, terkadang terbitnya rasa bangga kerana berjaya dalam pelajaran.

Sememangnya tidak dinafikan,segulung ijazah merupakan salah satu hadiah yang istimewa buat orang tua yang tersayang,yang bertungkus lumus dan berhempas pulas mencari dana(rezeki) bagi menampung kos pembelajaran anak-anak kesayangan mereka.

Alhamdulillah,semua itu satu kebajikan daripada seorang yang bergelar anak terhadap kedua ibubapa mereka.

Namun bagi saya,memegang segulung ijazah merupakan satu amanah yang sangat berat dan cukup membimbangkan diri ini,lagi-lagi ijazah yang diperolehi dari satu jurusan yang mencengkam diri dengan tanggungjawab terhadap Agama Islam.

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam,Fakulti Syariah Dan Undang-undang,Jabatan Syariah Islamiyyah...Satu ijazah yang sangat besar peranannya.Tambahan pula,ijazah itu dikeluarkan oleh universiti tertua di dunia,Universiti Al-Azhar Asy-Syariif...

Bimbang...bimbang...bimbang...

Bimbang...kalau-kalau ijazah itu memakan diri yang masih cetek ilmunya...

Bimbang...kalau-kalau ijazah itu menimbulkan riak dan ujub dalam empunya diri...

Bimbang...sekiranya ilmu yang ada tidak digunakan untuk berbakti kepada masyarakat...

dan banyak benda lagi yang dibimbangi oleh diri ini....

"Kenapa bimbang semua itu?dapat guna untuk dapatkan kerja,sara hidup..cukuplah..."

Kerana bimbang,ijazah yang dikatakan sebagai Wasilah,tidak mampu kutunaikan sebaik mungkin...Masyarakatku masih leka di luar sana,masyarakatku masih lalai di luar sana,ummat Nabi Muhammad ramai yang masih jauh dari ajaran Islam...kerana itulah,ijazah yang diperolehi sebagai wasilah dakwah kepada masyarakat...

Itulah sebenarnya kebimbangan yang bersarang..bimbang apa yang diperolehi tidak menjadi wasilah untuk mengislahkan masyarakat dari kelekaan dunia yang sementara...

Ya Allah,kuatkan kami para da'ie dalam mendokong agamaMu yang mulia...Aamin...



*p/s: mf tulisan yang berserabut...tolong doakan saya ya sahabat2...

Bala Lagi Di Terengganu...

BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.

Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa warga Bangladesh dikenali sebagai Zilo, 40, yang tertimbus dalam runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Padang Astaka, Kampung Raja di Besut,

Lepas satu,satu kejadian runtuh di negeri kesayanganku..apakah petandanya?hehe..
adakah petanda kerajaan sekarang akan turut serta 'runtuh'?

hu hu hu...

Semoga semua yang tertimbus selamat..aamin.

Panas! | Suka Sangat Ke Makan Duit Haram?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebulan lagi nak berpuasa,masing-masing dah bersedia ke?mudah-mudahan kita semua dapat merasai bulan ramadhan kali ini,insyaAllah..

Untuk kali ini,saya ingin mengutarakan satu permasalahan dan nasihat buat para blogger sekalian satu isu yang sentiasa berlegar di sekeliling kita,soal halal dan haram bagi kita para blogger beragama Islam,samada kita sedar atau tidak,mungkin kita sudah terlanjur dan membuat kesalahan ini.

PENGIKLANAN

Tidak dinafikan,setiap blogger,termasuk saya sendiri memasang iklan sebagai cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan disamping menjadikan blog@web sebagai tempat untuk berkongsi maklumat, nasihat,kisah-kisah peribadi dan sebagainya. Ini tidaklah menjadi kesalahan kerana duit itu dibayar kerana usaha kita membantu mengiklankan sesuatu barangan@produk di blog@web kita,mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Kaedah syarak' yang bermaksud " asal pada sesuatu benda adalah harus"

Jadi,pengiklanan di laman web@blog adalah HARUS pada asalnya.

KESILAPAN

Namun,beberapa kesilapan dan kecuaian kita mungkin menjadi satu bala dan musibah bagi kita,apa tidaknya..duit yang kita dapat boleh jadi HARAM bagi kita,apatah lagi duit yang kita dapat, kita bagi anak dan isteri kita makan. lantas menjadi darah daging keluarga kita,maka dengan sebab itulah anak-anak boleh menjadi degil,nakal dan sebagainya,hasil dari makan dari benda yang TIDAK HALAL


SEBAB JADI HARAM

Banyak sebab yang boleh menyebabkan duit hasil pengiklanan itu menjadi haram,antara yang boleh saya sebutkan di sini ialah :

1) Mengiklankan Sesuatu Yang Haram

Sebagai contoh,dalam 'setting' nuffnang,misalnya..ada aturan untuk kita pilih iklan yang akan keluar di blog kita...termasuklah iklan arak,dan lain2 perkara maksiat dan haram. Sekiranya kita tidak setting betul-betul,iklan yang keluar berkenaan arak @ seumpamanya,bila orang klik dan masuk duit kepada kita,maka jadilah duit itu syubhah iaitu bercampur antara halal dan haram. Dan kebiasaan yang syubhah adalah haram,sila jauhi.


2) Memaksa/Menipu Pelawat Untuk Menekan Iklan

Banyak yang berlaku,seseorang menipu dan memaksa pelawat blognya untuk menekan iklan seperti :
a- penggunaan kata2 yang menarik perhatian,
b- meletakkan gambar 'panas' tetapi linknya ke arah iklan
c- meninggalkan link iklan di shoutbox dll(ingatkan link web dia..rupanya iklan..huhu)
d- sampai mesej kpd rakan2 semata2 untuk tekan iklan...(memang xbleh blah la..huhu)

dan lain2 lagi cara penipuan dan kreativiti bloggers untuk mendapatkan duit..tapi semuanya menjurus kepada sesuatu yang TERLARANG!


BERJAGA-JAGALAH

Saya berharap,kita berjaga-jaga dan berhati-hati dengan segala tindakan kita supaya tidak sentiasa melakukan kesilapan dan berada dalam perkara-perkara HARAM,lebih-lebih lagi yang bakal menjadi DARAH DAGING kita,ANAK-ANAK kita serta ISTERI-ISTERI(opss) kita...insyaAllah,bila semua kita jaga...Keluarga Muslim(Baitul Muslim) yang dibina mencapai hadafanya iaitu Menggapai Mardhatillah(Keredhaan Allah),insyaAllah...

Wallahua'lam
Selamat Beramal!...^_^

~Semoga bermanfaat buat peringatan bersama
~siiru 3ala Barokatillah

Hakikat Seorang Blogger

Time cik idea datang..tak sempat-sempat nak buat keje lain selagi tak turunkan dalam blog@seumpamanya....

macam ni lah rupenye...senyum je memanjang...


Tapiiii.....

Time cik idea takde pulak...????
|
|
|
|
|
V


Huh...jenuh memerah otak...tak jugak2 keluar...hemmm...

Tapi itulah,seorang blogger kena sentiasa tajamkan fikiran untuk mencipta idea dan pemikiran bagi disampaikan kepada orang lain...



p/s : Puasa dah nak sampai..ade yang belum qada' puasa ke?jangan lupa tu...selamat beramal...^_^

Kalau Nak Makan Durian Perlu Ada Alat nie..


Hehe..amacam?canggih x alat ni?xpayah2 'cekah' buah durian dengan tangan..selamat pun selamat...hehe...
selamat menjamu durian...


p/s: makan durian tu niatkan buat sy juge ye...sedih sungguh xdpat makan durian...alangkah bagusnya kalau kat sini ada durian...huhu..T_T




Notakaki : 'cekah' adalah bermaksud kopek@koyak....wallahua'lam

19 Jun 2012 | Jutaan Berhimpun di Tahrir

Himpunan jutaan di Tahrir dan dataran lain di seluruh Mesir hari ini dinamakan "Jutaan berhadapan rampasan kuasa tentera" bertujuan menyampaikan 4 mesej utama iaitu:

1) Menolak nas tambahan dalam Perlembagaan seperti yg diumukan tentera

2) Menolak pembubaran Parlimen

3) Menolak pembentukan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yg baru mengikut kehendak Majlis Tentera

4) Menolak undang-undang Kementerian Kehakiman yg memberi kuasa kepada tentera utk menangkap rakyat (fungsi yg sama seperti Undang-Undang Darurat yg telah dihapuskan) dan menolak dilanjutkan tempoh peralihan kuasa paling lewat 30 Jun ini walau apa jua keadaan sekalipun.

Parti dan pertubuhan politik meminta diadakan perarakan menuju ke tempat himpunan iaitu dataran Tahrir bermula dari masjid-masjid selepas solat Asar. Sesetengahnya pula dicadangkan berhimpun di bangunan Dewan Rakyat. Sementara, Gerakan 6 April pula mahu memulakan perarakan jam 4 petang dari depan ibu pejabat Parti NDP yg terbakar, berhadapan Sungai Nil (gambar) yg akan berakhir di bangunan Dewan Rakyat.

Sementara terdapat gerakan pemuda dan parti politik yg akan memulakan perarakan selepas Asar nanti dari Masjid Fath, Ramsis dan dataran Mustafa Mahmud di Mohandiseen yg akan berkumpul di Tahrir. 
 
 
Sumber : akhi Abdul Malik
 

Panas | Indonesia Mendakwa Malaysia Menciplak Tarian Tradisionalnya?

Tari Tor-tor dan Gordang Sambilan

Minggu, 17 Juni 2012, masyarakat Indonesia mulai ramai membicarakan “klaim” Malaysia atas Tari Tor-tor dan Gordang Sambilan. Keriuhan ini berasal dari berita di situs Bernama yang menyatakan  Malaysia akan meregistrasi tari Tor-tor dan Gordang Sambilan sebagai peninggalan nasional mereka berdasarkan Bab 67 Undang-undang Peninggalan Nasional 2005.

Rais Yatim menyatakan, mempromosikan kebudayaan dan seni asal Mandailing penting untuk mempererat persatuan. Namun rakyat Indonesia keburu murka. Ini kasus kesekian yang menyulut perseteruan budaya kedua negara.

Ramli Abdul Karim Hasibuan, Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia, sebuah Lembaga Swadaya Masyarakat perhimpunan warga keturunan Mandailing di jiran, mengklarifikasi. Ia menjelaskan, organisasinya lah yang mengajukan permohonan kepana pemerintah Malaysia untuk mengakui Tari Tor-tor dan Gordang Sembilan.

Tujuannya, agar kesenian rakyat Mandailing tersebut bisa berdiri setara dengan kebudayaan Jawa, Minang, dan Banjar di Malaysia. “Kami ingin diakui bahwa kami eksis di Malaysia,” kata Ramli.  Rais Yatim pun menyanggupi. Ia meneliti dulu kebudayaan Mandailing sebelum menyetujui permintaan itu.

Ramli mengatakan, Tari Tor-tor dan Gordang Sembilan telah mendarah daging di tengah rakyat Malaysia. Tarian ini sering dimainkan saat perkawinan atau acara-acara perayaan lainnya. Dimasukkannya Tor-tor ke dalam Warisan Kebangsaan Malaysia, tegas dia, bukan untuk klaim negara, melainkan demi pelestarian agar budaya itu tidak hilang.

“Apabila tarian Tor-tor sudah terdaftar, maka kami akan mendapat anggaran dari kementerian untuk melestarikan budaya ini. Atau bahkan kementerian akan membuat satu perkumpulan tari Tor-tor dan Gordang Sembilan,” kata Ramli. Suatu keuntungan bagi pelestarian budaya Mandailing.

Jadi, Ramli menekankan, warisan budaya itu bukan berarti klaim pemerintah. “Dalam akta tahun 2005 tersebut dikatakan, kebudayaan yang terdaftar dipelihara atau dipertahankan, tetapi kepemilikannya tetap kepada asal-usul negara, yaitu Indonesia. Tidak dimiliki pemerintah Malaysia,” lanjutnya lagi.

Ramli menjelaskan, jumlah warga suku Mandailing di Malaysia mencapai 500.000 orang. Warga Mandailing,  telah ada di Malaysia sejak tahun 1800, sebelum negara Indonesia dan Malaysia berdiri. “Kami tidak mengatakan Tor-tor itu punya kami. Tor-tor itu punya rakyat Mandailing, Sumatera Utara. Di manapun Anda berada, jika bicara Tor-tor, maka itu milik orang Mandailing,” ujarnya. (umi) - sumber:vivanews








---------------------


Permata : Apakah benar apa yang didakwakan?kita serahkan kepada pimpinan untuk menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya agar persaudaraan antara dua negara tidak berlanjutan...

Pengumuman Follower Bertuah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,syukur kepada Allah di atas kurniaan nikmat Iman dan Islam serta nikmat kehidupan yang diberikan kepada kita semua..

17 06 2012 genaplah 25tahun umurku,semoga dengan meningkatnya umur ini semakin banyak amalan yang dilakukan,bertepatan dengan sabda Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam yang bermaksud " sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya".

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang mengucapkan selamat dan doa,mudah2an doa kalian dimakbulkan Allah Taala.

Baiklah,sempena tarikh itulah juga(#176) saya memilih seorang follower bertuah sebagaimana segmen 'pencarian follower bertuah' yang saya adakan baru-baru ini..sepatutnya 17hb(semalam) saya umumkan,namun kurang bersemangat disebabkan saya tidak dapat menghubungi pemenang itu,ala kulli hal,saya akan usaha untuk menghubungi pemenang tersebut.

PEMENANG TERSEBUT ADALAH :

http://nukilanummiabi.blogspot.com/

Saya berharap ada yang mengenali Ezreen Fara Ismail ini@suaminya dan boleh maklumkan kepada saya untuk saya mendapatkan maklumat yang berkaitan.

InsyaAllah,follower bertuah ini akan mendapat sekalung gelang Asfur(kristal) dan sehelai kain tudung A'rdu A'rdin(Buatan Mesir) dan sijil penghargaan..^_^

Tahniah buat pemilik Blog UmmiAbi kerana terpilih menjadi follower bertuah blog permata perjuangan ini...yang lain jangan sedih ye,nanti kita buat segmen lain pulak...insyaAllah..

Wallahua'lam...

Tips | Keselamatan Dalam Internet


1. Setiap tahun, perisian antivirus PASTI akan dinaiktaraf versinya, ditambah pembaikan dan pengkalan datanya semakin lenmyhackersareheregkap dengan maklumat virus. Sila gunakan solusi antivirus yang terkini dan sentiasa dikemaskini setiap hari atau secara berkala.

2. Setiap kali anda mahu memasuki ruangan log masuk e-mel, adalah lebih baik anda taip secara manual alamat e-mel yang hendak dituju seperti mail.yahoo.com atau mail.google.com. Ini bagi memastikan anda memasuki alamat URL yang sahih. Kalau boleh jangan gunakan ciri 'Remember Password' seperti di bawah:

3. Jika anda memuat turun fail berformat .rar, sila lakukan pengimbasan menggunakan perisian antivirus. Bukan hendak kata fail berformat lain itu selamat, tetapi sekurang-kurangnya fail dengan format selain arkib akan terus dikesan oleh antivirus sekiranya ia memang sejenis virus, sedangkan fail berformat arkib telah dipadatkan (Compressed). Senang cerita imbas sahaja semua fail yang telah anda muat turun.

4. Cipta kata laluan yang kukuh. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor-nombor serta simbol. Kalau nak lebih 'umph' lagi, letak huruf jawi nohhh! Sekali dapat keyboard tiada tulisan jawi, masak! Haha!

5. Jangan bertindak dan berlaku seperti anda manusia paling kacak atau paling cantik dengan berkongsi kata laluan anda dengan pasangan. Tak payah nak romantik sangat boleh tak? Biar siapa pun dia, jangan sekali-kali berikan kata laluan anda.

6. Jika anda mahu log masuk ke laman-laman penting seperti e-mel atau Facebook, sila pastikan ia bermula dengan https. Jangan termasuk jerangkap samar berbau busuk seperti phishing.

7. Jangan lupa untuk log keluar dari akaun anda setelah siap semua urusan. Akaun anda boleh digodam kurang dari 5 minit jika anda tidak log keluar apabila telah siap menggunakannya. Ingat!

8. Kukuhkan ilmu di dada mengenai ilmu-ilmu IT agar anda tidak lagi akan berjaya ditipu oleh penjenayah siber yang semakin licik. Untuk menggodam anda perlukan ilmu, untuk mengelak dari digodam juga perlukan kepada ilmu.

9. Kemaskini sistem operasi anda dengan kerap, atau setiap hari. Ini bagi memastikan ia berada pada tahap yang terbaik. Pastikan pelayar web anda adalah versi yang terkini untuk memastikan setiap kelemahan (vulnerability) telah pun dibaiki.

credit to : omghacker.com

Utamakan keselamatan dan langkah berjaga-jaga..anda mampu mengubahnya..:P

Bagaimana Nak Komen Intense Debate?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam serta buat ahli-ahlinya dan pengikut2nya..

Kali ni,saya nak belajar buat tutorial buat sahabat2 yang 'tak reti' makna try n error..hihi..jangan marah...,kalau kita berani mencuba,insyaAllah kita cepat pandai..apepun,yang pandai jangan kedekut ilmu yang ada untuk dikongsi...

okeh..untuk blog@web yang menggunakan aplikasi intense debate,sebenarnya sangat mudah untuk digunakan.pendek kata..cepat dan kemas,n cool...ha2

ok,untuk permulaan,jika kalian masuk ke artikel permata perjuangan ni, anda akan lihat di bawah artikel seperti dalam gambar di bawah
|
|
V


Haa..

dah jumpa?kalau belum keluar,kalian perlu tunggu hingga dia habis loading..dalam 5 saat je...perlu sabar sikit..he2

Kemudian,kalian hanya perlu isi seperti berikut :


Keterangan :
#01 : Ruang untuk kalian meluahkan perasaan memberikan komen

#02 : Perlu diisi untuk tinggalkan jejak blog@web@ape2 jela untuk memudahkan ziarah balik..kalau nak klik(commentluv) boleh je,nanti dia akan keluar tajuk posting terbaru kalian..hehe..

#03 : Perlu isikan nama cute-miut kalian,jangan tidak isi eh..semua manusia ada nama tau,bahkan haiwan..hi3

#04 : ok,bila dah selesai..maka tekanlah 'submit comment'...then,siap..komen kalian akan timbul sekejap lagi..hihi..

Nota : untuk emel,xpayah isi xpe..kalau nak isi..boleh je..terpulang..

Wallahua'lam...

Tips Hilangkan Stress


Tips mudah untuk hilangkan stress :

1) Solat 5 waktu sehari semalam
    - Jangan malas sangat mengerjakan solat 5 waktu je,bila azan,terus ambil wudhu' dan solat...lebih afdhal 
       solat berjemaah ye..^_^


2) Baca Al-Quran dan fahami maknanya
    Bila stress,baca Ambil Wudhu' dan bukak Al-Quran..jangan pulak bukak mangga,surat khabar dll,makin
    stress jadinya..ha,kalau dah baca tu,jangan lupa fahami maknanya sekalai


Mudah sahaja...kita ada Allah dan Mintalah serta Mengadulah padanya..bukan mengadu pada twitt dan fb ye...selamat beramal...^_^

Syabas! | Kejohanan PAHAT Motocross H.Trg

Anjuran : 
#PAHAT
#ARC
#Orang Mude Geng Kite(Pemuda PAS HULU TERENGGANU)
#Jabatan Amal


Alhamdulillah,SYABAS dan TAHNIAH buat pimpinan Hulu Terengganu kerana berjaya mengadakan aktiviti seperti ini. Keberjayaan program-program sebegini dapat mendekatkan para pimpinan serta menanamkan dan menerapkan nilai2 Islam dalam jiwa anak-anak muda..

Note : Sungguh cemburu dengan mereka semua..kalau ada di kampung,comfirm dah terpacak kat sana ni..hehe...apepun...jom layan gambar yang disedut dari : [SINI]

















































Jangan Lupa untuk Layari : https://www.facebook.com/pashulutrg
Dapatkan aktiviti semasa PAS kawasan Hulu Terengganu..


.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -